Kegiatan dan kritikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II dan dianggotai oleh negara-negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan oleh Piagamnya, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak-hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat kepada undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup di seluruh dunia.

Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London pada 10 Januari 1946 di London, United Kingdom disertai oleh 51 negara. Kini, 191 negara telah menyertai pertubuhan ini.

Bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


Kegiatan-kegiatan PBB[sunting | sunting sumber]

Persidangan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Ahli-ahli PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat keputusan tentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yang diadakan sepanjang tahun. Badan-badan pentadbir terdiri daripada ahli-ahli negara yang termasuk, bukan sahaja Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan Majlis Keselamatan, tetapi juga badan-badan kaunterpart yang berkaitan dengan penguasaan kesemua agensi sistem PBB yang lain. Umpamanya, Perhimpunan Kesihatan Sedunia dan Lembaga Eksekutif menyelia kerja-kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Setiap tahun, Jabatan Negara Amerika Syarikat mentauliahkan delegasi ke lebih daripada 600 mesyuarat badan-badan pentadbir.

Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak, Perhimpunan Agung akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan perhatian sejagat dan memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Delegasi peringkat tinggi Amerika Syarikat mempergunakan peluang-peluang ini untuk mempromosikan sudut pandangan polisi Amerika Syarikat dan mengembangkan persetujuan-persetujuan antarabangsa terhadap kegiatan untuk masa hadapan. Contoh-contoh terkini termasuk:

  • "Persidangan tentang Alam Sekitar dan Pembangunan PBB" (Persidangan Bumi) (UNCED) di Rio de Janeiro, Brazil, pada Jun 1992: Persidang ini telah menyebabkan penciptaan Suruhanjaya Pembangunan Mapan untuk memajukan kesimpulan yang dicapai dalam Agenda 21. Agenda 21 merupakan teks persetujuan terakhir yang dirundingkan oleh kerajaan-kerajaan di UNCED;
  • "Persidangan Antarabangsa Cairo mengenai Bilangan Penduduk dan Pembangunan" yang diadakan di Cairo, Egypt pada September 1994: Persidangan ini meluluskan program tindakan untuk menumpukan perhatian kepada cabaran-cabaran yang genting serta saling perhubungan antara bilangan penduduk dan pembangunan boleh kekal pada tempoh 20 tahun yang akan datang;
  • "Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan" yang diadakan pada Oktober 1994 di Columbus, Ohio: Persidangan ini ditajakan bersama-sama oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD), bandar raya Columbus, dan perniagaan sektor swasta. Ia menumpukan perhatian kepada penggunaan teknologi matlumat moden untuk memperkembangkan perdagangan antarabangsa;
  • "Persidangan Dunia mengenai Pembangunan Sosial" yang diadakan di Copenhagen, Denmark pada Mac 1995: Persidangan ini menegaskan tanggungjawab negara terhadap pembangunan boleh kekal dan memperoleh komitmen peringkat tinggi untuk pelaburan dalam rancangan-rancangan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang ekonomi untuk kesemua orang, termasuknya wanita.
  • "Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita" yang diadakan di Beijing, China, pada September 1995: Persidangan ini bertujuan untuk mempercepatkan pelaksanaan perjanjian-perjanjiaan bersejarah yang telah disetujui di "Persidangan Dunia Ketiga tentang Wanita" yang diadakan di Nairobi, Kenya pada tahun 1985.
  • "Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia" (Habitat II), yang diadakan di Istanbul, Turki pada Jun 1996: Persidangan ini mempertimbangkan cabaran-cabaran pembangunan dan pengurusan petempatan manusia pada abad ke-21.

Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan[sunting | sunting sumber]

PBB mengisytiharkan dan menyelaraskan "Tahun Antarabangsa untuk ..." supaya dapat menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang utama. Melalui perlambangan PBB, logo yang direka bentus khas untuk tahun itu, serta infrakstruktur sistem PBB untuk menyelaraskan peristiwa-peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor mangkin untuk memajukan persoalan-persoalan utama pada skala sejagat.

Kawalan senjata dan pelucutan senjata[sunting | sunting sumber]

Piagam PBB 1945 membayangkan sebuah sistem peraturan yang akan memastikan "pengalihan yang paling sedikit untuk persenjataan daripada sumber-sumber manusia dan ekonomi sedunia". Senjata nuklear termuncul hanya beberapa minggu selepas Piagam itu ditandatangani dan memberikan dorongan yang segera kepada konsep-konsep pengehadan persenjataan dan pelucutan senjata. Sebenarnya, ketetapan yang pertama untuk mesyuarat sulung Perhimpunan Agung (24 Januari 1946) telah dijudulkan "Penubuhan Suruhjaya untuk Bertindak terhadap Masalah-masalah yang Dikemukakan oleh Penemuan Tenaga Atom". Ketetapan ini menuntut kepada Suruhanjaya supaya membuat cadangan-cadangan yang tertentu untuk "penghapusan daripada persenjataan negara kesemua senjata atom dan senjata-senjata utama yang lain yang boleh disesuaikan untuk pembinasaan besar-besaran".

PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan pelucutan senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung dan Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB. Perkara-perkara dalam agendanya merangkumi pertimbangan meritnya terhadap pengharaman ujian nuklear, kawalan senjata angkasa lepas, usaha untuk mengharamkan senjata kimia, pelucutan senjata nuklear dan senjata biasa, pengurangan peruntukan tentera, serta langkah-langkah untuk mengukuhkan keselamatan antarabangsa.

Persidangan Pelucutan Senjata merupakan forum yang ditubuhan oleh komuniti antarabangsa untuk perundingan kawalan senjata berbilang hala dan persetujuan-persetujuan pelucutan senjata. Ia mempunyai 66 ahli yang mewakili seluruh kawasan di dunia, temasuknya kelima-lima negara senjata nuklear yang utama, iaitu Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis, dan Republik Rakyat China. Sedangkan persidangan ini bukannya pertubuhan PBB yang formal, ia dikaitkan kepada PBB melalui wakil diri Setiausaha Jeneral; wakil ini bertindak sebagai setiausaha jeneral persidangan. Ketetapan-ketetapan yang diterima oleh Perhimpunan Agung sering memintai persidangan untuk mempertimbangkan perkara-perkara pelucutan yang tertentu. Sebagai balasan, persidangan itu melaporkan kegiatan-kegiatannya setiap tahun kepada Perhimpunan.

Penjagaan keamanan[sunting | sunting sumber]

Pengaman-pengaman dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata baru-baru sahaja bertamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat perjanjian keamanan serta untuk tidak menggalakkan askar tempur daripada memulakan pertempuran, umpamanya di Timor Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan oleh ahli-ahli negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi penjagaan keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.

Pengasas-pengasas PBB mempunyai harapan yang tinggi bahawa PBB dapat bertindak untuk mengelakkan segala pertikaian antara negara-negara dan menyebabkan peperangan tidak mungkin melalui prinsip "keselamatan bersama". Harapan-harapan itu masih belum dapat dicapai dengan sepenuhnya. Semasa Perang Sejuk (dari kira-kira 1947 sehigga 1991), pembahagian dunia kepada kem-kem yang bermusuhan menyebabkan perjanjian penjagaan keamanan terlalu susah. Selepas penamatan Perang Sejuk, terdapatnya permintaan baru supaya PBB menjadi agensi untuk mencapai keamanan dan kerjasama sejagat kerana beberapa dozen pertikaian tentera masih berterusan di sekeliling dunia. Tetapi keruntuhan Kesatuan Soviet juga meninggalkan Amerika Syarikat dalam kedudukan dominans di dunia yang unik, dan mewujudkan pelbagai cabaran yang baru kepada PBB.

Operasi penjagaan keamanan PBB dibiayai oleh taksiran, melalui rumusan yang diperoleh daripada skala yang biasa, tetapi termasuk bayaran tokok untuk kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan ataupun menolak sebarang operasi penjagaan keamanan. Bayaran tokok ini bertindak untuk mengimbangkan kadar taksiran terdiskaun bagi negara-negara kurang maju. Pada Disember 2000, PBB menyemak semula skala kadar taksiran bagi peruntukan biasanya dan untuk penjagaan keamanan. Skala untuk penjagaan keamanan direka bentuk untuk disemak semula setipa enam bulan dan diunjurkan berhampiran 27% pada tahun 2003. Amerika Syarikat bermaksud membayar taksiran penjagaan keamanan pada kadar yang lebih rendah. Ia telah meminta penggubalan undang-undang daripada Kongres Amerika Syarikat untuk dapat membayar pada kadar-kadar ini serta untuk membuat bayaran untuk tunggakannya.

Jumlah perbelanjaan PBB untuk penjagaan keamanan mencapai puncaknya antara 1994 dan 1995; pada akhir tahun 1995, jumlah kos ialah melebihi AS$3.5 bilion. Jumlah kos penjagaan keamanan PBB bagi tahun 2000 adalah di lingkungan AS$2.2 bilion, termasuk operasi yang dibiayai daripada peruntukan PBB yang biasa serta peruntukan penjagaan keamanan.

Pasukan-pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Nobel untuk Keamanan" pada tahun 1988. Pada tahun 2001, PBB dan Setiausaha Jeneral Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel "kerana usaha-usahanya untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."

PBB mengekalkan siri Pingkat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan tentera yang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingkat Perkhidmatan PBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang Korea. Pingat NATO direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap sebagai pingat antarabangsa dan bukannya pingat tentera.

Hak asasi manusia[sunting | sunting sumber]

Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB. Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masa akan datang. Salah satu matlamat yang awal ialah penciptaan rangka undang-undang untuk mempertimbangkan dan bertindak ke atas sebarang sungutan mengenai pencabulan hak asasi manusia.

Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat sejagat ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama dan berasingan" untuk mencapainya. Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, walaupun tidak mengikat dari segi undang-undang, telah diterima oleh Perhimpunan Agung pada tahun 1948 sebagai piawai pencapaian yang umum untuk semua ahli.

Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di bawah ECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia, khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia ialah pegawai yang bertanggungjawab kepada segala kegiatan hak asasi manusia PBB.

PBB dan agensi-agensinya memainkan peranan yang utama dalam pendukungan dan pelaksanaan prinsip-prinsip yang disemadikan dalam Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Contoh yang baik ialah sokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada sistem demokrasi. Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil, perbaikan struktur kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawai-pegawai hak asasi manusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-parti politik nyata sekali amat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.

PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka. PBB membantu untuk mempertingkatkan kesedaran konsep hak asasi manusia melalui waad dan perhatian kepada pelanggaran yang khusus melalui ketetapan Perhimpunan Agung atau Majlis Keselamatan ataupun keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusian yang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.

Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantu memberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80 negara), Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta projek penjagaan keamanan di 24 buah negara. Kekadangnya, pekerja-pekerja bantuannya telah diserang.

PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembangan ekonomi, umpamanya perumusan Matlamat-matlamat Perkembangan Milenium. Program Pembangunan PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk tabung bantuan teknikal di dalam dunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNAIDS dan Tabung Dunia untuk Membasmi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi yang utama dalam pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang miskin. Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.

Tiap-tiap tahun, PBB menerbitkan Indeks Pembangunan Manusia (HDI) yang merupakan indeks perbandingan untuk mengkadarkan negara mengikut, kemiskinan, [[kenal huruf], pendidikan, jangka hayat, dan faktor-faktor yang lain.

PBB mempromosikan pembangunan manusia melalui pelbagai agensi dan jabatan:

  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia membasmikan cacar pada tahun 1977 dan kini hampir membasmikan polio.
  • Bank Dunia / Tabung Kewangan Antarabangsa IMF
  • Program Alam Sekitar PBB UNEP
  • Program Pembangunan PBB UNDP
  • Pertubuhan Pelajaran, Saintifik dan Kebudayaam PBB UNESCO
  • Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa PBB (UNICEF)
  • Pejabat Suruhanjaya Tinggi PBB Untuk Pelarian UNHCR

PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai banyak sejarah demokrasi, termasuknya pada masa kebelakangan ini, Afghanistan dan Timor Timur.

PBB juga menjalankan tribunal jenayah antarabangsa, termasuknya Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda (ICTR) dan bekas Yugoslavia (ICTY), serta Mahkahmah Khas untuk Sierra Leone, dan Mahkamah Ad Hoc untuk Timor Timur.

Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Jeneral Kofi Annan melancarkan Tabung Gerak Balas Kecemasan Pusat (CERF) untuk mereka di Tanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.[1] Diarkibkan 2007-06-10 di Wayback Machine

Persetiaan dan undang-undang antarabangsa[sunting | sunting sumber]

PBB merundingkan persetiaan seperti [Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut]] untuk mengelakkan kemungkinan pertikaian antarabangsa. Pertikaian mengenai penggunaan lautan dihakimi oleh mahkamah khas.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang dimulakan pada tahun 1946 merupakan mahkamah PBB yang utama. Tujuannya ialah untuk menghakimi pertikaiaan-pertikaiaan di antara negara-negara. Kes-kes terutama yang dihakiminya termasuk:

  • Congo lawan Perancis: Republik Demokratik Congo menuduh Perancis kerana menyalahi undang-undang disebabkan penahanan bekas ketua-ketua negaranya yang telah dituduh untuk jenayah-jenayah perang;
  • Nicaragua lawan Amerika Syarikat: Nicagarua menuduh Amerika Syarikat kerana mempersenjatai Contra secara haram (kes ini menyebabkan peristiwa Iran-Contra).

Kritikan dan perbalahan[sunting | sunting sumber]

Membuat reformasi pada PBB[sunting | sunting sumber]

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapatnya banyak seruan untuk membuat reformasi pada PBB. Bagaimanapun, tiadanya kejelasan, apalagi sepersetujuan, tentang bagaimana melaksanakannya. Ada yang hendak PBB memainkan peranan yang lebih besar dan lebih berkesan dalam hal-ehwal dunia, dan ada yang hendak peranannya dihadkan kepada tugas-tugas kemanusiaan.

Pada tahun 2004 dan 2005, tuduhan mengenai salah pengurusan dan rasuah mengenai Program Minyak untuk Makanan untuk Iraq di bawah Saddam Hussein telah menyebabkan seruan yang baru untuk reformasi.

Sebuah rancangan reformasi yang rasmi telah dimulakan oleh Setiausaha Jeneral PBB, Kofi Annan tidak lama selepas beliau memegang jawatan itu pada 1 Januari 1997. Reformasi yang telah dikemukakan termasuk:

  • penukaran keahlian tetap untuk Majlis Keselamatan (yang kini membayangkan hubungan kuasa 1945);
  • menjadikan birokrasi lebih nyata, bertanggungjawab dan cekap;
  • menjadikan PBB bersikap lebih demokratik; dan
  • mengenakan tarif antarabangsa terhadap semua pengilang senjata di seluruh dunia.

Kongres Amerika Syarikat amat mengambil berat tentang reformasi keberkesanan dan kecekapan PBB. Pada November 2004, rang undang-undang H.R. 4818 memberikan mandat untuk menciptakan sebuah pasukan petugas dwipartisan untuk melaporkan kepada Kongres tentang bagaimana menjadikan PBB lebih berkesan dalam pencapaian matlamat-matlamat Piagamnya. Pasukan petugas itu dicipta pada Januari 2005, dan dipengerusikan bersama-sama oleh bekas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Newt Gingrich dan bekas Ketua Majoriti Senat Amerikat Syarikat, George J. Mitchell. Pada Jun 2005, pasukan petugas itu menerbitkan "Kepentingan Amerika Syarikat dan Reformasi PBB: Laporan Pasukan Petugas mengenai PBB," dan mengemukakan banyak cadangan untuk memperbaiki PBB.

Pada 17 Jun 2005, Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan rang undang-undang (H.R. 2745 Diarkibkan 2008-09-18 di Wayback Machine) untuk menurunkan wang sumbangan kepada PBB sebanyak 50% jika ia tidak mencapai kriteria-kriteria yang ditetapkan. Langkah in telah diambil untuk mengatasi sungutan yang lama mengenai sikap anti Amerika Syarikat dan anti Israel di dalam PBB, khususnya pelarangan Israel daripada banyak pertubuhan pembuatan keputusan.

Oleh sebab Amerika Syarikat dianggar menyumbang lebih kurang 22% daripada peruntukan tahunan PBB, rang undang-undang ini berpotensi amat menjejaskan kepentingan PBB. Beberapa ahli Parti Republikan Senat yang utama telah membantah rang undang-undang ini. Pentadbiran George W. Bush dan beberapa bekas duta besar Amerika Syarikat kepada PBB juga telah mengingatkan bahawa ini hanya akan mengukuhkan sentimen anti Amerika Syarikat di seluruh dunia dan mungkin juga akan menjejaskan gerakan-gerakan reformasi PBB.

Sebuah rang undang-undang yang sama dengan rang undang-undang yang dibawa ke Dewan Perwakilan juga dibawa ke Senat oleh Gordon Smith pada 13 Julai [2] Diarkibkan 2016-04-14 di Wayback Machine. Akta Pengurusan, Personel, dan Reformasi Polisi PBB, 2005 (S. 1383) yang dibawa ke Senat oleh Senator Norm Coleman [R-MN] dan Senator Richard Lugar [R-IN] pada 12 Julai 2005 juga meminta reformasi yang serupa tetapi meninggalkan penahanan sumbangan kepada budi bicara Presiden. [3] Diarkibkan 2015-10-18 di Wayback Machine. Pada Februari 2006, kedua-dua rang undang-undang masih belum diundi.

Pada September 2005, PBB mengadakan Persidangan Dunia yang membuat ketua-ketua untuk kebanyakan ahli-ahli negara berkumpul dalam sidang pleno bagi sidang Perhimpunan Agung yang ke-60. PBB menggelarkan persidangan itu sebagai "peluang yang cuma timbul sekali sahaja dalam satu generasi untuk mengambil keputusan-keputusan yang berani dalam bidang perkembangan, keselamatan, hak asasi manusia dan reformasi PBB". [4]

Setiausaha Jeneral Kofi Annan telah mencadangkan bahawa persidangan itu membuat suatu "persetujuan agung" sejagat untuk melaksanakan reformasi terhadap PBB melalui penyusunan semula sistem-sistem antarabangsa untuk keamanan dan keselamatan, hak asasi dan pembangunan manusia supaya lebih berupaya untuk menentangi cabaran-cabaran luar biasa yang menghadapi PBB dalam abad ke-21.

Bagaimanapun, tiadanya persetujuan agung yang termuncul. Sebaliknya, ketua-ketua sedunia bersetuju tentang perubahan-perubahan uncit:

  • penciptaan Suruhanjaya Pembinaan Keamanan untuk membekalkan mekanisme pusat yang dapat membantu negara-negara yang baru muncul daripada pertempuran;
  • persetujuan bahawa komuniti antarabangsa berhak untuk campur tangan jika kerajaan-kerajaan negara gagal menunaikan tanggungjawab mereka terhadap perlindungan rakyatnya daripada jenayah kekejaman.
  • janji yang kabur untuk menciptakan sebuah institusi PBB yang lebih baik untuk hak asasi manusia; dan persetujuan untuk memperuntukkan lebih sumber kepada agensi kealpaan dalaman PBB.

Walaupun ahli-ahli negara PBB tidak dapat mencapai banyak tentang reformasi birokrasi PBB, Annan masih meneruskan reformasinya dengan kuasa sendiri. Beliau telah menubuhkan pejabat etika yang bertanggungjawab untuk menguruskan dasar-dasar yang baru untuk pendedahan kewangan dan perlindungan pembongkar. Pada akhir bulan Disember 2005, Sekretariat masih tengah menghabiskan kajian semula bagi kesemua mandat Perhimbungan Agung yang melebihi lima tahun. Kajian semula ini bertujuan untuk menyempurnakan asas bagi pembuatan keputusan oleh ahli-ahli negara tentang mana satu program yang merupakan penduaan ataupun tidak diperlu harus dihapuskan.

Kejayaan dan kegagalan dalam isu-isu keselamatan[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar daripada perbelanjaan PBB ditujukan kepada misi teras PBB terhadap keamanan dan keselamatan. Peruntukan untuk menjaga keamanan pada tahun fiskal 2005-2006 adalah lebih kurang AS$5 bilion (berbanding peruntukan teras PBB sebanyak kira-kira $1.5 bilion untuk tempoh yang sama), dengan 70,000 askar diatur kedudukan di sekeliling dunia.

Laporan Keselamatan Manusia 2005, yang dikeluarkan oleh Pusat Keselamatan Manusia di Universiti British Columbia dengan sokongan daripada pelbagai kerajaan dan yayasan, mendocumenkan penurunan yang dramatik tentang bilangan peperangan, pembunuhan kaum, dan amalan hak asasi manusia yang salah pada dekad yang lepas. Laporan itu yang diterbit oleh Percetakan Universiti Oxford mendebatkan bahawa alasan tunggal yang paling mendorong untuk perubahan-perubahan ini yang tidak pernah berlaku dahulu ialah kenaikan mendadak aktivisme antarabangsa yang telah dianjurkan oleh PBB selepas Perang Sejuk.

Laporan itu mengenal pasti beberapa pelabuhan yang berjaya (m.s. 9):

  • Pertambahan enam kali ganda dari segi bilangan misi PBB untuk mencegahkan peperangan dari 1990 hingga 2002
  • Pertambahan empat kali ganda dari segi usaha-usaha untuk menghentikan pertempuran yang telah wujud, dari 1990 hingga 2002
  • Pertambahan tujuh kali ganda dari segi bilangan 'Sahabat Setiausaha Jeneral' ( 'Friends of the Secretary-General' ), 'Kumpulan-kumpulan Hubungan' ( 'Contact Groups' ) serta mekanisme-mekanisme lain yang dimulakan oleh kerajaan-kerajaan untuk menyokong misi penjagaan keamanan dan pembinaan keamanan dari 1990 hingga 2003
  • Pertambahan sebelas kali ganda dari segi bilangan sekatan ekonomi terhadap rejim-rejim di sekeliling dunia dari 1989 hingga 2001
  • Pertambahan empat kali ganda dari segi bilangan operasi penjagaan keamanan dari 1987 hingga 1999.

Usaha-usaha ini lebih banyak dan, pada puratanya, jauh lebih besar dan rumit berbanding usaha-usaha yang dilaksanakan sewaktu Perang Sejuk. Bagaimanapun, dalam banyak kes, ahli-ahli PBB telah menunjukkan keberatan untuk mencapai ataupun menguatkuasakan ketetapan-ketetapan Majlis Keselamatan. Pada 2003, Amerika Syarikat megetuai serangan terhadap Iraq di tengah-tengah rasa tidak setuju yang kuat antara kebanyakan ahli-ahli PBB. Untuk hampir sedekad, Israel menentang ketetapan yang memerlukannya menghapuskan petempatan-petempatan di Tebing Barat dan Gaza. Kegagalan-kegagalan ini berpunca daripada sifat antara kerajaan PBB — dalam banyak hal, ia merupakan persatuan yang terdiri daripada 191 ahli negara yang harus mencapai sepersetujuan, dan bukannya sebuah pertubuhan yang bebas. Walaupun tindakan-tindakan telah diberikan mandat oleh Majlis Keselamatan, Sekretariat jarang diberikan sumber-sumber yang mencukupi untuk melaksanakannya.

Kegagalan-kegagalan keselamatan teruk yang lain termasuk:

  • Kegagalan mencegah pembunuhan kaum Rwanda pada 1994 yang telah mengakibatkan kematian hampir sejuta orang; kegagalan ini disebabkan keengganan ahli-ahli Majlis Keselamatan, khususnya kerajaan Amerika Syarikat, British dan Perancis, untuk meluluskan sebarang tindakan tentera.[5].
  • Kegagalan MONUC (Ketetapan UNSC 1291) untuk campur tangan yang berkesan dalam Perang Congo Kedua yang menuntut nyawa hampir lima juta orang di dalam Republik Demokratik Congo (DRC) antara tahun 1998-2002 (dengan pertempuran dilaporkan masih berlangsung), dan untuk pelaksanaan dan penyebaran bantuan kemanusiaan.
  • kegagalan untuk campur tangan dalam pembunuh beramai-ramai Srebrenica pada 1995, walaupun PBB telah menamakan Srebrenica sebagai "tempat perlindungan yang selamat" untuk orang-orang pelarian dan menugaskan 600 orang pengaman Belanda untuk melindunginya.
  • Kegagalan untuk menghantarkan makanan kepada orang yang mengalami kebuluran di Somalia; makanan itu biasanya dirampas oleh hulubalang-hulubalang tempatan. Percubaan Amerika Syarikat/PBB untuk menangkap hulubalang-hulubalang itu telah mengakibatkan Pertempuran Mogadishu pada tahun 1993.
  • Penganiayaan seks oleh pengaman-pengaman PBB: Telah dilaporkan bahawa pengaman-pengaman daripada beberapa negara telah menganiayai dan merogol bergilir-giliran kanak-kanak perempuan semuda umur 12 di Republik Demokratik Congo. Penganiayaan ini dilaporkan telah berlaku secara meluas dan masih berlaku walaupun terdapatnya banyak pendedahan dan penyiasatan oleh "Pejabat Perkhidmatan Kealpaan Dalaman PBB". [6] Diarkibkan 2008-03-16 di Wayback Machine[7]

Penyiasatan dalaman PBB pada tahun 2005 mendapati bahawa penganiayaan seks yang serupa telah dilaporkan di lima negara yang lain di mana pengaman-pengaman PBB telah diatur kedudukan, termasuknya Burundi, Côte d' Ivoire, dan Liberia; sewaktu itu, pengaman-pengaman PBB telah diatur kedudukan di 16 negara. [8]

Keahlian jawatankuasa[sunting | sunting sumber]

Pemasukan Sudan dan Libya yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang tidak terhingga ke dalam Suruhanjaya PBB untuk Hak Asasi Manusia, dan pelantikan Libya sebagai pengerusi Suruhanjaya ini telah menjadi satu perbalahan. Bagaimanapun, negara-negara itu memperdebatkan bahawa negara-negara Barat, dengan sejarah keganasan dan kekejaman penjajahan, tidak ada hak untuk berdebat tentang keahlian Suruhanjaya ini.

Skandal Minyak untuk Makanan[sunting | sunting sumber]

Program "Minyak untuk Makanan" diwujudkan oleh PBB pada tahun 1996 untuk membenarkan Iraq menjual minyaknya kepada pasaran dunia sebagai tukaran untuk makanan, ubat, dan keperluan kemanusiaan yang lain untuk rakyat Iraq yang telah dijejaskan oleh sekatan ekonomi antarabangsa, tanpa membenarkan kerajaan Iraq membina semula tenteranya selepas Perang Teluk pertama.

Bagaimanapun, rancangan itu telah ditamatkan pada akhir tahun 2003 di tengah-tengah tuduhan penyalahgunaan dan rasuah. Bekas Pengarah Benon Sevan dari Cyprus telah digantung jawatannya, dan kemudiannya beliau meletakkan jawatan sewaktu Interim Report.pdf laporan kemajuan interim Diarkibkan 2016-03-07 di Wayback Machine daripada penyiasatan PBB diketuai oleh Paul Volcker menyimpulkan bahawa Sevan telah menerima rasuah daripada rejim Iraq, dan mengesyorkan bahawa kekebalan PBBnya ditarik balik untuk membolehkan penyiasatan jenayah. [9]

Di bawah naungan PBB, minyak Iraq yang bernilai melebihi AS$65 bilion telah dijual dalam pasaran dunia. Secara rasminya, lebih kurang AS$46 bilion telah dipergunakan untuk keperluan kemanusiaan, dan wang yang terlebih digunakan untuk:

  • membayar pampasan Perang Teluk melalui Tabung Pampasan;
  • kos pentadbiran dan pengendalian PBB untuk Program ini (2.2%); dan
  • kos untuk rancangan pemeriksaan senjata (0.8%).

Juga terlibat dalam skandal itu ialah Kojo Annan, anak lelaki kepada Kofi Annan, yang telah dikatakan mendapat kontrak "Minyak untuk Makanan" PBB untuk Coctecna, sebuah syarikat Switzerland. Menteri Luar Negeri India juga telah dipecat kerana peranananya dalam skandal ini.