Kawasaki Heavy Industries & CSR Qindao Sifang C151A

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta api C151A yang menghampiri stesen MRT Expo.

Kawasaki Heavy Industries & CRRC Qingdao Sifang C151A, kadang-kala disingkatkan kepada C151A atau KSF C151A ialah unit kereta api elektrik berganda generasi keempat yang sedang beroperasi untuk laluan Utara Selatan dan Timur Barat bagi Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) di Republik Singapura. Kelompok kereta api tambahan ini bersama-sama dengan landasan dan platform baru di stesen pertukaran Jurong East, telah meningkatkan muatan kedua-dua laluan sehingga 15%.[1][2][3]

Kontrak asal 22 set kereta api 6 gerabak telah diberikan kepada Kawasaki Heavy Industries dan CRRC Sifang oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA). Pada tahun 2013, pesanan selanjutnya untuk 13 set kereta api di bawah kelompok 2 telah diletakkan dan setakat 2014, kesemua 35 set kereta api telah rasmi dimasukkan ke dalam perkhidmatan.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Mei 2009, Penguasa Pengangkutan Darat mengumumkan bahawa Kawasaki Heavy Industries dan CSR Sifang telah memenangi kontrak bernilai S$369 juta, mengalahkan Hyundai Rotem, Bombardier Transportation dan Mitsubishi Heavy Industries, walaupun Hyundai Rotem menawarkan bidaan terendah iaitu S$323 juta untuk pesanan 22 set kereta api dibawah kelompok 1. CSR Sifang mengendalikan pengeluaran dan pengujian stok kereta api manakala Kawasaki menyelia projek dan reka bentuk. Kontrak C151A merupakan usahasama pertama yang berjaya di antara dua syarikat tersebut dalam pasaran antarabangsa.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Extra metro trains for Singapore". Railway Gazette International. 7 Mei 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-13. Dicapai pada 2017-07-12.
  2. ^ "Five new trains added to boost capacity of North-South and East-West Lines" (PDF). SMRT Corporation. 16 Mei 2011. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 September 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "Train capacity to rise by up to 50% in 4 years".
  4. ^ "Both orders for Singapore Subway Train 132 LTA". 29 August 2012. Dicapai pada 5 September 2012.
  5. ^ "CSR Sifang and Kawasaki Heavy Industries Won the Bid in the Subway Vehicle Project of Singapore". 13 Mei 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2012. Dicapai pada 8 Februari 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]