Kecenderungan memusat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidang statistik, kecenderungan memusat ialah perihal mencari nilai tengah yang mewakili keseluruhan set data. Ukuran kecenderungan memusat merujuk kepada kaedah pengukuran yang digunakan untuk memerihalkan satu set data. Antara ukuran-ukuran kecenderungan memusat ialah:

  • Min - nilai purata.
  • Median - nilai yang berada di tengah-tengah set yang disusun secara menaik.
  • Mod - nilai yang mempunyai kekerapan tertinggi.

Contoh penyelesaian masalah

Senarai harga rumah di bandaraya Shah Alam

1) Rm 2000000

2) Rm 500000

3) Rm 300000

4) Rm 100000

5) Rm 100000

Jumlah keseluruhan harga = Rm 3000000

Min=(Rm 3000000/5)

=Rm600000

Median=Rm 300000

Mod=Rm 100000

Pengukuran yang sesuai mengikut situasi[sunting | sunting sumber]

  • Secara umumnya, min digunakan dalam pengiraan kecenderungan memusat kecuali nilai ekstrem (nilai terpisah) wujud.
  • Median selalu digunakan kerana ia tidak dipengaruhi oleh nilai ekstrem.
  • Dalam sesetengah situasi adalah mungkin untuk melaporkan kedua-dua min dan median.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.