Kawin Muda (sinetron)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kawin Muda merupakan sebuah sinetron yang ditayangkan di RCTI sejak 2006 hingga tamat tahun 2007. Pemain utama di sinetron ini ialah Agnes Monica, Adam Jordan, Girindra Kara, Rina Hasyim, Alblen Filindo Fabe, dan masih banyak lagi. Jumlah episodnya ialah 30

Kawin Muda
GenreKomedi Remaja
Cinta
Keluarga
PengarahAgusti Tanjung
Dibintangi oleh
Agnes Monica
Okan Kornelius
Rina Hasyim
Adam Jordan
Cahya Kamila
Rizal Djibran
Girindra Kara
Lydia Kharismawati
Alblen Filindo Fabe
Baim Iskandar
Lagu pembukaan"Tak Ada Logika" nyanyian Agnes Monica
Lagu penutup"Tak Ada Logika" nyanyian Agnes Monica
Negara asal Indonesia
BahasaIndonesia
Bilangan episod30
Penerbitan
PenerbitSunil Soraya
Ram Soraya
Tempoh siaran1 jam
Syarikat penerbitan
Soraya Intercine Films
Penyiaran
Saluran asalRCTI
RTM (Malaysia) (2007)
Siaran asal2006 – 2007

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sinetron ini mengisahkan Sera dan Agha yang telah dijodohkan sejak kecil oleh keluarga masing-masing tanpa pengetahuan mereka. Sera mencuba untuk menolak keinginan neneknya untuk dijodohkan dengan Agha. Bagaimanapun demi meneruskan tradisi keluarga mereka, nenek Sera terpaksa berpura-pura sedang sakit tenat demi menyatukan Sera dan Agha. Mereka pun akhirnya menurut keinginan keluarga mereka untuk berkahwin di usia muda.

Namun, Sera dan Agha membuat satu perjanjian iaitu merahsiakan perkahwinan mereka daripada rakan-rakan mereka. Mereka saling mengakui bahawa mereka adalah sepupu. Namun, disaat Sera sedang belajar untuk menerima Agha dalam hidupnya, kini muncul bekas teman lelakinya, Satya. Satya kembali menagih kasih daripada Sera. Hal itu selalu membuatkan Agha berasa cemburu terhadap Satya. Manakala Nicky dan Ruri, dua kawan baik Sera juga menaruh hati kepada Agha. Bagaimanakah kisah rumahtangga mereka?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]