Kebakaran studio Kyoto Animation 2019

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Infobox event nani kore

Pada 18 Julai 2019, sebuah pembakaran sengaja dilakukan kepada Studio 1 Kyoto Animation di Kyoto, Jepun.[1] Kebakaran itu disebabkan oleh seorang lelaki berusia 41 tahun selepas 10:30 Waktu Piawai Jepun (JST). Dia menuangkan petrol ke dalam pejabat dan pekerja, sambil menjerit "Pergi mampus!" / "Matilah!" (死ね, shine). 36 orang disahkan terbunuh, manakala 36 orang lagi dihantar ke hospital. Lelaki itu dikejar oleh pekerja Kyoto Animation ke rumahnya di mana dia ditangkap oleh polis.[2]

Kejadian ini disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai paling teruk di Jepun sejak dua dekad lalu dan merupakan insiden pembunuhan beramai-ramai kedua terburuk dalam sejarah Jepun pascaperang.[3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kyoto Animation Co., Ltd. (Jepun: 株式会社京都アニメーション, Hepburn: Kabushiki-gaisha Kyōto Animēshon), disingkatkan sebagai KyoAni (Jepun: 京アニ) ialah sebuah studio animasi dan penerbit novel ringan yang ditubuhkan di Uji, Wilayah Kyoto, Jepun. Ia mempunyai beberapa lokasi yang berbeza di bandar tersebut. Studio 1 terletak di Fushimi. Studio 2 (pejabat utama KyoAni), Studio 5, dan bahagian pembangunan barangan dagangan terletak di Uji, dengan jarak sebuah stesen kereta api dari Studio 1.

Beberapa tahun sebelum serangan itu, Animasi Kyoto telah mendapat banyak surat ancaman kematian yang dihantar ke syarikat itu. Presiden syarikat, Hideaki Hatta, memberi ulasan dengan mengatakan beliau tidak mengetahui jika ia berkaitan dengan kejadian itu kerana ancaman itu dihantar secara tanpa nama.[4]

Kebakaran[sunting | sunting sumber]

30 minit sebelum kejadian, suspek dikatakan membeli kira-kira 40 liter gasolin di sebuah stesen minyak dan mendakwa bahawa gasolin tersebut digunakan bagi sebuah penjana. Suspek mengepam gasolin tersebut ke dalam dua buah tangki minyak berisi padu 20 liter setiap satu. Dia kemudiannya membawa bahan tersebut ke studio dengan menggunakan sebuah kereta sorong.[5] Suspek memulakan kebakaran di tingkat pertama bangunan dan dipercayai menyimbah gasolin terus ke arah mangsa.[6]

Kebakaran hanya berjaya dipadamkan pada 6:20 pagi (UTC) hari keesokannya.[7]

Siasatan[sunting | sunting sumber]

Suspek[sunting | sunting sumber]

Suspek tersebut telah dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 41 tahun yang bernama Aoba Shinji (青葉真司) dan menetap di wad Minuma, bandar Saitama.[5] Dia mempunyai rekod jenayah lampau apabila merompak sebuah kedai serbaneka pada tahun 2012 sebelum diberkas dan dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun setengah.[8][9][10] Dia dibebaskan pada Januari 2016.[11]

Suspek tersebut telah menyerah diri kepada polis tidak lama selepas memulakan kebakaran sebelum dibawa ke hospital dengan kecederaan. Beliau mengakui telah memulakan kebakaran semasa pengangkutannya ke hospital sambil menuduh studio tersebut "meniru", "jiplak" atau "plagiat" (パクリやがって, pakuri yagatte).[2][12] Suspek dihantar ke hospital dengan kesan kebakaran di kepala dan bahu.[11] Soal siasat lanjut dinafikan semasa kecederaannya dirawat di hospital.[13]

Menurut saksi, suspek itu dikatakan telah berada di sebuah taman kira-kira 500 meter barat daripada lokasi kejadian pada petang hari sebelumnya, yakni pada 4:30 hingga 6:00 petang dan tidur di situ.[14] Saksi-saksi lain berkata bahawa seseorang yang menyerupai suspek telah berada di kawasan kejadian beberapa hari sebelum kebakaran berlaku.[15] Siasatan lanjut mendapati bahawa suspek tiba di Kyoto pada 15 Julai dan meronda-ronda di kawasan bandar Uji, termasuklah kawasan-kawasan yang termasuk dalam anime Sound! Euphonium karya Kyoto Animation, sebuah anime yang berteraskan sebuah kelab muzik di sebuah sekolah tinggi Uji.[16]

Siasatan lajutan menemui bukti bahawa nama suspek tersenarai dalam kalangan penulis yang pernah menghantar karya novel kepada Kyoto Animation. Namun begitu, karya tersebut gagal melepasi semakan tahap pertama dan tidak diterbikan, serta tidak mempunyai sebarang persamaan dengan mana-mana karya yang diterbitkan secara rasmi.[17] Di samping itu, siasatan mendapati Aoba telah menghantar beberapa buah karya dalam pertandingan anjuran Kyoto Animation, lazimnya dengan tema kehidupan murid-murid sekolah tinggi.[18]

Setelah pulih daripada kecederaannya, dia ditahan secara rasmi pada 27 Mei 2020 kerana dakwaan membunuh dan dibawa ke balai polis Kyoto bagi siasatan lanjut; rancangan penahanan Aoba telah dilakukan sejak Januari tetapi ditangguhkan akibat perkembangan pandemik COVID-19 di Jepun serta keadaan kesihatannya yang tidak stabil.[19]

Bangunan[sunting | sunting sumber]

Bangunan tersebut terdiri daripada tiga tingkat dengan sebuah tangga berpusar. Menurut pihak bomba Kyoto, bangunan tersebut didapati tidak mempunyai sistem pemadam api seperti pemancur air, namun masih dibolehkan mengikut undang-undang Jepun. Bangunan itu telah lulus sebuah pemeriksaan keselamatan kebakaran pada Oktober 2018.[20]

Pada hari Selasa 28 April 2020, sisa-sisa bangunan tersebut telah siap dirobohkan. Kerja-kerja pembersihan tapak bangunan tersebut telah mula dijalankan pada bulan November tahun sebelumnya. Kawasan di sekeliling bekas tapak bangunan tersebut telah dipagari. Keluarga mangsa yang terkorban mencadangkan pendirian sebuah tugu peringatan di bekas tapak bangunan tersebut namun persatuan jiran tetangga kejiranan tersebut membantah cadangan tersebut atas kebimbangan pelawat yang datang nanti mungkin mengganggu ketenteraman penduduk setempat.[21]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Mangsa[sunting | sunting sumber]

36 orang mangsa disahkan terbunuh,[22] dan 36 orang yang lain cedera[23] dengan 70 orang dilaporkan di dalam bangunan ketika kebakaran itu berlaku. Pada awalnya, kebanyakan mangsa dikatakan terkorban akibat keracunan gas karbon monoksida.[24] Akan tetapi, laporan bedah siasat pada 22 Julai menunjukkan bahawa kebanyakan mangsa maut akibat kebakaran itu sendiri, manakala hanya tiga orang mangsa sahaja yang maut akibat keracunan karbon monoksida.[25][26] Kira-kira dua per tiga daripada jumlah mangsa ialah wanita, memandangkan syarikat tersebut lazim melantik juruanimasi dalam kalangan wanita.[27] Salah seorang mangsa tercedera ialah wanita dari Korea Selatan.[28]

33 mangsa yang maut dalam kejadian dijumpai di kawasan berikut:[7]

  • 19 mangsa di tangga tingkat ketiga menuju ke bumbung;
  • 11 mangsa di kawasan tingkat kedua;
  • Dua mangsa di kawasan tingkat pertama;
  • Seorang mangsa di tangga tingkat kedua menuju ke tingkat ketiga.

Seorang lagi maut dalam jagaan pihak hospital selepas kejadian.[29] Pada 27 Julai, polis mengesahkan bahawa seorang lagi mangsa meninggal dunia dalam jagaan hospital, meningkatkan lagi angka korban kepada 35 orang.[30] Pada Oktober 2019, pihak polis mengumumkan bahawa salah seorang mangsa yang merupakan seorang wanita 20-an meninggal dunia dalam jagaan hospital.[22]

Kesan harta[sunting | sunting sumber]

Selain kehilangan nyawa, presiden Kyoto Animation berkata bahawa semua bahan dan komputer di dalam bangunan musnah dijilat api, dengan kerugian harta yang disifatkannya sebagai ekstrem.[31] Namun begitu, pelayan komputer dalam tingkat pertama bangunan tersebut terselamat dan data-data yang disimpan, termasuklah lukisan-lukisan digital dapat dipulihkan tanpa sebarang kehilangan, dipercayai diselamatkan oleh dinding-dinding konkrit sekeliling pelayan yang menghalang kebakaran menghampiri pelayan.[32]

Kyoto Animation memerlukan kira-kira ¥10 bilion untuk mengembalikan fungsi syarikat serta membayar pampasan sokongan kepada magsa serta pihak keluarga mangsa.[33]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Kotak tabungan berkaitan dengan kebakaran di Animate Akihabara.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Sebuah sumbangan GoFundMe dilancarkan berikutan kebakaran. Sumbangan tersebut meraih lebih daripada AS$130,000 dalam tiga jam pertama dan telah melepasi jumlah kutipan sebanyak AS$1 juta pada 24 jam pertama.[34]

Pada 24 Julai, pihak Kyoto Animation telah melancarkan sebuah pungutan sumbangan rasmi bagi kejadian tersebut. Pada minggu pertama, pungutan yang diperoleh sudah mencapai kira-kira ¥1.1 bilion.[33] Pihak kerajaan Jepun juga melakukan pertimbangan untuk mengadakan potongan cukai bagi sumbangan kepada Kyoto Animation.[35]

Reaksi lain[sunting | sunting sumber]

Sung Won Cho, seorang artis alih suara, memberi pandangan beliau terhadap kebakaran tersebut dengan mengatakan bahawa beliau terkejut bahawa "seseorang boleh melakukan sesuatu yang sangat mengerikan kepada orang yang telah membawa kegembiraan yang begitu banyak. Memang menjelikkan betul".[1]

Takahashi Yamamoto, datuk bandar Uji mengucapkan takziah kepada semua yang terkesan dan berkata bahawa kejadian ini merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.[36] Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe turut mengucapkan takziah kepada pihak mangsa dan berkata bahawa beliau terkejut dengan kejadian tersebut.[37]

Setiausaha Agung PBB, António Guterres menerusi Pejabat Jurucakap PBB menyalurkan kesedihannya akibat kehilangan nyawa dan ucapan takziah kepada mangsa serta kerajaan Jepun.[38]

Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengutuk kejadian tersebut, di mana beliau menyatakan perasaan sedih dan terkejut terhadap kejadian.[39]

Presiden Kyoto Animation bercadang untuk merobohkan studio yang terbakar dan membangunkan sebuah taman awam atau tugu peringatan di tapak studio tersebut.[40]

Pihak perbandaran Kyoto telah mengeluarkan satu arahan pada 25 Julai agar pihak penjual gasolin dan minyak petrol untuk mengenal pasti identiti dan tujuan pembeli terlebih dahulu sebelum pembelian gasolin ke dalam bekas mudah alih.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Kyoto Animation fire: At least 26 dead after suspected arson attack". BBC News. 18 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-18. Dicapai pada 18 Julai 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ a b "京アニ火災 「パクリやがって」「死ね」液体まいた男が叫ぶ ズボンには火がついたまま…" (dalam bahasa jp). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-18. Dicapai pada 2019-07-18. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Kyoto Animation studio fire: at least 25 dead after arson attack in Japan" (dalam bahasa Inggeris). The Guardian. 2019-07-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-18. Dicapai pada 2019-07-18. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "「死ね」メールみたいなものも少なくなかった 社長会見". NHK (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  5. ^ a b "Arson suspect caused trouble in Saitama; Kyoto death rises to 34". The Asahi Shimbun (dalam bahasa Inggeris). 20 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 21 Julai 2019.
  6. ^ a b Baseel, Casey (26 Julai 2019). "Kyoto Animation arson attack prompts call for stricter gas sale regulations in Kyoto" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Ogos 2019.
  7. ^ a b "Most victims of Kyoto Animation fire found on stairs to rooftop". Kyodo News (dalam bahasa Inggeris). 19 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 21 Julai 2019.
  8. ^ "Suspek kebakaran studio animasi Kyoto dikenalpasti". Utusan Malaysia. 19 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 19 Julai 2019 – melalui Utusan Online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  9. ^ "京都アニメ放火、33人死亡 41歳男「ガソリンまく」" [Kebakaran KyoAni, 33 orang kematian, lelaki berusia 41 tahun "menuang minyak gasolin"]. CHUNICHI Web (dalam bahasa Jepun). 19 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 19 Julai 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^ 放火事件 男の名前公表 「逮捕していないが重大性考慮」 警察. NHK News (dalam bahasa Jepun). 19 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 19 Julai 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ a b "Kyoto studio arsonist repeatedly caused trouble for neighbors". Kyodo News (dalam bahasa Inggeris). 19 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  12. ^ "身柄確保の男「パクりやがって!」 京アニに恨みか". Asahi Shimbun (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  13. ^ "At least 24 dead, dozens injured in suspected arson at Japan animation studio". CNA (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  14. ^ "アニメ会社放火 近くの公園に携行缶や着火剤の空箱 関連調べる". NHK (dalam bahasa Jepun). 19 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 19 Julai 2019.
  15. ^ "Man held over anime studio attack may have checked site days before". Kyodo News (dalam bahasa Inggeris). 20 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 21 Julai 2019.
  16. ^ "In days before attack on studio, arson suspect spotted near sites featured in Kyoto Animation's works". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 28 Julai 2019. Dicapai pada 29 Julai 2019.
  17. ^ "Kyoto Animation admits it has record of receiving draft novel from arson suspect". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 31 Julai 2019. Dicapai pada 1 Ogos 2019.
  18. ^ "Kyoto Animation arsonist sent more than one novel to company as part of annual writing contest". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 21 Ogos 2019. Dicapai pada 24 Ogos 2019.
  19. ^ "Police arrest suspect in deadly Kyoto Animation arson attack". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 27 Mei 2020. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  20. ^ "Spiral stairs, no sprinklers may have contributed to deadly Japan animation studio fire". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 19 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  21. ^ 京アニ放火事件 現場の第1スタジオの解体工事が終了 [Kebakaran KyoAni: Kerja-kerja Perobohan Bangunan Studio 1 Telah Selesai]. NHK (dalam bahasa Jepun). 28 April 2020. Dicapai pada 3 Mei 2020.
  22. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan JapanTimes tidak disediakan
  23. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan NHK1 tidak disediakan
  24. ^ "逃げる間もなく煙に… 犠牲者の多くは一酸化炭素中毒か 京都". NHK (dalam bahasa Jepun). 19 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 19 Julai 2019.
  25. ^ "Smoke spread so fast at Japanese animation firm victims couldn't open rooftop door". CNA (news channel). 2019-07-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-22. Dicapai pada 2019-07-22. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  26. ^ "Kyoto Animation autopsies show at least 20 victims burned to death; suspect spotted near HQ before attack". The Japan Times. 2019-07-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-22. Dicapai pada 2019-07-22. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  27. ^ Yanamitsu, Eimi; Rich, Motoko; Inoue, Makiko (2019-07-19). "Japan Fire Killed Mostly Women, at a Studio Known for Hiring Them". New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2019-07-19. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  28. ^ 이주영 (2019-07-19). 교토 애니메이션 방화사건에 한국인 1명 중상. Kyunghyang Shinmun (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2019-07-19. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  29. ^ "京都、スタジオ放火事件で死者34人に". Livedoor (dalam bahasa Jepun). 19 Julai 2019. Dicapai pada 1 Ogos 2019.
  30. ^ "Death toll in arson attack on Kyoto anime studio rises to 35". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 27 Julai 2019. Dicapai pada 29 Julai 2019.
  31. ^ Hodgkins, Crystalyn (19 Julai 2019). "Kyoto Animation President States in Interview That All Materials, Computers Were Destroyed in Fire". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  32. ^ "Server escapes damage in Kyoto Animation fire; drawings saved". The Asahi Shimbun (dalam bahasa Inggeris). 30 Julai 2019. Dicapai pada 24 Ogos 2019.
  33. ^ a b "Kyoto Animation official donation account raises over 1 billion yen (US$10.1 million) in one week" (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogos 2019. Dicapai pada 24 Ogos 2019.
  34. ^ "Kyoto Animation fire: police search for clues as donations pass $1m mark". The Guardian. 2019-07-19. Dicapai pada 2019-07-19.
  35. ^ "Gov't considers tax breaks for donations to Kyoto Animation". Japan Times. 23 Ogos 2019. Dicapai pada 24 Ogos 2019.
  36. ^ "株式会社京都アニメーション第一スタジオで発生した火災について". Laman rasmi bandar Uji (dalam bahasa Jepun). 19 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 19 Julai 2019.
  37. ^ Rich, Motoko (2019-07-17). "Kyoto Animation Studio Arson Kills 33, Shocking Japan". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2019. Dicapai pada 2019-07-18. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  38. ^ "UN stands in solidarity with Japan following deadly arson attack at leading animation studio in Kyoto". UN News (dalam bahasa Inggeris). 19 Julai 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2019. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  39. ^ "Wan Azizah kutuk serangan di studio animasi Jepun". BERNAMA. 19 Julai 2019. Dicapai pada 19 Julai 2019.
  40. ^ 全焼スタジオ、取り壊して公園に…京アニ社長. Yomiuri Shimbun (dalam bahasa Jepun). 2019-07-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-20. Dicapai pada 2019-07-20. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Kyoto Animation