Keabadian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk kegunaan lain, sila lihat Abadi.
The Fountain of Eternal Life di Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat.

Keabadian (bahasa Inggeris: Immortality) ataupun kehidupan abadi ialah konsep kehidupan dari segi fizikal dan rohani untuk suatu jangka masa yang berkekalan. Persoalan-persoalan seperti rupa dan bentuk yang kekal pada seseorang individu yang hidup abadi, ataupun jika roh para manusia, jika sesuatu seperti itu wujud, mendapat keabadian hidup, telah menjadi fokus kepada spekulasi, khayalan, dan perbahasan, serta tahap fokus utama di dalam banyak kepercayaan dan agama.

Keterangan[sunting | sunting sumber]

(Lihat juga 'Konsep keabadian' di bawah.)

  • Kerohanian kehidupan selepas kematian - Kepercayaan di dalam roh abadi merupakan ajaran agama-agama seperti Kristian, Majusi, Hindu, Islam, dan Yahudi. Kepercayaan ini berkait rapat kepada falsafah dualisme.
  • Keabadian menerusi kemasyhuran - Manusia yang mempercayai bahawa mereka mungkin menemui keabadian menerusi pencapaian yang ditinggalkan mereka. Pandangan dari segi ini meletakkan nilai-nilai kepada seseorang di mana dia akan dikenang dan diingati oleh generasi-generasi akan datang. Peninggalan-peninggalan baik oleh individu ini 'terus kekal' di dunia. Pandangan konsep keabadian ini diambil oleh kabanyakan falsafah keagamaan dan humanistik.[perlu rujukan] Dalam Iliad Homer, objektif Achilles dalam bertarung di dalam Perang Trojan adalah untuk menemui pengiktirafan dan kemasyhuran yang kekal.
  • Keabadian falsafah - Idealisme ini mengatakan bahawa metafizik universal dan fenomena abstrak wujud dan boleh berinteraksi mahupun sedikit sahaja dengan golongan manusia. Jika sesuatu fenomena abstrak sekurang-kurangnya mempunyai sebuah kewujudan abadi kecil, maka seseorang itu mungkin menemui keabadian pada tahap yang singkat dengan berinteraksi dengannya.
  • Keabadian genetik - Pandangan ini memberi perhatian terhadap meinggalkan benih kehidupan, ataupun keabadian menerusi evolusi, di mana konsep ini adalah hampi serupa kepada teori gen bongkak Richard Dawkins ("kamu sebenarnya tidak akan mati; selagi wujudnya bahan-bahan genetik yang ditinggalkan kamu di dunia ini").
  • Keabadian Magikal - Kebanyakan ahli-ahli kimia Eropah dan Cina tergolong di dalam golongan manusia dalam kategori ini. Gambaran di dalam kesusasteraan Gilgamesh adalah tergolong di dalam kitaran ini dan di dalam sebuah kitaran penuh, ataupun di dalam kitaran-kitaran lagenda Arturia yang wujud di dalam kisah-kisah British, termasuk juga Knights of the Round Table yang telah mencari Holy Grail yang, menurut cerita, merupakan mangkuk suci yang digunakan Jesus dan para pengikutnya di dalam Last Supper. Proses ini mungkin juga membawa maksud kekebalan atau tidak boleh dibunuh.
  • Tidak berajal - Sesetengah mempercayai bahawa teknologi penerusan kehidupan akan memebawa kepada peremajaan. Sesetengah mempercayai bahawa kryonisme akan membenarkan mereka yang telah mati untuk dibangkitkan semula di dalam bidang medikal yang berteknologi pada masa hadapan.
  • Keabadian atomik - Minda seseorang yang lupus disamping kematian. Tubuh badan yang kemudiannya mulai reput. Ulat dan cacing yang memakan daging yang mulai reput, seterusnya dimakan oleh burung, yang seterusnya dimakan oleh manusia lain. Tubuh badan fizikal anda akan dikitar semula sepanjang masa. Meskipun "anda" tidak lagi wujud di dalam bentuk fizikal manusia, tubuh anda akan dikitar semula sehingga penghujung hayat alam semesta
  • Keabadian kuantum - Menerusi tafsiran kebanyakan dunia dalam subjek mekanik kuantum, fungsi gelombang tidak akan hancur, justeru kesemua pengakhiran yang tidak mustahil kepada sesuatu kejadian kuantum wujud serentak, di mana setiap satu kejadian ini kononnya mewujudkan sebuah alam semesta baharu yang menemui sebuah penghujung yang boleh diwujudkan. Di dalam teori fizikal ini, seseorang mampu, secara hipotetikalnya, hidup selama-lamanya kerana wujudnya sebuah hubungan penemuaan kauntum yang boleh diwujudkan di mana seseorang itu tidak akan mati. Namun, teori keabadian kuantum ini tidak diterima dengan meluas oleh komuniti saintis sebagai sebuah kesimpulan yang mampu disahkan ataupun benar daripada tafsiran dunia lain, yang juga, secara tersendiri, wujud sebagai satu tafsiran mekanik kuantum di antara yang lain.
  • Keabadian palsu/tiruan - Ini mewakili konsep pemindahan kesedaran seseorang individu daripada otak kepada sebuah media alternatif yang mampu menyumbang fungsi-fungsi yang serupa kepada otak manusia. Media tersebut mungkin sekali wujud sebagai sesuatu biologikal ataupun bukan biologikal. Pemindahan ini boleh dilakukan secara beransur-ansur (sebagai contoh, menerusi kognitif protesis) atau secara serta-merta (menerusi pengimbas otak).
  • Keabadian relatif - Mana-mana individu yang mengembara ke bintang-bintang dan pulang kembali dalam suatu pecahan kelajuan pergerakan cahaya, ataupun hidup di dalam sebuah perigi yang kukuh graviti, mungkin sekali mewujudkan sebuah paradoks kembar. Seorang pemerhati di luar dapat melihat seseorang itu melalui proses penuaan dalam tahap yang lebih perlahan berbanding si pemerhati itu. Pengembaraan antara najam relatif menyumbang keabadian maya adalah digunakan sebagai alat plot di dalam siri novel Orson Scott Card yang membabitkan Andrew (Ender) Wiggin. Alatan berkaitan dengan graviti seperti statis membaris adalah digunakan di dalam alam Known Space ciptaan Larry Niven. Namun, keabadian jenis ini adalah ilusi semata-mata. Kesan-kesan penuaan yang "diperlahankan" juga merebak ke seluruh bahagian otak; justeru, meskipun menerusi pandangan seorang pemerhati di luar nyawa pengembara itu adalah panjang daripada biasa, pengembara itu sendiri tidak merasakan perbezaan dalam proses penuaan dirinya, lalu proses penuaan ini akan berlaku seperti biasa kepadanya, bergantung kepada kelajuan tempoh kehidupannya.
  • Terpisah dalam masa - Idea ini, seperti yang didakwa dalam novel Slaughterhouse Five oleh Kurt Vonnegut, mengatakan bahawa manusia boleh terpisah di dalam masa, dan menghabiskan masa (sekurang-kurangnya secara teori) dalam sebuah tempoh yang berkekalan selama-lamanya pada tahap-tahap berbeza di dalam kehidupan mereka. Meskipun seseorang yang melalui pengalaman ini tetap akan mati dan kewujudannya dihapuskan, kehidupan mereka tidak terhapus bersama-sama, kerana mereka akan bergerak selama-lamanya di dalam kehidupan mereka. Di dalam contoh daripada Slaughterhouse Five, watak utamanya iaitu Billy Pilgram, telah melalui pelbagai jenis kejadian di dalam kewujudannya, seperti peperangan, sebuah penculikan makhluk asing, dan akhirnya pembunuhannya. Sama ada kelayakkan idea ini sebagai konsep keabadian adalah bebas untuk dibahaskan.

Spesies abadi[sunting | sunting sumber]

Penyebab-penyebab kematian[sunting | sunting sumber]

Keabadian fizikal[sunting | sunting sumber]

Tradisi keagamaan[sunting | sunting sumber]

Konsep-konsep[sunting | sunting sumber]

Simbol-simbol[sunting | sunting sumber]

Cereka[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: