Kecerdikan anjing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Banyak anjing boleh dilatih dengan mudah untuk mengutip objek seperti kayu ini.

Kecerdikan anjing ialah kebolehan anjing untuk belajar, berfikir, dan menyelesaikan masalah. Jurulatih, pemilik, dan penyelidik anjing mempunyai banyak kesukaran untuk mempersetuji kaedah untuk menguji kecerdikan anjing seperti untuk kecerdasan manusia. Satu kesukaran tertentu ialah kekeliruan ciri genetik baka dan pelatihan kepatuhan anjing dengan kecerdikan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Umur terbaik melatih anjing seawal usia dua bulan atau sebaik bercerai susu.Pada peringkat usia begini,latihan yang berikan lebih mudah dipelajari berbanding dengan anjing yang usia yang meningkat dewasa.Biasanya anjing diberi latihan antara 2 hingga 6 bulan.Kekerapan 2 hingga 5 kali latihan sehari dan 15 hingga 60 minit setiap sesi berdasarkan keperluan.Tidak semua anjing mudah dilatih mengikut kehendak tuannya.Bagi yang serius bolehlah menghantar anjing mereka di pusat latihan anjing untuk dilatih.

Kebanyakan anjing mempunyai daya cerdik yang lebih berbanding dengan haiwan lain.Antara anjing yang paling cerdik ialah German Shepherd, Border Collie, Golden Retriever, Rottweiler, Papillon, Labrador Retriever, Shetland Sheepdog, Doberman Pinscher,Golden Retriever, Poodle. Selain dari senarai di atas,ada juga anjing dari baka lain yang bijak jika diberikan latihan yang betul dan berterusan.

Tidak semua anjing boleh melakukan semua tugas yang sama.Skil berdasarkan kebolehan mereka.Lihat senarai dibawah.

  • German Shepherd -Mengawal keselamatan harta dan tuannya,tidak mudah putus asa,serangan taktikal,berani,tenaga kuat,sangat setia, disiplin sangat tinggi.Banyak digunakan oleh polis, K9, tentera, anggota menyelamat dan agensi keselamatan.
  • Border Collie -Aktif, fokus, gerakan senyap, disiplin tinggi.Di Eropah,khusunya di England dan Scotland amjing ini banyak digunakan oleh penternak kambing dan lembu untuk membantu tugas pengembala.
  • Rottweiler -Serangan taktikal, tidak gentar, kuat,setia, disiplin.Jika latihan sangat dititikberatkan,ia akan menjadi anjing yang mesra kanak kanak.Jika gagal dilatih,ia sangat bahaya dan mudah keliru yang mana musuh,yang mana kawan.
  • Bloodhound -Deria bau yang tajam,bijak berburu,pantas,aktif dan serangan taktikal.Banyak digunakan oleh pemburu untuk tujuan bantuan serangan haiwan buruan seperti rusa,babi,arnab dan elk.Ia juga ditugaskan sebagai anjing menyelamat.
  • Greyhound -Penglihatan yang sangat tajam,sangat pantas berlari,aktif.Banyak digunakan sebagai anjing lumba dan anjing buruan.
  • Akita Inu -Sangat setia.Tahan sejuk.Tahan lasak.

Kebanyakan anjing bersifat setia dengan tuannya.Pada 1923 di Jepun anjing bernama Hachiko(10 November 1923 – 8 Mac 1935) dari baka Akita Inu sanggup menunggu pulang tuannya di stesen keretapi setiap hari sehingga hari terakhir kematian anjing tersebut.Sejarahnya bermula apabila Prof Hidesaburo Ueno terjumpa anak anjing tidak bertuan di stesen keretapi.Prof Hidesaburō Ueno membawa pulang, membela dan diberikan nama Hachiko.Suatu pagi,sebaik Hachiko berusia 18 bulan,ia teruja menemani tuannya ke stesen keretapi untuk Prof Hidesaburō Ueno pergi bekerja.Petang hari yang sama juga Hachiko menunggu pulang tuannya di stesen tersebut.Dan seolah 'hantar dan tunggu' di stesen sudah menjadi satu kemestian bagi Hachiko.Sehinggalah suatu hari,Prof Hidesaburō Ueno mati diserang kegagalan otak.Selama 9 tahun pada setiap 4 petang Hachiko terus menunggu pulang tuannya di stesen keretapi,namun tuannya tidak juga muncul sampai.Begitulah kesetiaan menunggu Hachiko di stesen itu hingga hari kematiannya.Stesen itu bernama Stesen Keretapi Shibuya dan terdapat tugu Hachiko disana.

Umum:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Kognisi haiwan