Kebakaran penjara Tangerang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kebakaran penjara Tangerang
Bahagian pintu masuk penjara
Map
Tarikh08 September 2021 (2021-09-08)
Masa01:45 WIB[1]
LokasiLembaga Pemasyarakatan Kelas I Tangerang
Tangerang, Banten, Indonesia
JenisKebakaran
Kematian44[2]
Kecederaan77[1]

Peristiwa kebakaran penjara Tangerang merujuk kepada insiden kebakaran yang berlaku di Lembaga Pemasyarakatan Kelas I Tangerang, sebuah penjara di Tangerang, Banten, Indonesia yang tertakluk kepada kawasan metropolitan Jakarta.[3] Kebakaran bermula pada jam 0145 (Waktu Indonesia Barat), 8 September 2021 di sektor C penjara, menyebabkan 44 orang banduan terkorban sementara 77 orang lagi tercedera.[1][4] Ini ialah peristiwa kebakaran terburuk di Indonesia sejak tragedi bunga api Tangerang pada 2017 yang mengorbankan 49 orang.[5]

Huraian[sunting | sunting sumber]

Kebakaran berlaku pada sekitar 1:45 pagi waktu tempatan dan bermula dari Sektor C2.[6] Seorang pegawai, Iyan Sofyan, mendengar jeritan dari dalam sel banduan.[7] Selepas itu, beberapa orang warden dan pengawal cuba memindahkan para banduan, tetapi hanya 20 orang yang berjaya diselamatkan.[7] Sektor itu pada asalnya dibina untuk memuatkan maksimum 38 orang, tetapi pihak pemerintah mengesahkan bahawa terdapat 122 orang banduan yang dimasukkan ke dalam sektor itu.[8][9]

Berdasarkan protokol penjara, para banduan dipenjara dalam sel-sel terkunci, tetapi para pegawai tidak berjaya menyahkuncikan setiap sel; setiap yang ditemui maut berada di dalam sel masing-masing.[10] Pihak bomba tiba pada 2:00 pagi[11] sebelum berjaya mengawal kebakaran pada sekitar 3:00 pagi,[12] dan berjaya dipadamkan kira-kira dua jam setelah operasi bermula. Kira-kira 30 buah trak bomba dikerahkan bagi memadamkan kebakaran.[13]

Para pegawai tempatan tiba sejurus selepas insiden. Ketua polis Jakarta Inspektor Jeneral M. Fadil Imran tiba dan mengerahkan kira-kira 150 orang pegawai polis untuk menjaga kawasan penjara.[13] Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Yasonna Laoly serta timbalannya Edward Omar Sharif Hiariej pula tiba pada sekitar 10 pagi.[14]

Mangsa[sunting | sunting sumber]

44 orang banduan terkorban dalam kebakaran ini (temasuk tiga yang meninggal dunia di hospital),[2] lapan orang cedera parah akibat kelecuran dan 73 orang lagi cedera ringan.[5][15] Mangsa-mangsa tercedera dirawat di Rumah Sakit Sitanala dan RSUD Kabupaten Tangerang.[1] Sementara itu, jasad-jasad mangsa terkorban dibawa ke hospital polis bagi siasatan lanjut.[16][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Bhwana, Petir Garda (8 September 2021). "Police Say Fire in Tangerang Prison Caused by Short Circuit". Tempo. Dicapai pada 8 September 2021.
  2. ^ a b c Da Costa, Agustinus Beo (9 September 2021). "Death toll from Indonesia jail blaze at 44 amid focus on overcrowding". Reuters. Jakarta. Dicapai pada 9 September 2021.
  3. ^ "Indonesia prison fire: Tangerang jail blaze kills 41 inmates". BBC News. Dicapai pada 8 September 2021.
  4. ^ Jamaluddin, Masrur (8 September 2021). "Fire at a prison in Indonesia kills at least 41 people". CNN. Dicapai pada 8 September 2021.
  5. ^ a b Suroyo, Gayatri (8 September 2021). "Fire at overcrowded Indonesian prison kills at least 40 -official". Reuters. Dicapai pada 8 September 2021.
  6. ^ Putra, Erik Purnama (8 September 2021). "Kapolda Duga Pemicu Kebakaran Lapas Akibat Korsleting". Republika. Dicapai pada 8 September 2021.
  7. ^ a b Cipta, Ayu (8 September 2021). "Lapas Tangerang Terbakar: Sempat Terdengar Teriakan Kebakaran, 100 Napi Terjebak". Tempo. Dicapai pada 8 September 2021.
  8. ^ "Dozens killed in fire at overcrowded Indonesian prison". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-09.
  9. ^ Francis, Ellen (September 8, 2021). "A fire in a packed Indonesian prison killed 41 convicts. Many were trapped in their cells". The Washington Post. Dicapai pada September 9, 2021.
  10. ^ Darmawan, Rakha Ariyanto (8 September 2021). "41 Napi Lapas Tangerang Tewas dalam Sel Terkunci". detiknews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 9 September 2021.
  11. ^ Suryo, Danang (8 September 2021). "Kebakaran Hebat di Lapas I Tangerang, Damkar Ungkap Terjadi Jam 2 Pagi". Kompas. Dicapai pada 9 September 2021.
  12. ^ "Berikut Identitas Korban Luka Kebakaran di Lapas Tangerang". TV One. 8 September 2021. Dicapai pada 8 September 2021.
  13. ^ a b Putra, Erik Purnama (8 September 2021). "Polda Metro Jaya Kerahkan 150 Personel Jaga Lapas Tangerang". Republika. Dicapai pada 8 September 2021.
  14. ^ Aditya, Nicholas Ryan (8 September 2021). "Menkumham dan Wamenkumham Cek Langsung Lokasi Kebakaran Lapas Tangerang". Kompas. Dicapai pada 8 September 2021.
  15. ^ "Dozens killed in fire at overcrowded Indonesian prison". Al Jazeera. 8 September 2021. Dicapai pada 8 September 2021.
  16. ^ Ramadhan, Ardito (8 September 2021). "41 Jenazah Korban Kebakaran Lapas Kelas I Tangerang Dibawa ke RS Polri untuk Diidentifikasi". Kompas. Dicapai pada 8 September 2021.