Keena Mentor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Keena Mentor
KelahiranSuriana binti Abdul Wahab
(1986-08-03) 3 Ogos 1986 (umur 33)
Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lainKeena, Keena Prasista
Pekerjaanpelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2009–kini
Terkenal keranaprogram realiti ‘Mentor’

Suriana Abdul Wahab atau lebih terkenal sebagai Keena (lahir 3 Ogos 1986) merupakan seorang pelakon, penyanyi, dan pengacara Malaysia. Beliau mula dikenali ramai menerusi program realiti Mentor musim ketiga pada 2009, menyebabkan beliau selesa untuk mengekalkan nama ‘Mentor’ di belakang nama pentasnya. Keena juga berkebolehan untuk menyanyi dalam beberapa bahasa lain seperti Cina dan Inggeris.[1]

Pada tahun 2018, beliau melancarkan imej baru dengan muncul dengan nama baru, Keena Prasista selepas menyertai syarikat rakaman baru, Rousing Muses Pictures.[2]

Keena Prasista kini memulakan kerjaya seni lakonnya menerusi sebuah filem seram di Indonesia untuk tahun 2018. Selain melibatkan diri dalam bidang lakonan, Keena turut memberitahu bahawa dia juga akan muncul dengan dua single dangdut bertajuk Penghibur dan Burung Tak Berkandang ciptaan Hamid Mufari di sana.[3]

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Keena turut mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan memperkenalkan jenama wangiannya sendiri, K.A.W Signature. Jenama wangian keluarannya yang dihasilkan daripada campuran enam jenis bunga itu bagaikan memberi kepuasan terhadap perkembangan kerjaya seninya.[4] Menurut beliau, keterlibatannya dalam perniagaan tersebut adalah bagi memenuhi impian arwah bapanya, Abdul Wahab, yang meninggal dunia ketika dia berusia 17 tahun kerana diserang angin ahmar.[5]

Bagi perniagaan jenama wangiannya sendiri, Suriana Wahab berjaya mendapat anugerah pada majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Selangor 2017.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
  • "Cinta Luluh"
  • "Berani"
  • "Penghibur"
  • "Burung Tak Berkandang"[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]