Kebersihan kesihatan wanita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuala wanita, satu alat kebersihan kesihatan wanita lazim.

Kebersihan kesihatan wanita merujuk kepada penggunaan produk ketika datang haid, discaj faraj serta situasi-situasi yang berkait dengan vulva dan faraj. Produk-produk ini termasuk tuala wanita, tampon, span, cawan dan peralatan-peralatan lain. Alat-alat ini boleh dibahagikan kepada dua jenis - jenis pakai buang dan jenis guna semula.[1] Produk feminin berkaitan juga melibatkan pencuci bahagian sulit wanita seperti sabun dan tisu sapu. Produk penjagaan ini mungkin membawa kepada alahan dan kegatalan memandangkan farah mampu membersihkan dirinya daripada bakteria secara sendiri.[2] Kaedah semburan adalah tidak digalakkan oleh para pakar perubatan kerana boleh mengganggu keseimbangan keasidan dan persekitaran bakteria dalam faraj.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nicole, Wendee (March 2014). "A Question for Women's Health: Chemicals in Feminine Hygiene Products and Personal Lubricants". Environmental Health Perspectives. 122 (3): A70–A75. doi:10.1289/ehp.122-A70. PMC 3948026. PMID 24583634.
  2. ^ "Feeling Fresh". kidshealth.org. Dicapai pada 2018-11-07.
  3. ^ "Douching | Womenshealth.gov". womenshealth.gov. 2017-02-21. Dicapai pada 2018-11-07.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]