Kechor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kechor merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak di Perlis, Malaysia.

Kegiatan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya, Kechor menjalankan kegiatan ekonomi pertanian padi. Tetapi setelah negeri Perlis pesat membangun, kegiatan pertanian padi sudah berkurangan manakala kegiatan ekonomi perniagaan pula membangun dari hari ke hari. Terdapat pelbagai kedai yang dibina seperti kedai runcit, kedai dobi, bengkel membaiki kereta dan motosikal, kedai makan, serta pelbagai lagi kedai yang dibina di sepanjang jalan bagi menambah pendapatan penduduk setempat. Selain itu, perkhidmatan juga dijalankan di kawasan Kechor seperti guru dan pengasuh budak-budak.