Kecederaan tendon Achilles
Kecederaan tendon Achilles | |
---|---|
Nama lain | koyakan tendon Achilles,[1] pecahan tendon Achilles[2] |
Tendon Achilles | |
Pengkhususan | Ortopedik, perubatan kecemasan |
Gejala | Kesakitan pada tumit[3] |
Permulaan biasa | Secara tiba-tiba[3] |
Punca | Paksaan fleksi plantar pada kaki, trauma langsung, tendonitis berpunca daripada berdiri lama[4] |
Fluorokuinolon, perubahan ketara pada senaman, artritis reumatoid, gout, kortikosteroid[1][5] | |
Berdasarkan gejala dan pemeriksaan fizikal, disokong dengan pengimejan perubatan[5] | |
Tendinitis Achilles, seliuh buku lali, patah avulsi kalkaneus[5] | |
Rawatan | Pengacuan atau pembedahan[6][5] |
Kekerapan | 1 per 10,000 orang setiap tahun[5] |
sunting |
Kecederaan tendon Achilles berlaku di bahagian belakang buku lali.[5] Simptomnya termasuklah rasa sakit yang mendadak di bahagian tumit.[3] Bunyi patah mungkin kedengaran apabila tendon putus dan berjalan menjadi sukar.[4]
Kecederaan ini biasanya berlaku akibat tapak kaki dipaksa lipat ke bawah secara tiba-tiba dengan keterlibatan otot betis, trauma langsung, atau tendonitis akibat berdiri dengan lama.[4][5] Faktor risiko lain termasuk penggunaan fluorokuinolon, perubahan ketara dalam senaman, artritis reumatoid, gout atau penggunaan kortikosteroid.[1][5] Diagnosis biasanya berdasarkan simptom dan pemeriksaan serta disokong oleh pengimejan perubatan.[5]
Antara pencegahan yang boleh dilakukan termasuklah regangan tumit kaki sebelum menjalankan aktiviti.[4] Antara rawatan yang mungkin dilakukan adalah mungkin melalui pembedahan pemulihan atau pengukuhan acuan ortopedik dengan jari kaki tunjuk ke bawah.[6][2] Rawatan tersebut boleh berbaik pulih secepat masa 4 minggu.[6][7] Walaupun pembedahan kebiasaannya mengakibatkan pengurangan kecil dalam risiko kecederaan semula, terdapat risiko komplikasi lain yang lebih besar.[2] Selain itu, rehabilitasi yang terlalu singkat masanya mungkin akan menghapuskan perbezaan tersebut.[2] Jika rawatan yang sesuai tidak berlaku dalam tempoh 4 minggu hasil kecederaan tidak begitu baik.[8]
Kecederaan tendon Achilles berlaku pada kira-kira 1 setiap 10,000 orang setahun.[5] Lelaki lebih kerap terkena berbanding perempuan.[1] Orang yang berumur 30-an hingga 50-an paling kerap terjejas.[5] Tendon itu sendiri dinamakan pada tahun 1693 sempena nama pahlawan Yunani Achilles.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "Achilles Tendon Tears". MSD Manual Professional Edition. August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 August 2018. Dicapai pada 26 June 2018. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Mer2017" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d Ochen, Yassine; Beks, Reinier B; van Heijl, Mark; Hietbrink, Falco; Leenen, Luke P H; van der Velde, Detlef; Heng, Marilyn; van der Meijden, Olivier; Groenwold, Rolf H H (7 January 2019). "Operative treatment versus nonoperative treatment of Achilles tendon ruptures: systematic review and meta-analysis". BMJ: k5120. doi:10.1136/bmj.k5120. PMC 6322065.
- ^ a b c Hubbard, MJ; Hildebrand, BA; Battafarano, MM; Battafarano, DF (June 2018). "Common Soft Tissue Musculoskeletal Pain Disorders". Primary Care. 45 (2): 289–303. doi:10.1016/j.pop.2018.02.006. PMID 29759125.
- ^ a b c d Gossman, WG; Bhimji, SS (January 2018). "Achilles Tendon, Rupture". StatPearls. PMID 28613594. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Gos2018" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d e f g h i j k Ferri, Fred F. (2015). Ferri's Clinical Advisor 2016 E-Book: 5 Books in 1 (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 19. ISBN 9780323378222. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-11. Dicapai pada 2018-06-25. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Fer2016" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c El-Akkawi, AI; Joanroy, R; Barfod, KW; Kallemose, T; Kristensen, SS; Viberg, B (March 2018). "Effect of Early Versus Late Weightbearing in Conservatively Treated Acute Achilles Tendon Rupture: A Meta-Analysis". The Journal of Foot and Ankle Surgery. 57 (2): 346–352. doi:10.1053/j.jfas.2017.06.006. PMID 28974345.
- ^ van der Eng, DM; Schepers, T; Goslings, JC; Schep, NW (2012). "Rerupture rate after early weightbearing in operative versus conservative treatment of Achilles tendon ruptures: a meta-analysis". The Journal of Foot and Ankle Surgery. 52 (5): 622–8. doi:10.1053/j.jfas.2013.03.027. PMID 23659914.
- ^ Maffulli, N; Ajis, A (June 2008). "Management of chronic ruptures of the Achilles tendon". The Journal of Bone and Joint Surgery. American Volume. 90 (6): 1348–60. doi:10.2106/JBJS.G.01241. PMID 18519331.
- ^ Taylor, Robert B. (2017). The Amazing Language of Medicine: Understanding Medical Terms and Their Backstories (dalam bahasa Inggeris). Springer. m/s. 2. ISBN 9783319503288. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-26. Dicapai pada 2018-06-26.