Kawanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang budak lelaki menggembala sekawan biri-biri, India; satu contoh kawanan haiwan bela jinak.
Wildebeest di Kawah Ngorongoro; satu contoh kawanan haiwan liar.

Kawanan merupakan gugusan sosial sesama haiwan yang sama jenis (spesies), baik yang liar mahupun jinak. Penjodoh bilangan untuk haiwan berkawanan ialah kawan, contohnya "sekawan lembu".

Persoalan mengapa haiwan berkawanan adalah antara yang paling asas dalam ilmu sosiobiologi dan ekologi perilaku. Contohnya, haiwan-haiwan maun seperti lembu dan kambing memilih untuk hidup secara berkawanan daripada secara bersendirian sebagai perlindungan dari pemangsa. Akan tetapi ini memberi pemangsa dua kemungkinan, iaitu menjadi teragak-agak untuk menyerang sekumpulan haiwan yang besar, tetapi pada masa yang sama menyampaikan sasaran yang mudah. Adalah dipercayai umum bahawa faktor yang paling penting adalah pengurangan risiko iaitu sekalipun kawanan diserang oleh pemangsa, namun kemungkin seekor ahli kawanan dibaham menjadi amat tipis.

Bagi pemangsa, pembentukan kawanan juga memudahkan pembahaman mangsa, tetapi mangsa itu terpaksa dikongsi sesama ahli kawanan.