Pergi ke kandungan

Kebakaran pangsapuri Tai Po 2025

Kebakaran Wang Fuk Court 2025
Kebakaran yang berlaku pada beberapa bangunan pangsapuri Wang Fuk Court Sunting nilai ini di Wikidata
Rakaman kebakaran pada malam 26 November 2025 Sunting nilai ini di Wikidata
Map
Maklumat nama
Nama asli宏福苑大火 (yue-hant)
Wang Fuk Court fire (en) Sunting nilai ini di Wikidata
Maklumat am
Tarikh26 November 2025 Sunting nilai ini di Wikidata – 28 November 2025 Sunting nilai ini di Wikidata
LokasiWang Fuk Court, Tai Po, Hong Kong, Republik Rakyat China Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat22°26′47″U 114°10′35″T / 22.44639°U 114.17631°T / 22.44639; 114.17631Sunting ini di Wikidata
JenisKebakaran binaan Sunting nilai ini di Wikidata
Mangsa/korban
Meninggal dunia168 (15 Januari 2026) Sunting nilai ini di Wikidata
Kecederaan79 (30 November 2025) Sunting nilai ini di Wikidata
Hilang0 (20 Disember 2025) Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada 26 November 2025, satu kebakaran telah berlaku di kompleks pangsapuri Wang Fuk Court di daerah Tai Po, Wilayah Baru, Hong Kong. Pihak berkuasa tempatan telah melaporkan sekurang-kurangnya 65 orang (termasuk seorang anggota bomba) meninggal dunia, 70 cedera dan 279 orang lagi hilang.[1]

Api kebakaran itu menyala di luar pada jaring hijau perancah dan merebak dengan cepat merentasi beberapa blok bertingkat tinggi,[2] membakar sekurang-kurangnya empat buah bangunan sebelum merebak ke seluruh estet. Terdapat banyak laporan mengatakan terdapat orang yang terperangkap di dalam bangunan.[3][4] Kebakaran tersebut dikelaskan sebagai kebakaran tahap lima, kejadian seumpamanya yang kedua sejak penyerahan Hong Kong pada tahun 1997 dan yang pertama sejak kebakaran Mahkamah Cornwall pada 2008.[5][4] Kebakaran itu juga merupakan yang paling maut di Hong Kong sejak kebakaran Bangunan Kayu Jalan Canton pada tahun 1957, yang mengorbankan 59 orang.[6]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]
Kompleks pangsapuri Wang Fok Court pada 2009

Wang Fuk Court ialah suatu kompleks perumahan di bawah Skim Pemilikan Rumah pemerintah bersubsidi yang dibina pada tahun 1983 di daerah Tai Po. Estet ini mempunyai lapan buah blok kediaman setinggi 31 tinggi dengan hampir 2 ribu unit dan ia merupakan sebahagian daripada rangka kerja perumahan awam di kawasan itu; ia adalah antara bangunan tertinggi di daerah Tai Po.[4][7] Menurut banci pemerintah tahun 2021, terdapat 4,643 orang penduduk mendiami di kompleks itu.[8]

Pemeriksaan pada tahun 2016 mendapati estet tersebut memerlukan pembaikan berskala besar mandatori.[9] Pada Januari 2024, perbadanan pemilik[a] membentangkan tiga rancangan pembaikan dengan biaya antara HK$150 juta hingga HK$330 juta. Rancangan HK$330 juta yang dipilih memerlukan pembinaan semula dinding luar sepenuhnya dan pemasangan batu turap.[12] Pada masa kebakaran, pembaikan dinding luar sedang dijalankan dengan kesemua lapan bangunan dilitupi dengan perancah buluh dan jaring hijau.[13] Amaran Bahaya Kebakaran Merah telah dikeluarkan oleh Balai Cerap Hong Kong pada 24 November kerana keadaan kering, dan ia kekal berkuat kuasa pada hari kejadian.[14][15]

Penggunaan buluh sebagai bahan pilihan untuk perancah adalah peninggalan daripada amalan pembinaan awal China dan masih diterima pakai dalam industri pembinaan di Hong Kong, manakala tanah besar China telah beralih kepada menggunakan perancah logam.[16][17] Pada 17 Mac 2025, pihak berkuasa mengumumkan bahawa mereka akan mula menghentikan penggunaan buluh secara berperingkat dan menggantikannya dengan perancah logam. Mereka mengatakan bahawa buluh akan merosot dari semasa ke semasa dan ia telah menyumbang kepada 23 kematian dalam kemalangan berkaitan perancah sejak tahun 2018, dan juga mudah terbakar.[16][17] Pada Oktober 2025, suatu perancah besar yang dibalut dengan jaring keselamatan terbakar di Menara Chinachem [yue] di Pusat.[18] Selepas kebakaran di menara itu, pihak Jabatan Bangunan mengeluarkan kenyataan menggesa piawaian kalis api dipertingkat bagi jaring keselamatan dinding luar di tapak pembinaan.[19]

Kebakaran

[sunting | sunting sumber]

Kebakaran bermula di perancah menara kediaman Rumah Wang Cheong di kompleks pangsapuri Wang Fuk Court. Kebakaran pertama kali dilaporkan sekitar jam 2.51 petang HKT (UTC+08:00) dan merebak dengan cepat. Amaran kecemasan dinaikkan daripada tahap satu kepada empat pada jam 3.34 petang, dan kepada tahap tertinggi 5 pada pukul 6.22 petang.[3] Api kebakaran itu boleh dihidu sehingga 500 meter (1,600 ka).[20] Setiausaha Keselamatan Chris Tang mengulas bahawa kadar kebakaran itu merebak adalah "luar biasa" dan api tidak sepatutnya merebak ke seluruh bangunan dengan begitu pantas jika bahan jaring yang bersesuaian telah disediakan.[21]

Kebakaran di empat blok berjaya dikawal pada pukul 6.23 pagi pada pada 27 November serta usaha mencari dan menyelamat bermula di aras bawah.[22]

Sehingga jam 9.00 pagi 27 November, tiga daripada tujuh bangunan masih terbakar.[23] Terdapat 128 lori bomba, 57 ambulans dan 767 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian.[24] Lebih 1,000 orang penduduk telah dipindahkan ke Pusat Beli-belah Kwong Fuk yang berdekatan.[25]

Sekurang-kurangnya 65 orang disahkan terbunuh manakala 70 lagi cedera, termasuklah 12 orang dalam keadaan kritikal.[26][1][27] Daripada jumlah yang meninggal dunia, 51 daripadanya disahkan maut di tempat kejadian manakala empat orang lagi di hospital.[1][28] Sekurang-kurangnya 20 mayat telah ditemukan di tapak tersebut pada jam 5.00 pagi 27 November.[3]

Salah seorang yang maut ialah seorang anggota bomba yang ketika itu sedang bertugas. Beliau dikenal pasti sebagai Ho Wai Ho, 37 tahun, seorang veteran 9 tahun dalam Jabatan Perkhidmatan Bomba (FSD),[8] yang berpangkalan di Balai Bomba Sha Tin.[4] Laporan menunjukkan bahawa beliau tiba di tempat kejadian sejurus selepas kebakaran dilaporkan dan terputus hubungan dengan rakan sekerjanya sekitar 30 minit kemudian; mayatnya dijumpai dengan keadaan melecur pada mukanya.[29] Sepuluh anggota bomba yang lain pula tercedera ketika bertindak balas terhadap kejadian itu.[30]

  1. ↑ Pemilik-pemilik bagi suatu estet hendaklah membentuk suatu perbadanan untuk penyelenggaraan.[10][11]
  1. 1 2 3 凌逸德 (26 November 2025). "直播 | 宏福苑五級火 至少55人死亡 72人傷其中15人危殆". HK01 (dalam bahasa Chinese (Hong Kong)). Dicapai pada 26 November 2025.
  2. ↑ 曹露尹; 蕭博禧 (26 November 2025). "大埔宏福苑五級火 | 專家料天氣乾燥及大風助長火勢 需查圍網是否阻燃物料及警鐘故障". Sing Tao Daily (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 27 November 2025.
  3. 1 2 3 "Ferocious blaze in Hong Kong leaves at least 44 dead, 279 missing – as it happened". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). 26 November 2025. Dicapai pada 26 November 2025.
  4. 1 2 3 4 Wertheimer, Tiffany (26 November 2025). "What we know about the Hong Kong apartment fires". BBC. Dicapai pada 27 November 2025.
  5. ↑ "Fire in Tai Po". China Daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 November 2025.
  6. ↑ Hutton, Mercedes (19 February 2020). "After a Kowloon tenement fire left 59 dead, neighbours said they would never forget the cries of those trying to escape". PostMag (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 November 2025.
  7. ↑ Davidson, Helen (26 November 2025). "At least 13 dead after fire engulfs residential tower blocks in Hong Kong". The Guardian (dalam bahasa Inggeris).
  8. 1 2 "大埔火警未撲熄, 至今13死15傷消防員殉職, 香港主權移交後第二宗五級大火". BBC News (dalam bahasa Cina Tradisional). 26 November 2025. Dicapai pada 26 November 2025.
  9. ↑ "宏福苑 3.3 億天價維修費 業主要求開大會無回音 居民擬入稟遭警告或須付訟費". Yahoo News HK. 24 July 2024.
  10. ↑ "Formation of Owners' Corporation – Introduction". Building Management (dalam bahasa Inggeris).
  11. ↑ "Cap. 344 Building Management Ordinance". Hong Kong e-Legislation.
  12. ↑ 高怡. "大埔居屋宏福苑現五級火 造成多人死傷 棚架燒毀濃煙升上半空". Hong Kong Economic Times (dalam bahasa Chinese (Hong Kong)). Dicapai pada 26 November 2025.
  13. ↑ "宏福苑五級火 | 業界指部分工程為節省成本 或用不防火棚架圍網" (dalam bahasa Cina). 無綫新聞. 26 November 2025.
  14. ↑ "專家料天氣乾燥及大風助長火勢 需查圍網是否阻燃物料及警鐘故障". Sing Tao Daily. 26 November 2025. Dicapai pada 26 November 2025.
  15. ↑ Jett, Jennifer; Guo, Peter (26 November 2025). "Fire engulfs high-rise housing estate, killing at least 13 in Hong Kong". NBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 November 2025.
  16. 1 2 Cheung, Catharina (20 Mac 2025). "Hong Kong will start to phase out its iconic bamboo scaffolding". Time Out (dalam bahasa Inggeris).
  17. 1 2 "Hong Kong's iconic bamboo scaffolds on their way out" (dalam bahasa Inggeris). Agence France-Presse. 19 Mac 2025 – melalui Hong Kong Free Press.
  18. ↑ Wan, Johnny (20 October 2025). "Central building 'structurally sound' after fire ripped through scaffolding; 4 people remain in hospital". Hong Kong Free Press (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 November 2025.
  19. ↑ "Govt's prior warning on flame-retardant nets sparks attention after Wang Fuk Court fire". The Standard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 November 2025.
  20. ↑ "We can smell the fire from 500 m away". BBC News. 26 November 2025. Dicapai pada 26 November 2025.
  21. ↑ "Hong Kong fire: At least 36 killed in Hong Kong fire with 279 still missing, authorities say". BBC News (dalam bahasa Inggeris British). 26 November 2025. Dicapai pada 26 November 2025.
  22. ↑ Melimopoulos, Elizabeth. "Hong Kong's deadliest fire in 63 years: What we know and how it spread". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-27.
  23. ↑ "44 dead, 279 missing in Hong Kong's worst fire, now burning for 20 hours". South China Morning Post. 27 November 2025.
  24. ↑ Sham, Jadyn Beverley (26 November 2025). "Seven of the 8 buildings are still on fire". CNN. Dicapai pada 26 November 2025.
  25. ↑ "Over a thousand residents moved into nearby shelter, councilor tells the BBC". BBC News. 26 November 2025. Dicapai pada 26 November 2025.
  26. ↑ "Death toll rises to 40". BBC News. 26 November 2025. Dicapai pada 26 November 2025.
  27. ↑ "Death toll in Hong Kong high-rise fire rises to 36, with 279 people reported missing". Associated Press (dalam bahasa Inggeris). 26 November 2025.
  28. ↑ Powell, Tori (27 November 2025). "Death toll in Hong Kong fire has risen to at least 55". CNN (dalam bahasa Inggeris).
  29. ↑ "At least 14 dead after fire engulfs residential high-rise buildings in Hong Kong, says government". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 26 November 2025. ISSN 0585-3923. Dicapai pada 26 November 2025.
  30. ↑ 凌逸德 (26 November 2025). "直播|大埔宏福苑五級火 至少44人死亡 66人傷其中15人危殆". HK01 (dalam bahasa Chinese (Hong Kong)). Dicapai pada 27 November 2025.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkaitan Kebakaran Wang Fuk Court di Wikimedia Commons