Hubungan Malaysia–Kanada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Kanada–Malaysia
Peta menunjukkan lokasi Canada dengan Malaysia

Kanada

Malaysia

Hubungan Malaysia–Kanada merujuk kepada hubungan luar negeri dua hala antara dua negara, Kanada dan Malaysia. Kanada mempunyai sebuah suruhanjaya tinggi yang berpejabat di Kuala Lumpur, dan Malaysia mempunyai suruhanjaya tinggi di Ottawa.[1][2] Kedua-dua negara merupakan anggota penuh Komanwel. Kanada mempunyai sejarah panjang mengenai keakraban dan kemesraan hubungan dua hala dengan Malaysia[3] dan ia menjadi negara pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Malaysia.[4]

Sains dan teknologi[sunting | sunting sumber]

Kanada dan Malaysia mempunyai ikatan yang kuat dalam sektor aeroangkasa, teknologi hijau, pertanian, pengangkutan, minyak dan gas.[5] Terutamanya Petronas (syarikat minyak dan gas berkaitan kerajaan Malaysia) mempunyai 25% pemilikan ekuiti dalam LNG Canada, bernilai CAD 40 bilion, pelaburan sektor swasta terbesar dalam sejarah Kanada.[6] Kanada merupakan pemegang sumber kedua terbesar Petronas, selepas Malaysia.[7]

Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Ottawa[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Ottawa ialah misi diplomatik Malaysia di Kanada. Ia terletak di 60 Boteler Street di Ottawa (45°26′02″N 75°41′51″W / 45.433949°N 75.697474°W / 45.433949; -75.697474). Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada yang pertama ialah Tan Sri Ong Yoke Lin, yang dilantik pada April 1967.

Suruhanjaya Tinggi Kanada, Kuala Lumpur[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Tinggi Kanada di Malaysia terletak di Kuala Lumpur. Terdapat juga konsulat yang diketuai seorang Konsul di Pulau Pinang.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "High Commission of Canada to Malaysia". Government of Canada. Dicapai pada 9 January 2013.
  2. ^ "Official Website of High Commission of Malaysia, Ottawa". Ministry of Foreign Affairs, Malaysia. Dicapai pada 9 January 2013.
  3. ^ a b "Canada-Malaysia Relations". Government of Canada. 6 March 2009. Dicapai pada 9 January 2013.
  4. ^ Oxford Business Group (8 December 2014). The Report: Malaysia 2014. Oxford Business Group. m/s. 146–. ISBN 978-1-910068-08-3.
  5. ^ "Canada's Governor-General, in Malaysia, discusses strengthening ties in science, technology". EurekAlert!. 15 November 2011. Dicapai pada 9 January 2013.
  6. ^ "Trudeau: Petronas-linked LNG project is Canada's largest private investment". The Edge Markets. 2018-10-04. Dicapai pada 2021-03-31.
  7. ^ "PETRONAS Enters Agreement to Acquire 25 per cent Equity in LNG Canada Project". PETRONAS Global (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-31.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]