Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Bishan-Toa Payoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Bishan-Toa Payoh
  • Cina:碧山-大巴窑集选区/Bìshān-Dà Bāyáo Jí Xuǎnqū
    Inggeris:Bishan-Toa Payoh Group Representation Constituency
    Tamil:பீஷான்-தோ பாயோ குழுப் பிரதிநிதித்துவத் தொகுதி/Pīṣāṉ-Tō Pāyō Kuḻup Piratinitittuvat Tokuti
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan
bagi Parlimen Singapura
Bishan-Toa Payoh GRC locator map.svg
WilayahTengah Singapura
Pengundi101,366
Kawasan undi semasa
Dibentuk1997; 25 tahun yang lalu (1997)
Bilangan wakil4
PartiParti Tindakan Rakyat
Wakil
Majlis BandaranBishan-Toa Payoh
Ditubuhkan dariKawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Thomson dan Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Toa Payoh

Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan BishanToa Payoh ialah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan yang terdiri dari empat Anggota Parlimen yang berada di tengah-tengah Singapura. Kawasan undi ini mengandung keseluruhan bagian daripada Bishan, sebahagian besar wilayah daripada Toa Payoh, beberapa bagian di kawasan Thomson. Bagian-bagian rasmi yang tercatat antara lain ialah gabungan bahagian Toa Payoh Barat & bahagian Thomson, gabungan bahagian di Bishan Timur & bahagian Sin Ming, Bishan Utara, Shun Fu, Toa Payoh Timur, dan Toa Payoh Tengah.

Kawasan undi ini dibentuk di tahun 1997 dengan menggabungkan bahagian Bishan Timur, Bishan Utara, dan Thomson daripada GRC Thomson ke dalam GRC Toa Payoh. Bahagian yang berada di Taman Serangoon dipecah kemudian dibagi ke dalam tiga kawasan undi, yakni Aljunied, Ang Mo Kio dan Marine Parade.

Kawasan Undi Bishan–Toa Payoh pada mulanya dikuasai oleh Timbalan Wakil Perdana Menteri, Wong Kan Seng, hingga persaraannya pada tahun 2015. Pada masa kini, kawasan ini dikuasai oleh Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan; Josephine Teo Li Min, Menteri Tenaga Kerja (dan Menteri Kedua daripada Kementerian Ehwal Dalam Negeri); dan Chee Hong Tat, Setiausaha Kementerian Perdagangan dan Perusahaan.

Kawasan Thomson dan Toa Payoh menjadi kawasan tak tertanding sejak PRU 1991. Bishan–Toa Payoh yang menyerap GRC Thomson dan Toa Payoh juga menjadi kawasan tak tertanding sejak 1997 sehingga 2011, saat pimpinan Parti Rakyat Singapura, Chiam See Tong, memimpin pertandingan. Batas-batas kawasan ini pun sejak 1997 tak pernah berubah sehingga tahun 2015, saat kawasan ini menyerap Balestier, Empangan MacRitchie dan Novena. Pada tahun 2020, Bishan Utara terukir dan masuk ke dalam Kawasan Undi Perseorangan Marymount dan berkurang menjadi empat kerusi. Sementara itu, Balestier dan Novena dimasukkan ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Jalan Besar dan, sebagai gantinya, Blok 210-224 dari kawasan yang telah lama dikuasai oleh parti pembangkang Potong Pasir masuk ke dalam bahagian Toa Payoh Timur.

Hujung barat daripada kawasan undi ini masuk ke dalam Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah. Kawasan-kawasan lain yang sebagian kawasannya masuk dalam hutan kawasan tadahan air ialah Kawasan Undi Holland-Bukit Timah dan Nee Soon.

Anggota-Anggota Parlimen[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Bahagian Penyandang Parti
1991 PAP
Pembentukan
1997
  • Bishan Timur
  • Bishan–Toa Payoh Utara
  • Thomson
  • Toa Payoh Tengah
  • Toa Payoh Timur
PAP
2001 PAP
2006
  • Bishan Timur
  • Bishan–Toa Payoh Utara
  • Thomson-Toa Payoh
  • Toa Payoh Tengah
  • Toa Payoh Timur
PAP
2011
  • Bishan Timur
  • Bishan Utara
  • Thomson-Toa Payoh
  • Toa Payoh Tengah
  • Toa Payoh Timur
PAP
2015
  • Bishan Timur - Thomson
  • Bishan Utra
  • Toa Payoh Barat - Balestier
  • Toa Payoh Tengah
  • Toa Payoh Timur - Novena
PAP
2020
  • Bishan Timur - Sin Ming
  • Toa Payoh Barat - Thomson
  • Toa Payoh Tengah
  • Toa Payoh Timur
PAP

Tanggungjawab operasi[sunting | sunting sumber]

  • Bishan Timur-Sin Ming: Jalan Bishan 11-15 (Blok 1xx) dan Pusat Bandar (Blok 5xx), Junction 8, Pertukaran Bas/Stesen MRT Bishan, Thomson Ridge, Estet Lakeview HUDC (Blok 97A-C), Estet Shunfu, Sin Ming, Institusi Raffles, Taman Windsor, Jalan Bishan Utara 2X Blok 2XX dan estet perumahan Jalan Pemimpin
  • Toa Payoh Barat-Thomson: Empangan MacRitchie, Bukit Brown, Caldecott, bagian daripada Lorong Toa Payoh 1 & 2, Toa Payoh Utara, The Peak@TPY
  • Toa Payoh Tengah: Sebahagian Lorong Toa Payoh Lorong 1, keseluruhan Lorong Toa Payoh 2-4, sebahagian Lorong Toa Payoh 5 dan Pertukaran Bas/Stesen MRT Toa Payoh/Hub HDB
  • Toa Payoh Timur: sebahagian Lorong Toa Payoh 5, keseluruhan Lorong Toa Payoh 6-8, Avenue Kim Keat, Estet Perindustrian Toa Payoh Timur

Calon-calon dan keputusan[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya pada 2020-an[sunting | sunting sumber]

PRU 2020: GRC Bishan–Toa Payoh[1][2]
Parti Calon Undi % ±
PAP 62,983 67.23% 6.36
SPP
  • Steve Chia Kiah Hong
  • Osman bin Sulaiman
  • Melvyn Chiu Yong Hao
  • Williamson Lee Jian Quan
30,594 32.74% 6.36
Majoriti 32,389 32.69% 14.50
Jumlah undian sah 93,577 97.86% 0.13
Undian rosak 2,043 2.14% 0.13
Peratusan mengundi 95,620 94.47% 1.97
Pengundi terdaftar 101,220
PAP kekal Peralihan 6.36

Pilihan raya pada 2010-an[sunting | sunting sumber]

PRU 2015: GRC Bishan–Toa Payoh[3][4]
Parti Calon Undi % ±
PAP 86,701 73.59% 16.66
SPP
  • Benjamin Pwee Yek Kwan
  • Mohammed Hamim bin Aliyas
  • Law Kim Hwee
  • Bryan Long Yao Guang
  • Mohamad Abdillah bin Zamzuri
31,108 26.41% 16.66
Majoriti 55,593 47.19% 33.34
Jumlah undian sah 117,809 97.99% 0.14
Undian rosak 2,415 2.01% 0.14
Peratusan mengundi 120,224 92.50% 1.33
Pengundi terdaftar 129,975
PAP kekal Peralihan 16.66
PRU 2011: GRC Bishan–Toa Payoh[5][6]
Parti Calon Undi % ±
PAP 62,385 56.93% N/A
SPP
  • Chiam See Tong
  • Mohamad Hamim bin Aliyas
  • Benjamin Pwee Yek Kwan
  • Wilfred Leung Wei Lit
  • Jimmy Lee Yeong Wee
47,205 43.07% N/A
Majoriti 15,180 13.85% N/A
Jumlah undian sah 109,590 98.13% N/A
Undian rosak 2,087 1.87% N/A
Peratusan mengundi 111,677 91.17% N/A
Pengundi terdaftar 122,492
PAP kekal Peralihan N/A

Pilihan raya pada 2000-an[sunting | sunting sumber]

PRU 2006: GRC Bishan–Toa Payoh[7][8]
Parti Calon Undi % ±
PAP N/A Tak tertanding
Pengundi terdaftar 115,323
PAP kekal Peralihan N/A
PRU 2001: GRC Bishan–Toa Payoh[9][10]
Parti Calon Undi % ±
PAP N/A Tak tertanding
Pengundi terdaftar 114,621
PAP kekal Peralihan N/A

Pilihan raya pada 1990-an[sunting | sunting sumber]

PRU 1997: GRC Bishan–Toa Payoh[11][12]
Parti Calon Undi % ±
PAP N/A Tak tertanding
Pengundi terdaftar 122,256
PAP menang (kerusi baharu)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Inggeris) [1]
  2. ^ (Inggeris) [2]
  3. ^ (Inggeris) [3]
  4. ^ (Inggeris) [4]
  5. ^ (Inggeris) [5]
  6. ^ (Inggeris) [6]
  7. ^ (Inggeris) [7]
  8. ^ (Inggeris) [8]
  9. ^ (Inggeris) [9]
  10. ^ (Inggeris) [10]
  11. ^ (Inggeris) [11]
  12. ^ (Inggeris) [12]