Kebolehtempaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kebolehtempaan adalah sifat fizikal bagi logam-logam dan aloi-aloi logam, atau secara amnya apa-apa jenis bahan. Logam yang boleh tempa adalah mudah terbentuk (tercangga), biasanya melalui dihentak dengan penukul atau penggulingan (digelek). Kebolehtempaan adalah suatu perkara penting dalam, contohnya, bahan pencetakan atau bahan penekanan bentuk seperti logam dan plastik.

Kebolehtempaan menunjukkan bagaimana zarah bergerak yang terlibat dalam ikatan logam boleh ditolak atau ditarik melepasi satu sama lain, lantas membuatkan logam boleh tempa dan mulur.

Emas adalah logam yang paling boleh tertempa, diikuti dengan aluminium.