Kazakhstan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Republik Kazakhstan
ريڤوبليك كازاخستان

Қазақстан Республикасы
Qazaqstan Respublïkası
Flag of Kazakhstan
{{{coat_alt}}}
Bendera Jata negara
Lagu kebangsaan: Lagu kebangsaan Kazakhstan
(1992-2006)

Meniñ Qazaqstanım
(2006-kini)
LocationKazakhstan.png
Ibu kotaNursultan (Astana)
Bandar terbesarAlmaty
Bahasa rasmiBahasa Kazakh, Bahasa Rusia
PemerintahanRepublik
• Presiden
Kassym-Jomart Tokayev ‎
Askar Mamin
Keluasan
• Jumlah
2,724,900 km2 (1,052,100 bt2) (ke-9)
• Air (%)
1.7
Populasi
• Anggaran 2018
18,311,700 [1] (ke-62)
• Kepadatan
7/km2 (18.1/sq mi) (236th)
KDNK (PPP)Anggaran 2019 
• Total
$535 bilion[2] (ke-42)
• Per kapita
$28,536[2] (ke-53)
KDNK (nominal)Anggaran 2019 
• Jumlah
$195 bilion[2] (ke-50)
• Per kapita
$10,447[2] (ke-54)
Gini (2015)positive decrease 26.9[3]
low
HDI (2017) 0.800[4]
sangat tinggi · ke-58
Mata wangTenge (KZT)
Zon masaUTC+5/+6
• Musim panas (DST)
tiada
Kod panggilan7
Internet TLD.kz

Kazakhstan (Bahasa Kazakh: Қазақстанtr. QazaqstanIPA: [qɑzɑqˈstɑn] ( dengar)Bahasa Rusia: Казахстанtr. KazakhstanIPA: [kəzɐxˈstan]), nama rasminya Republik Kazakhstan (Bahasa Kazakh: Қазақстан Республикасыtr. Qazaqstan Respy'bli'kasyBahasa Rusia: Республика Казахстанtr. Respublika Kazakhstan),[5][6] merupakan negara tanpa laut terbesar, dan negara kesembilan terbesar di dunia dengan keluasan 2,724,900 kilometer persegi (1,052,100 bt2).[5][7] Kazakhstan merupakan negara dengan ekonomi terbesar di Asia Tengah yang menjana 60% KDNK rantau tersebut terutamanya melalui industri minyak dan gas di samping banyak sumber mineral.[8] Ada yang mengatakan Kazakhstan sebagai negara Eropah kerana kawasan Barat Kazakhstan berada di benua Eropah dan memenuhi syarat Majlis Eropah untuk kemasukan ke dalam Eropah.[9]

Kazakhstan secara rasminya merupakan republik unitari sekular demokratik dengan warisan budaya yang pelbagai.[10] Kazakhstan bersempadan dengan RusiaChinaKyrgyzstanUzbekistan, dan Turkmenistan, dan juga sebahagian besar Laut Kaspia. Rupa bumi Kazakhstan termasuk tanah pamah, steppetaigangarai batuanbukit-bukaudelta, gunung-ganang berlitup salji, dan gurun. Kazakhstan mempunuai kira-kira 18 juta orang setakat 2014.[11] Dengan keluasan tanahnya, kepadatan penduduknya adalah antara yang terendah iaitu kurang 6 orang per kilometer persegi. Ibu negaranya Astana, yang berpindah pada 1997 dari Almaty, bandar terbesar negara ini.

Tanah Kazakhstan dahulu diduduki oleh suku nomad Turkik yang keturunan banyak negeri Turkik seperti Kekhaganan Turkik dsb. Pada abad ke-13, tanah tersebut menyertai Empayar Mongol di bawah Genghis Khan. Menjelang abad ke-16, bangkitlah orang Kazakh sebagai suku berbeza yang terdiri daripada tiga jüz (cabang leluhur yang menduduki wilauah tertentu). Rusia mula mara ke dalam steppe Kazakh pada abad ke-18, dan menjelang pertengahan abad ke-19, Rusia menaungi seluruh Kazakhstan dalam empayar. Selepas Revolusi Rusia 1917 diikuti perang saudara, wilayah Kazakhstan disusun semula banyak kali. Pada 1936, ia dijadikan Republik Sosialis Soviet Kazakh dalam Kesatuan Soviet.

Kazakhstan merupakan republik Soviet terakhir yang mengisytiharkan kemerdekaan ketika pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991. Semenjak itu, negara dipimpin oleh Presiden Nursultan Nazarbayev yang disifatkan sebagai autoritarian dengan sejarah penindasan hak asasi manusia.[8] Kazakhstan telah berusaha untuk membangunkan ekonominya, terutama sekali industri hidrokarbon yang dominan.[8]   Kazakhstan ada 131 etnik termasuk orang Kazakh (63% penduduk), orang Rusiaorang Uzbekorang Ukraineorang Jermanorang Tatar, dan orang Uyghur.[12] Islam adalah agama yang dianuti oleh 70% populasi dan Kristian pula 26%.[13] Kazakhstan secara rasminya membenarkan kebebasan beragama, tetapi menindas tokoh agama yang menentang kerajaan.[14] Bahasa Kazakh adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa Rusia diberi taraf rasmi setara untuk tujuan semua tahap kerajaan dan institusi.[5][15] Kazakhstan adalah anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuWTOCISKesatuan Ekonomi EurasiaCSTOSCOOSCEOIC dan TURKSOY.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Population". Dicapai 29 October 2018. 
  2. ^ a b c d "Kazakhstan". Tabung Kewangan Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 February 2018. 
  3. ^ "GINI index (World Bank estimate)". databank.worldbank.org. Bank Dunia. Dicapai 3 February 2019. 
  4. ^ "2018 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2018. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 19 March 2016. Dicapai 15 September 2018. 
  5. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CIA tidak disediakan
  6. ^ Encyclopædia BritannicaKazakhstan: Introduction. Diteria: 7 June 2016.
  7. ^ "Agency of Statistics of the Republic of Kazakhstan (ASRK). 2005. Main Demographic Indicators". Stat.kz . Diarkibkan daripada asal Check |url= value (bantuan) pada 14 March 2010 . Dicapai 1 June 2010 .  |dead-url=yes  tidak sah (bantuan); |df=dmy-all  tidak sah (bantuan); Check date values in: |access-date=, |archive-date= (bantuan)
  8. ^ a b c Zarakhovich, Yuri (27 September 2006). "Kazakhstan Comes on Strong". Time. Dicapai 13 December 2015. 
  9. ^ "Kazakhstan in Europe: Why Not?". Institute for Security & Development Policy. 
  10. ^ "Kazakhstan/Qazaqstan Constitution". Dicapai 27 December 2016. 
  11. ^ "Census2010". Stat.kz. Dicapai 1 June 2010. 
  12. ^ "Перепись населения Республики Казахстан 2009 года. Краткие итоги. (Census for the Republic of Kazakhstan 2009. Short Summary)" (dalam bahasa Russian ). Republic of Kazakhstan Statistical Agency . Diarkibkan daripada asal (PDF ) pada 12 December 2010 . Dicapai 10 December 2010 .  |dead-url=yes  tidak sah (bantuan); |df=dmy  tidak sah (bantuan); Check date values in: |access-date=, |archive-date= (bantuan)
  13. ^ "The results of the national population census in 2009". Agency of Statistics of the Republic of Kazakhstan. 12 November 2010. Diarkibkan daripada asal pada 22 July 2011. Dicapai 21 January 2010. 
  14. ^ Marcus Goncalves; Erika Cornelius Smith (27 June 2016). Eastern European Economies: A Region in Transition. Business Expert Press. m/s. 210–. ISBN 978-1-63157-400-9. 
  15. ^ The constitution of KazakhstanCONSTITUTION OF THE REPUBLIC OF KAZAKHSTAN: 1. The state language of the Republic of Kazakhstan shall be the Kazakh language. 2. In state institutions and local self-administrative bodies the Russian language shall be officially used on equal grounds along with the Kazakh language.

Templat:Tunas-negara