Kebangkitan mahasiswa Malaysia 1971-1975

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kebangkitan Mahasiswa Malaysia 1971-1975 merujuk kepada aktiviti demonstrasi pelajar institut pengajian tinggi dan bermula dari tahun 1971 hingga 1975.[1][2] Menteri Pelajaran ketika itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Malaysia ialah Tun Abdul Razak Hussein.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Malaysia memperkenalkan pelbagai dasar bagi mengekang Peristiwa 13 Mei. Rukun Negara diperkenalkan pada tahun 1971. Universiti Kebangsaan Malaysia dibina di Bandar Baru Bangi dan telah dibuka pintunya pada 18 Mei 1970. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal bagi menyatukan semua kaum. Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan pada 1970 bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi. Parti pembangkang seperti PAS dan Gerakan setuju digabungkan dalam parti kerajaan yang dkenali sebagai Barisan Nasional. Suara rakyat marhaen tidak lagi disuarakan oleh pemimpin politik, tetapi disuarakan oleh pemimpin mahasiswa.[perlu rujukan]

Selepas pilihan raya Malaysia 1974, kemerosotan ekonomi telah menyebabkan harga barang meningkat manakala harga getah menurun. Pada ketika itu juga telah muncul beberapa laporan berita mengenai kemelaratan kehidupan rakyat Kedah sehingga ada yang terpaksa memakan ubi gadung yang beracun lantaran kebuluran. Namun, laporan ini telah dinafikan oleh pihak kerajaan.[3]

Kebangkitan mahasiswa dipelopori oleh mahasiswa Universiti Malaya di Bangsar dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam. Mahasiswa semakin meradang apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti digubal untuk mengekang mahasiswa dengan niat agar pelajar belajar sahaja di bilik kuliah.[perlu rujukan]

Sudut pidato[sunting | sunting sumber]

Ketika itu, sudut pidato diadakan dan pemimpin mahasiswa boleh berucap lantang dan lancang mengkritik dasar-dasar yang dikira mengabaikan rakyat miskin seperti di Baling. Laporan media melaporkan terdapat penoreh getah di Baling yang mati akibat miskin melarat atau makan ubi kayu sahaja.[perlu rujukan] Harga getah jatuh teruk – daripada harga biasa 25 hingga 60 sen sekati kepada 15 sen sekati[2] – dan penduduk kesempitan wang. Wartawan Utusan Melayu, Zainuddin Maidin yang pergi menyiasat, mendapati kematian di Baling itu tidak benar. Penduduk Baling sendiri pengadakan demonstrasi di hadapan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Musa Hitam. Pengganas komunis turut percaya dengan berita itu dan mereka keluar pada 1974. Pensyarah Universiti Malaya, Zainal Abidin Wahid turut mendapat berita kematian tersebut.[4][5]

Mahasiswa mengadakan demonstrasi di padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Selain itu, mereka berkumpul di pekarangan Masjid Negara.[4][5]

Mahasiswa mengadakan demonstrasi di pelbagai tempat termasuk di luar universiti dan di pekarangan Masjid Negara.[4][5] Pasukan polis telah memburu mahasiswa tanpa membuka kasut sehingga ke dalam masjid.[perlu rujukan]

Demonstrasi mahasiswa ini turut mendapat simpati dan sokongan dari luar negara. Ketika Tun Abdul Razak di Australia dan New Zealand, beliau telah disambut oleh pelajar-pelajar bertopeng ala Klu Klux Klan. Tun Abdul Razak meninggal dunia pada 1975.[perlu rujukan]

Akta Universiti dan Kolej Universiti[sunting | sunting sumber]

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digunakan untuk mengekang mahasiswa yang dikatakan menghabiskan masa, tidak mahu belajar. 11 orang mahasiswa telah ditahan dan dapat ditangkap. Sementara yang lain telah melarikan diri. Mereka ini terdiri daripada mahasiswa Melayu. Pelajar Cina dan India dikatakan menumpukan pelajaran sahaja.[perlu rujukan]

Mahasiswa yang enggan bersurai telah ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1948 (ISA). Mereka dituduh membaling batu dan memaki hamun polis sebagai "anjing kerajaan" dan "barua kerajaan".[4][5]

Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Mahathir Mohamad meminta senarai penduduk Baling yang mati kebuluran.[4][5]

Nama mahasiswa ini ialah:

  1. Anwar Ibrahim – ditahan di bawah ISA pada 14 Disember 1974 atas kesalahan menghasut mahasiswa mengadakan demonstrasi haram.
  2. Idris Sanusi
  3. Ibrahim Ali
  4. Hishamudin Rais – melarikan diri ke luar negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mahavera, Sheridan (1 November 2014). "Aktivis pelajar Malaysia mahu tebus peranan kuasa ketiga". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-11. Dicapai pada 19 November 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ a b "Tiada kematian akibat kebuluran". Utusan Malaysia. 2 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-03. Dicapai pada 4 Mac 2018 – melalui Utusan Online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (13 Disember 2012). "Demo Baling 1974: Simbol kebangkitan rakyat". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-03. Dicapai pada 4 Mac 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ a b c d e Zainuddin Maidin (11 Oktober 2009). "Gempar Mati Lapar Di Baling". Mingguan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-26. Dicapai pada 24 Januari 2010 – melalui Scribd. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ a b c d e Zainuddin Maidin (11 Oktober 2009). "Gempar mati lapar di Baling". Mingguan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-03. Dicapai pada 4 Mac 2018 – melalui Utusan Online. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)