Pergi ke kandungan

Kejohanan (Indonesia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kejohanan
NegaraIndonesia Indonesia
Konfederasi AFC
Ditubuhkan
  • 2017; 8 tahun yang lalu (2017) (Liga 2)
  • 2025; 0 tahun yang lalu (2025) (Kejohanan)
Bilangan pasukan20
Kelayakan keLiga Super
Disingkirkan keLiga Nusantara
TahapTahap 2
Piala domestikPiala Indonesia
Juara semasaPSIM (2024-25)
Kejuaraan terbanyakPersebaya
Persik Kediri
Persis
PSBS
PSIM
PSS
(1 juara setiap satu)
Rakan TVIndosiar
2025-26

Kejohanan (dikenali secara rasmi sebagai Pegadaian Championship atas sebab penajaan) merupakan liga bola sepak tahap kedua di Indonesia. Ditandingi oleh 20 pasukan, liga ini beroperasi menggunakan sistem penaikan dan penyingkiran bersama dengan Liga Super dan Liga Nusantara.

Nama Liga

[sunting | sunting sumber]
Rentang masa Nama
2017 - 2025 Liga 2
2025 - kini Kejohanan

Penajaan Liga

[sunting | sunting sumber]
Rentang masa Penaja Penjenamaan Liga
2017 - 2022 Tiada penaja Liga 2
2023 - 2025 Pegadaian Pegadaian Liga 2
2025 - kini Pegadaian Championship

Format kejohanan

[sunting | sunting sumber]

Pertandingan

[sunting | sunting sumber]

Bermula Kejohanan musim 2025-26, 20 pasukan dibahagikan kepada 2 zon iaitu Barat dan Timur yang mana setiap pasukan akan bermain 3 pusingan (27 perlawanan). Dua pusingan yang pertama dimainkan berdasarkan format tuan rumah dan pelawat manakala pusingan ketiga akan menentukan status kedua-dua pasukan dalam setiap perlawanan, sama ada mereka akan bertindak sebagai tuan rumah atau pasukan tempat lawan.[1]

Setiap pasukan menerima 3 mata untuk kemenangan dan 1 mata untuk seri. Semua pasukan disusun kedudukan menurut jumlah mata, dan perbezaan jaringan gol untuk memisahkan pasukan-pasukan yang memperolehi mata yang sama.

Jumlah pasukan

[sunting | sunting sumber]

Jumlah pasukan di Kejohanan juga sering berubah-ubah. Pada musim sulung liga, 40 pasukan telah diturunkan ke divisyen ketiga untuk menyelaraskan bilangan pasukan yang bersaing di bahagian tersebut untuk musim-musim hadapan.

Ini adalah jumlah tertinggi dalam sejarah dan jadual di bawah adalah jumlah penyertaan pasukan ke Kejohanan di Indonesia sejak musim 2017.

Rentang masa Jumlah pasukan
2017 55 pasukan
2018 - 2022 24 pasukan
2022 - 2024 28 pasukan
2024 - 2025 26 pasukan
2025 - kini 20 pasukan

Senarai kelayakan dan penyingkiran

[sunting | sunting sumber]

Semenjak diasaskan pada 2017, terdapat tiga pasukan yang layak ke Liga Super dan jumlah pasukan yang diturunkan ke Liga Nusantara berbeza-beza setiap musim.

Kelayakan

[sunting | sunting sumber]
Musim Juara Naib Juara Tempat Ketiga
2017 Persebaya Surabaya PSMS Medan PSIS Semarang
2018 PSS Sleman Semen Padang Kalteng Putra
2019 Persik Kediri Persita Tangerang Persiraja Banda Aceh
2020 dibatalkan kerana Pandemik COVID-19 di Indonesia
2021-22 Persis Solo RANS Nusantara Dewa United
2022-23 dibatalkan kerana tragedi di Stadium Kanjuruhan
2023-24 PSBS Biak Numfor Semen Padang Malut United
2024-25 PSIM Yogyakarta Bhayangkara Presisi Persijap Jepara
2025-26

Penyingkiran

[sunting | sunting sumber]

Sistem dua zon tanpa perlawanan play-off penyingkiran

Musim Barat Timur
2018 Persika Karawang Gresik United
PSIR Rembang Semeru FC Lumajang
Persik Kendal Persiwa Wamena
2019 PSGC Ciamis Madura FC Sumenep
Persibat Batang Persatu Tuban
Bandung United[a] PS Mojokerto Putra[b]
2020 dibatalkan kerana Pandemik COVID-19 di Indonesia

Sistem kumpulan

Musim Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D
2021-22 Tiga Naga Pekanbaru Badak Lampung Hizbul Wathan Mitra Kukar
2022-23 dibatalkan kerana tragedi di Stadium Kanjuruhan
2023-24 Perserang Serang PSDS Deli Serdang Sulut United PSCS Cilacap
Sada Sumut Persikab Bandung Persiba Balikpapan Kalteng Putra
2024-25 Nusantara United Dejan FC Depok Persibo Bojonegoro[c] Persipa Pati
Persikota Tangerang Persikabo 1973 Gresik United RANS Nusantara
Persewar Waropen

Sistem dua zon dengan perlawanan play-off penyingkiran

Musim Barat Timur Pasukan ketiga
2025-26
  1. ^ Kelab simpanan pasukan Liga Super, Persib Bandung.[2]
  2. ^ Menerima sekatan hilang kelayakan.
  3. ^ Pasukan yang tewas dalam perlawanan play-off penyingkiran.
  1. ^ Rahmanda, Taufani (4 Mac 2025). "Format Liga 2 2025-2026, Setiap Tim Bertemu Tiga Kali". SKOR Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 10 Julai 2025.
  2. ^ "Persib B, Hasil Akuisisi PT PBB dari Blitar United". KOMPAS (dalam bahasa Indonesia). 10 Jun 2019. Dicapai pada 10 Julai 2025.