Kecoh Betul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kecoh Betul
Kecohbetul2010.jpg
Poster Filem Kecoh Betul
PengarahS. Baldev Singh
Ikhzal Ideris[2]
PenulisS. Baldev Singh
Dihasilkan oleh
  • Arjinder Singh
  • Harvinder Singh
Dibintangi
Dikisahkan olehIkhzal Ideris
Syarikat
penerbitan
  • Sri Saheb Production
  • White Merpati Entertainment
Tarikh tayangan
  • 2 Jun 2010 (2010-06-02)
[1]
Durasi tayangan
155 minit[2]
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.85 juta
Pecah panggungRM 2,030,000

Kecoh Betul adalah sebuah filem Malaysia yang akan ditayangkan pada bulan Jun 2010. Filem ini bergenre lawak dan akan ditayangkan lebih daripada 55 buah pawagam seluruh Malaysia. Filem ini juga merupakan lakonan terakhir Aziz Sattar sebelum beliau bersara dari dunia filem.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

KECOH BETUL merupakan antara sebuah kisah kehidupan anak-anak muda hari ini. Mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik. Aiman, Belon dan Joe bekerja sebagai penghantar pesanan makanan di sebuah restoran makanan segera di ibu kota.

Mereka berdepan dengan cabaran hidup di kotaraya. Kehidupan mereka dikelilingi dengan keseronokan. Cabaran hidup mereka apabila keseronokan tidak dapat dinikmati kerana kekangan kewangan. Semuanya kerana wang. Mereka sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang kerana wang. Tiga sahabat ini obses dengan motor. Kehidupan mereka juga tidak lari dari motor. Ketiga-tiga mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria. Sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial mereka kerana masalah kewangan. Mereka terjebak dalam kancah Ah Long apabila mereka meminjam duit dari mereka. Mereka terpedaya dengan iklan mendapat duit dengan cepat telah terperangkap dalam perangkap Ah Long.

Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam diri mereka sendiri. Dalam mencari identiti mereka sebenar mereka tidak dapat lari dari kancah percintaan. Aiman jatuh cinta dengan gadis yang pernah ditolongnya akibat kes ragut sebelum ini. Dayana seorang gadis yang pernah diperdaya oleh teman lelakinya sendiri yang merupakan seorang pengedar pil ectasy. Aiman bertekad untuk mengubah hidup Dayana . Belon yang berminat dengan wanita berusia terpikat dengan tuan rumah yang merupakan seorang ibu tunggal, Salmah. Joe pula berusaha memikat anak gadis Salmah, Yatt@Yati yang agak kasar perwatakannya.

Kekecohan berlaku apabila mereka memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang mereka. Dayana telah diculik kerana ketiga-tiga mereka tidak berjaya melunaskan hutang. Semuanya menjadi kecoh.[2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tayangan Filem Cereka Tahun 2010 FINAS
  2. ^ a b c Kecoh Betul di Sinema Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]