Pergi ke kandungan

Ke Arah Memahami Al-Quran (buku)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ke Arah Memahami Al-Quran
تفہيم القرآن
Umum
PengarangAbul Ala Maududi
Genre
Penerbitan
Diterbitkan pada
1946 - 1972
PenerbitIdara Tarjuman ul Qur'an, Lahore
Laman sesawang
tafheemulquran.org

Ke Arah Memahami Al-Quran (Urdu: تفہیم القرآن, rumi: Tafhim-ul-Quran, lit.'memahami Quran') ialah karya terjemahan dan huraian Quran enam jilid oleh pejuang ideologi dan penggiat Islam Pakistan, Sayyid Abul Ala Maududi (1903–1979). Beliau mula menulis buku ini pada 1942 dan menyiapkannya pada 1972.

Buku ini ialah gabungan tafsir moden dan tradisional. Ia membincangkan ekonomi, sosiologi, sejarah dan politik. Dalam buku ini, Maududi menerangkan persepektif Quran dan mengatakan bahawa Islam menyediakan panduan yang lebih dari cukup bagi semua aspek.

Maududi menggunakan teknik biasa dalam menyediakan penerangan surah Quran daripada Sunnah Muhammad, termasuk sebab di sebalik penurunan sesebuah ayat.

Buku ini membicarakan secara meluas mengenai isu yang dihadapi dunia moden secara umum dan masyarakat Islam secara khusus.[1] Karya ini memuatkan bahagian pengenalan[2] buat setiap Surah dengan maklumat tentang nama, waktu wahyu diturunkan, dan maklumat latar sejarah.

Maududi menulis karya ini dalam bahasa Urdu. Ia telah diterjemahkan kepada bahasa-bahasa lain termasuk Inggeris, Hindi, Benggali, Malayalam, Marathi, Pashto, Sindh dan Melayu. Pada 1984, Pustaka Salam telah menerbitkan terjemahan buku ini dalam bahasa Melayu dengan judul Ke Arah Memahami Al-Quran.[3]

  1. ^ "Tafheem at ইসলাম.net.bd". www.islam.net.bd. Dicapai pada 2019-09-07.
  2. ^ Al Maududi, chapter introductions
  3. ^ "Ke Arah Memahami Al Quran". Pusat Sumber Institut Aminuddin Baki.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.