Kebakaran Baku 2018

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kebakaran Baku 2018
Baku terletak di Azerbaijan
Baku
Baku
Baku (Azerbaijan)
Tarikh 2 Mac 2018
Lokasi Khatai, Baku, Azerbaijan
Koordinat 40°20′53″N 49°57′22″E / 40.3480°N 49.9562°E / 40.3480; 49.9562Koordinat: 40°20′53″N 49°57′22″E / 40.3480°N 49.9562°E / 40.3480; 49.9562
Penyebab Kerosakan elektrik
Kecederaan 4 dimasukkan ke hospital[1]

Pada 2 Mac 2018, sebuah kebakaran berlaku di Pusat Narkotik Republik di Baku, Azerbaijan. Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh[2] dan empat lagi telah dimasukkan ke hospital.[1]

Kebakaran[sunting | sunting sumber]

Pihak pemerintah melaporkan bahawa kebakaran berlaku sekitar jam 06:10 waktu tempatan.[3] Ia disebabkan oleh kerosakan elektrik di bangunan wad kayu satu tingkat itu. Tiada sistem pemadaman api disediakan di bangunan itu[4] dan tingkap-tingkapnya dihadang oleh bingkai keluli yang hanya boleh dibuka dari luar bagi mengelakkan penagih dadah melarikan diri.[4] Rangka kayu bangunan dilaporkan menyumbang sebagai sumber utama kebakaran dan ahli bomba menggambarkan bangunan tersebut membakar dengan marak selama lebih tiga jam akibat angin kencang.[5] Walaupun tingkap-tingkap tersebut dihadang, ahli bomba berjaya menyelamatkan beberapa dozen orang dalam kejadian kebakaran itu.

Kesan[sunting | sunting sumber]

Menurut Kementerian Jagaan Kesihatan, sekitar 200 orang pesakit dan kakitangan berjaya diselamatkan, dengan 34 penyelamatan dilakukan.[6] 25 individu dijumpai mati di dalam runtuhan selepas ahli bomba memadam kebakaran.[7]

Presiden Ilham Aliyev telah melawat tempat kejadian dan satu siasatan rasmi telah diarahkan.[8][9] Aktivis sivil tempatan menuduh isu rasuah awam dan kekurangan dari segi kepatuhan peraturan keselamatan kebakaran sebagai punca utama kebakaran. Pejabat Ketua Pendakwa memberi respon dengan membuka siasatan mengenai pelanggaran kod keselamatan kebakaran.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "25 dead in Azerbaijan drug rehab center fire". AFP. 2 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2018. Dicapai 2 Mac 2018. 
  2. ^ Baynes, Chris. "Azerbaijan fire: Blaze kills 26 people at drug abuse treatment centre in Baku". The Independent. Dicapai 5 Mac 2018. 
  3. ^ "24 dead in Azerbaijan drug rehab center fire". Times of Israel. 2 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2018. Dicapai 2 Mac 2018. 
  4. ^ a b "Трагедия в Баку: можно ли было избежать смертей". mir24.tv. 3 Mac 2018. 
  5. ^ "24 killed at drug rehab center fire". BBC. 2 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2018. Dicapai 2 Mac 2018. 
  6. ^ Sultanova, Aida (2 Mac 2018). "Azerbaijan: 25 die in morning fire at drug rehab center". Associate Press. 
  7. ^ "Həlak olanların sayı 25-ə çatdı". Qafqazinfo.az. 2 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2018. Dicapai 2 Mac 2018. 
  8. ^ Sultanova, Aida (2 Mac 2018). "Azerbaijan: 25 die in morning fire at drug rehab center". Associate Press. 
  9. ^ "İlham Əliyev yanğın baş verən Respublika Narkoloji Mərkəzinə gələrək vəziyyətlə tanış olub". President.az. 2 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2018. Dicapai 2 Mac 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]