Kegelapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penciptaan Cahaya oleh Gustave Doré

Kegelapan, bertentangan langsung dengan kecerahan, ditakrifkan sebagai kekurangan pencahayaan, ketiadaan cahaya nampak, atau permukaan yang menyerap cahaya, seperti yang berwarna hitam.

Penglihatan manusia tidak dapat membezakan warna dalam keadaan pencahayaan yang sangat rendah kerana sel-sel fotoreseptor sensitif rona pada retina tidak aktif apabila tahap cahaya tidak mencukupi dalam julat persepsi visual, dan hal ini merujuk kepada penglihatan skotopik.

Tindak balas emosi terhadap kegelapan telah menghasilkan penggunaan metafora terhadap istilah tersebut dalam banypelbagai budaya, sering digunakan untuk menggambarkan perasaan atau firasat yang tidak gembira dan kurang menyenangkan.

Merujuk kepada waktu siang, kegelapan sepenuhnya berlaku apabila Matahari berada lebih 18° di bawah ufuk, tanpa penampakan sebarang aram pada langit malam.

Saintifik[sunting | sunting sumber]

Persepsi[sunting | sunting sumber]

Persepsi kegelapan berbeza dengan sekadar ketiadaan cahaya disebabkan kesan-kesan imej tinggal pada persepsi. Sewaktu penglihatan dalam gelap, organ mata itu sentiasa aktif, namun sebahagian retina yang tidak dirangsang menghasilkan pelengkapan imej tinggal.[1]

Fizik[sunting | sunting sumber]

Dari segi fizik, sesuatu objek dikatakan gelap apabila ia menyerap foton, menyebabkan ia kelihatan malap berbanding objek lain. Contohnya, cat hitam mayang tidak memantulkan cahaya nampak yang cukup dan kelihatan gelap, manakala cat putih memantulkan lebih banyak cahaya dan kelihatan terang. [2] Untuk maklumat lanjut, sila rujuk warna. Sesuatu objek mungkin kelihatan gelap, tetapi ia mungkin terang pada frekuensi yang tidak dapat dilihat oleh manusia.

Kawasan gelap mempunyai sumber cahaya yang terhad, menjadikannya sukar untuk dilihat. Pendedahan berselang-seli antara kewujudan dan ketiadaan cahaya (malam dan siang) telah menyebabkan beberapa penyesuaian evolusi kepada kegelapan. Apabila makhluk vertebrata seperti manusia memasuki kawasan gelap, anak matanya mengembang, membenarkan lebih banyak cahaya ditangkap oleh mata dan meningkatkan penglihatan malam. Selain itu, sel-sel pengesan cahaya dalam mata manusia (sel batang dan sel kon) akan menjana semula lebih banyak rodopsin yang tidak terluntur apabila menyesuaikan diri dengan kegelapan.

Ukuran saintifik bagi kegelapan ialah skala Bortle, yang menunjukkan kecerahan langit dan bintang pada waktu malam di lokasi tertentu, dan kebolehcerapan objek-objek angkasa di lokasi tersebut.[3]

Bahan yang dikenali sebagai Vantablack ialah salah satu daripada bahan paling gelap yang diketahui, menyerap sehingga 99.965% cahaya nampak (pada 663 nm jika cahaya berserenjang dengan bahan), dan dibangunkan oleh Surrey NanoSystems di United Kingdom.[4][5] Nama itu adalah gabungan akronim VANTA (tatasusunan tiub nano yang dijajarkan secara menegak) dan warna hitam dalam bahasa Inggeris iaitu "black". [6]

Teknikal[sunting | sunting sumber]

Warna pada satu titik, mengikut paparan komputer 24-bit standard, ditakrifkan oleh tiga nilai RGB (merah, hijau, biru), setiap satu berjulat antara 0–255. Apabila komponen merah, hijau dan biru sesuatu piksel diterangi sepenuhnya (255,255,255), piksel itu kelihatan putih; apabila ketiga-tiga komponen tidak diterangi cahaya (0,0,0), piksel kelihatan hitam. [7]

Budaya[sunting | sunting sumber]

The Calling of St Matthew karya Caravaggio menggunakan kegelapan untuk kesan kiaroskuronya .

Seniman-seniman menggunakan kegelapan untuk menekan dan mengkontraskan kehadiran cahaya. Kegelapan boleh digunakan sebagai titik balas kepada kawasan terang untuk mencipta garis dan lompong utama . Bentuk-bentuk sedemikian menarik mata di sekeliling kawasan lukisan. Bayang-bayang menambah kedalaman dan perspektif pada lukisan. Lihat kiaroskuro untuk perbincangan tentang penggunaan kontras-kontras sedemikian dalam media visual.

Cat-cat warna dicampur bersama untuk mencipta kegelapan, kerana setiap warna menyerap frekuensi cahaya tertentu. Secara teorinya, mencampurkan tiga warna utama atau tiga warna sekunder, akan menyerap semua cahaya yang boleh dilihat dan menghasilkan hitam. Dalam amalan pengecatan, sukar untuk menghalang campuran daripada mengambil calitan berwarna warna coklat.

Kesusasteraan[sunting | sunting sumber]

Pemisahan cahaya dan kegelapan pada hari pertama penciptaan, dari siling Sistine Chapel oleh Michelangelo

Sebagai satu istilah puitis di dunia Barat, kegelapan digunakan untuk menandakan kehadiran bayang-bayang, kejahatan, dan ketidaksedaphatian,[8] atau dalam bahasa moden, untuk menyatakan bahawa cerita itu suram, berat dan/atau menyedihkan. [9]

Agama[sunting | sunting sumber]

Naratif penciptaan pertama dalam agama Yahudi dan Kristian bermula dengan kegelapan, yang di dalamnya diperkenalkan penciptaan cahaya, dan pemisahan cahaya ini dari kegelapan (dibezakan dengan penciptaan Matahari dan Bulan pada hari keempat ciptaan dunia). Oleh itu, walaupun terang dan gelap termasuk dalam ciptaan Tuhan yang komprehensif, kegelapan dianggap sebagai "wabak kedua yang terakhir" (Keluaran 10:21), dan lokasi "tangisan dan kertak gigi" (Matius 8:12).

Erebus ialah dewa primordial dalam mitologi Yunani, mewakili personifikasi kegelapan.

Falsafah[sunting | sunting sumber]

Dalam falsafah Cina, yin ialah bahagian feminin pelengkap taijitu dan diwakili oleh lobus gelap.

Puisi[sunting | sunting sumber]

Penggunaan kegelapan sebagai alat retorik mempunyai tradisi yang telah wujud sekian lama. William Shakespeare, yang bekerja antara abad ke-16 dan ke-17, membuat watak yang dipanggil "putera kegelapan" (Raja Lear: III, iv) dan memberikan rahang yang penuh kegelapan untuk memakan cinta. (Mimpi Suatu Malam Pertengahan Musim Panas: I, i)[10] Geoffrey Chaucer, seorang penulis pada zaman Pertengahan Inggeris abad ke-14 dalam karyanya The Canterbury Tales, menulis bahawa kesatria mesti membuang "anasir-anasir kegelapan". [11] Dalam Divine Comedy, Dante menyifatkan neraka sebagai "kegelapan nyata yang ternoda". [12]

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Dalam Bahasa Inggeris Lama terdapat tiga perkataan yang boleh bermaksud kegelapan: heolstor, genip, dan sceadu.[13] Heolstor juga bermaksud "tempat persembunyian" dan yang berevolusi menjadi perkataan Inggeris "holster". Genip bermaksud "kabus" dan sudah tiada penggunaannya seperti kata kerja kuat yang lain. Namun ia masih digunakan dalam pepatah Belanda "in het geniep" yang bermaksud secara rahsia. Sceadu bermaksud "bayangan" dan kekal digunakan dalam bahasa Inggeris dalam bentuk "shadow". Perkataan "gelap" dalam bahasa Inggeris iaitu "dark" berkembang daripada perkataan deorc.[14]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Horner, David T. (2000). Demonstrations of Color Perception and the Importance of Contours, Handbook for Teaching Introductory Psychology. 2. Texas: Psychology Press. m/s. 217. ISBN 9780805836547. Afterimages are the complementary hue of the adapting stimulus and trichromatic theory fails to account for this fact
  2. ^ Mantese, Lucymarie (March 2000). "Photon-Driven Localization: How Materials Really Absorb Light". American Physical Society, Annual March Meeting. American Physical Society: E2.001. Bibcode:2000APS..MAR.E2001M.
  3. ^ Mizon, Bob (2016-07-04). Finding a Million-Star Hotel: An Astro-Tourist's Guide to Dark Sky Places (dalam bahasa Inggeris). Springer. m/s. 9–16. ISBN 978-3-319-33855-2.
  4. ^ Coldewey, Devin (15 July 2014). "Vantablack: U.K. Firm Shows Off 'World's Darkest Material'". NBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 July 2014. Dicapai pada 19 July 2014.
  5. ^ Guinness World Records: Darkest manmade substance, 19 October 2015
  6. ^ Rossing, Thomas D.; Chiaverina, Christopher J. (2020-01-03). Light Science: Physics and the Visual Arts (dalam bahasa Inggeris). Springer Nature. m/s. 172. ISBN 978-3-030-27103-9.
  7. ^ Kruegle, Herman (2011-03-15). CCTV Surveillance: Video Practices and Technology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. m/s. 259. ISBN 978-0-08-046818-1.
  8. ^ Heart of Darkness: Literary Touchstone Classic (dalam bahasa Inggeris). Prestwick House Inc. m/s. 6. ISBN 978-1-58049-812-8.
  9. ^ "Darkness". MacMillan Dictionary. Diarkibkan daripada yang asal pada Dec 9, 2016. Dicapai pada 19 December 2022.
  10. ^ Shakespeare, William. "The Complete Works". The Tech, MIT.
  11. ^ Chaucer, Geoffrey. The Canterbury Tales, and Other Poems. The Second Nun's Tale.
  12. ^ Alighieri, Dante; Francis, Henry (trans.). The Divine Comedy.
  13. ^ Mitchell, Bruce; Fred C. Robinson (2001). A Guide to Old English. Glossary: Blackwell Publishing. m/s. 332, 349, 363, 369. ISBN 978-0-631-22636-9.
  14. ^ Harper, Douglass (November 2001). "Dark". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 2007-01-18.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]