Kedutaan Malaysia di Belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Kedutaan Malaysia di Belanda
LokasiRustenburgweg 2, 2517 KE, Den Haag, Belanda.
Belanda Den Haag, Kerajaan Belanda
DutaDato' Nadzirah Osman (since 2021)
Laman sesawangLaman web kedutaan

Kedutaan Malaysia di Belanda ialah misi diplomatik Malaysia dan terletak di Den Haag, Belanda. Ia terletak di Rustenburgweg 2, Den Haag, di zon diplomatik pusat pentadbiran Belanda. Waktu buka kedutaan ialah dari 9:00 pagi hingga 4:00 petang pada Isnin hingga Jumaat.[1]

Sejarah ringkas[sunting | sunting sumber]

Apabila Malaysia (terdahulunya Persekutuan Tanah Melayu) memohon untuk menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1957, Belanda adalah salah satu negara yang mengundi "ya" semasa panggilan untuk kemasukan ahli-ahli baru, menjadikan Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli ke-82 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.[2] Walaupun hubungan diplomatik antara kedua negara terjalin bermula pada tahun yang sama, Malaysia hanya menempatkan kedutaannya di Den Haag pada September 1966. Ia berpindah ke bangunan tetap di Rustenburgweg pada musim panas tahun 1985.

Agensi di bawah Kedutaan[sunting | sunting sumber]

Selain bangunan Chancery di Rustenburgweg, terdapat tiga agensi Malaysia yang beroperasi menjadi sebahagian daripada Kedutaan:

Senarai Duta Besar Malaysia ke Belanda[sunting | sunting sumber]

# Nama Pelantikan Tamat tempoh
1 Tan Sri Philip Kuok Hock Khee (lihat Robert Kuok) 20 September 1966 3 November 1970
2 Tan Sri Abdul Hamid bin Haji Jumaat 17 November 1970 23 Julai 1973
3 Mejar Jeneral Datuk Mohd Sany bin Abdul Ghafar 10 Oktober 1973 16 Jun 1975
4 Jeneral Tan Sri Ungku Nazaruddin Ungku Mohamad 10 September 1975 16 Jun 1978
5 Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohamad Hamzah 26 September 1978 28 Oktober 1982
6 Mr. K. Thamaratnam 28 Februari 1983 20 Mei 1985
7 Nik Mohammad Nik Hassan 26 Ogos 1985 13 Mac 1989
8 Datuk Khalid Abdul Karim 5 April 1989 18 Disember 1993
9 Dato' Sallehuddin Abdullah 16 Jun 1994 8 September 1996
10 Mr A. Ganapathy 14 Disember 1996 2 Ogos 2000
11 Dato' Noor Farida Ariffin 31 Oktober 2000 12 Januari 2007
12 Dato' Dr Fauziah Mohd Taib 13 Ogos 2008 26 Mac 2015
13 Dato' Ahmad Nazri Yusof 2 September 2015 28 November 2019
14 Dato' Nadzirah Osman 20 Ogos 2021

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Embassy of Malaysia in the Netherlands". Ministry of Foreign Affairs Malaysia. Dicapai pada 18 Ogos 2014.
  2. ^ "UN members". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 July 2014. Dicapai pada 17 Ogos 2014.
  3. ^ "MATRADE website". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2014. Dicapai pada 17 Ogos 2014.
  4. ^ "Tourism Malaysia". Dicapai pada 17 Ogos 2014.
  5. ^ "Ministry of Agriculture". Dicapai pada 17 Ogos 2014.