Kejadian menampar Will Smith–Chris Rock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pada 27 Mac 2022, semasa siaran langsung televisyen Anugerah Akademi ke-94, pelakon Will Smith berjalan di atas pentas dan menampar pelawak Chris Rock di muka apabila beliau menyampaikan Anugerah untuk Dokumentari Terbaik. Sebelumnya, Rock telah menegur isteri Smith, Jada Pinkett Smith, dengan lawak tentang kepalanya yang dicukur.[1] Pinkett Smith, yang menghidap alopesia areata, duduk bersebelahan dengan Smith dan tidak nampak terhibur. Smith kemudian berjalan ke atas pentas dan menampar Rock sebelum kembali ke tempat duduknya dan menengking pada pelawak tersebut, termasuk menggunakan kata kesat. Rock mengulas secara ringkas tentang kejadian tersebut dan kemudian meneruskan majlis tersebut. Kemudian di majlis, Smith terus memenangi Anugerah untuk Pelakon Terbaik atas pelakonan watak jurulatih tenis Richard Williams dalam filem King Richard. Dalam ucapan penerimaannya, Smith meminta maaf kepada Akademi dan kepada rakan sekerjanya, tetapi tidak kepada Rock.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Donnelly, Matt (Mac 28, 2022). "Why Will Smith Wasn't Ejected From the Oscars After Chris Rock Slap". Variety (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada March 29, 2022. Dicapai pada Mac 29, 2022.
  2. ^ Gajewski, Ryan (March 28, 2022). "Will Smith Tearfully Apologizes to Academy After Chris Rock Oscars Slap". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 28, 2022. Dicapai pada Mac 28, 2022.

Templat:Will Smith Templat:Chris Rock Templat:Academy Awards