Kedai alatan kanabis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kedai alatan kanabis di Florence, Itali.

Kedai alatan kanabis ialah saluran keluar runcit yang mengkhususkan alatan drug yang berkenaan dengan penggunaan kanabis, drug rekreasi, dan herba Zaman Baharu, serta juga seni, majalah, muzik, pakaian, dan dekor rumah budaya saingan. Produknya biasa merangkumi:

Kedai pintar ialah kedai di Belanda dan Ireland yang menjual bahan psikoaktif, selain daripada alatan drug yang dijual oleh kedai alatan kanabis.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kedai alatan kanabis muncul buat pertama kali pada 1960-an di bandar-bandar raya yang mempunyai banyak belia peringkat umur kolej. Ia seringnya bermula daripada kedai poster atau kedai lilin milikan persendirian. Sumber-sumber menyebut bahawa Psychedelic Shop yang terletak di Haight Street di San Francisco, California yang dikendalikan oleh veteran Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Ron Thelin, dan adiknya, Jay, merupakan kedai alatan kanabis yang pertama di Amerika Syarikat.[1] [2] Ia dibuka pada 3 Januari 1966.

Kedai alatan kanabis pada mula-mulanya bertindak sebagai saluran keluar yang penting kepada komik bawah tanah Robert Crumb serta juga pelukis-pelukis kartun budaya saingan yang lain. Bagaimanapun, kepopularannya kemudian merosot apabila generasi ledakan bayi menjadi semakin tua. Tambahan lagi, aliran utama runcit juga menemui aspek-aspek peluang pasaran kedai alatan kanabis, misalnya muzik alternatif dan produk ramah alam sekitar, lalu menyerapnya dan memburukkan keadaan kedai alatan kanabis lagi.

Kesahan[sunting | sunting sumber]

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Syarikat, kedai alatan kanabis wujud dalam keadaan undang-undang yang samar-samar kerana sifat bahan yang dijualnya boleh digunakan untuk kedua-dua drug yang sah serta dadah gelap. Bagaimanapun, penjualan sesetengah alatan drug masih dianggap sebagai haram di sesetengah negeri. Kedai-kedai alatan kanabis sering mengemukakan alasan bahawa produk mereka bukannya alatan drug yang haram kerana ia bertujuan untuk digunakan pada campuran tembakau dan bahan-bahan lain yang sah.

Menjelang awal 2000-an, dengan penggubalan undang-undang negeri yang membenarkan penjualan marijuana perubatan, kedai-kedai alatan kanabis muncul semula lagi secara kawasan serta juga dalam Internet untuk melayan pasaran kesihatan. Di banyak kedai alatan drug, papan tanda dipaparkan (dan seringnya diulang juga secara lisan) untuk menyatakan bahawa perakuan pelanggan mengenai penggunaan produk kedai pada dadah gelap akan mengakibatkan penggantungan sebarang penjualan buat suatu tempoh, dan/atau larangan sama sekali sebarang penjualan kepadanya pada masa depan. Kedai alatan drug seringnya juga memaparkan papan tanda yang menyatakan bahawa produk dijual "hanya untuk penggunaan tembakau" atau "bukan untuk digunakan pada bahan yang haram".

Kedai alatan drug dalam talian seringnya memerlukan penggunanya mematuhi penolakan tuntutan yang ketat sebelum dibenarkan berurus niaga. Pengguna juga tidak dibenarkan melihat sebarang produk yang dijual sehingga mereka bersetuju dengan penolakan tuntutan tersebut.

Brazil[sunting | sunting sumber]

Terdapat hanya amat sedikit kedai alatan kanabis di Brazil, dengan kebanyakannya terletak di negeri São Paulo dan negeri Rio de Janeiro, selain daripada ibu negara, Brasília. Status undang-undang kedai itu adalah sah kerana ia tidak menjual sebarang dadah gelap dan tiadanya juga undang-undang yang melarang penjualan peranti merokok dan serupa, kecuali adanya propaganda dadah gelap yang langsung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]