Kegelinciran kereta api Katanga 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kegelinciran kereta api Katanga 2014
Kegelinciran kereta api Katanga 2014 is located in Bumi
Kegelinciran kereta api Katanga 2014
Kegelinciran kereta api Katanga 2014 (Bumi)
Map
Butiran
Tarikh22 April 2014
Antara 10:00 hingga 11:00 (waktu tempatan)
Koordinat8°23′30″S 24°39′49″E Sunting ini di Wikidata
LokasiBerdekatan Jambatan Katongola[1]
NegaraRepublik Demokratik Congo
Laluan/landasanKamina-Likasi
PengendaliSyarikat Kereta Api Kebangsaan Congo
Jenis insidenKegelinciran
SebabMemandu melebihi had laju[2]
Perangkaan
Kereta api1
Meninggal dunia48[3]
Tercedera160[3]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada 22 April 2014, sebuah kereta api kargo tergelincir berdekatan jambatan Katongola[1] di Republik Demokratik Congo. Kereta api itu membawa beratus-ratus penumpang haram pada masa kemalangan itu dimana 48 orang maut dan lebih 150 lagi tercedera.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sistem kereta api di Republik Demokratik Congo (DRC) tidak diselenggara dengan baik dan rosak selepas konflik yang bertahun lamanya berlaku di dalam negara. Kebanyakkan sistem tersebut dibina ketika zaman penjajahan dan hanya sedikit kerja-kerja pembaikan dilakukan sejak berakhirnya pemerintahan Belgium pada 1960. Pihak majikan Syarikat Kereta Api Kebangsaan Congo (SNCC), syarikat kereta api awam, seringkali menjual tiket-tiket haram kepada para penumpang untuk meningkatkan pendapatan mereka. Sesetengah orang hanya melompat naik pada kereta api bagi melakukan perjalanan ke seluruh negara.[2][4] Kemalangan kereta api kerap berlaku kerana muatan yang berlebihan dan prasarana yang teruk.[3] Pada tahun 2007, lebih daripada 100 orang terbunuh apabila sebuah kereta api barangang tergelincir di wilayah Kasai-Occidental.[5]

Kegelinciran[sunting | sunting sumber]

Antara jam 10:00 hingga 11:00 waktu tempatan (11:00-12:00 UTC) pada 22 April 2014, sebuah kereta api kargo tergelincir berdekatan Katongola, 65 kilometer (40 bt) utara Kamina di wilayah Katanga, Republik Demokratik Congo.[3][2][4] Kejadian itu termasuklah dua enjin kereta api dan 15 daripada 19 gerabak.[3][5]

Walaupun ia bukanlah kereta api penumpang, ia membawa beratus-ratus penumpang haram ketika waktu kejadian.[2] Menurut saksi, kereta api itu dipenuhi dengan para penumpang di dalam dan di atas bumbung gerabak kereta api.[3] Walaupun kemalangan itu berlaku pada waktu pagi, para penyelamat tidak tiba di tempat kejadian sehinggalah waktu petang.[2] Pasukan perubatan tentera, kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan dibantu dengan sebuah kren berat dalam usaha membebaskan orang yang terperangkap di bawah timbunan.[3]

Laporan awal mengatakan bahawa seramai 63 orang terbunuh dalam kemalangan tersebut, tetapi jumlah kematian kemudiannya disemak semula kepada 48 orang.[2][3] 160 orang lagi tercedera dimana 12 daripada mereka mengalami cedera parah.[3]

Punca[sunting | sunting sumber]

Siasatan awal menganggap kereta api itu bergerak dengan kelajuan kira-kira 60 kilometer sejam (37 bsj), jauh melebihi had laju yang ditetapkan, 40 km/j (25 mph). Kereta api tersebut tidak dapat memperlahankan kelajuannya ketika berada di selekoh lalu tergelincir.[2] Menurut jurucakap kerajaan, Lambert Mende, kereta api bergerak laju kerana kegagalan fungsi enjin.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "At least 60 killed in DR Congo train crash". Xinhuanet. 24 April 2014. Dicapai pada 25 April 2014.
  2. ^ a b c d e f g "DR Congo train in deadly Katanga derailment" (dalam bahasa Inggeris). BBC Africa. 23 April 2014. Dicapai pada 23 April 2014.
  3. ^ a b c d e f g h i AAP (24 April 2014). "DR Congo train crash Ssarch continues: Authorities in the Democratic Republic of Congo say they are still trying rescue people trapped in the mangled wreckage of a derailed train" (dalam bahasa Inggeris). SBS World News. Dicapai pada 24 April 2014.
  4. ^ a b c "Scores killed in DR Congo train crash" (dalam bahasa Inggeris). Al Jazeera. 23 April 2014. Dicapai pada 23 April 2014.
  5. ^ a b "At least 50 killed in Congo train crash: sources" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. 23 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-24. Dicapai pada 23 April 2014.