Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019
Bandar tuan rumahDubai, Emiriah Arab Bersatu
Penyertaan negara118
Penyertaan atlet1403
Tarikh7 – 15 November
Stadium utamaDubai Club for People with Determination

Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 merupakan acara olahraga Paralimpik yang dianjurkan oleh sub-jawatankuasa Olahraga Para Dunia dari Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. Kejohanan ini diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dari 7 hingga 15 November 2019. Pertandingan ini merupakan edisi yang ke-9 bagi kejohanan tersebut.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Semasa Kejohanan Dunia 2017 dianjurkan di London, terdapat laporan dan spekulasi bahawa London akan menganjurkan sekali lagi pertandingan tersebut pada tahun 2019 kerana kejayaan penganjuran edisi 2017 dan Sukan Paralimpik Musim Panas 2012.[1][2][3] Sebelum tarikh terakhir untuk menyerah bidaan, UK Athletics mengatakan bahawa mereka tidak akan membida kerana terdapat beberapa acara yang dijadualkan akan berlangsung di Stadium London pada tahun 2019 serta keperluan dana untuk menyokong bidaan tersebut. [4]

Beberapa bulan selepas tarikh terakhir untuk menyerah bidaan, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa masih sedang berunding dengan beberapa bandar-bandar tuan rumah yang berpotensi. [5]

Dubai diumumkan secara rasminya sebagai tempat penganjuran kejohanan tersebut pada bulan Jun 2018. [6]

Sukan Paralimpik Musim Panas 2020[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 berperanan sebagai kelayakan untuk semua acara balapan dan padang bagi Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 . [7]

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

1,365 atlet dari 117 negara telah menyertai kejohanan ini:[8]

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

  *   Tuan rumah (Emiriah Arab Bersatu)

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 China25231159
2 Brazil1491639
3 Great Britain139628
4 Amerika Syarikat12101234
5 Ukraine118827
6 Rusia10161541
7 Australia86923
8 Tunisia73313
9 Jerman72211
10 Uzbekistan4228
11 Poland35715
12 Iran34411
13 Jepun33713
14 Kanada3216
15 Finland3205
16 Thailand3126
17 Colombia3115
18 Cuba3003
19 Algeria28616
20 Belanda2428
21 Afrika Selatan23611
22 Maghribi2327
23 Itali2316
24 India2259
25 Mexico2248
26 Latvia2013
27 Bulgaria2002
28 Perancis1326
29 New Zealand1315
 Switzerland1315
31 Belgium1214
 Hungary1214
33 Denmark1113
 Ecuador1113
 Emiriah Arab Bersatu*1113
 Kenya1113
37 Arab Saudi1102
38 Indonesia1012
 Ireland1012
 Namibia1012
 Republik Czech1012
 Serbia1012
43 Chile1001
 Jordan1001
 Kuwait1001
 Norway1001
47 Sepanyol0538
48 Malaysia0314
49 Argentina0224
 Iraq0224
51 Portugal0213
 Yunani0213
53 Croatia0134
54 Nigeria0112
 Syria0112
56 Luxembourg0101
 Mesir0101
 Pakistan0101
 Sri Lanka0101
60 Venezuela0055
61 Turki0022
62 Azerbaijan0011
 Korea Selatan0011
Jumlah (63 negara)172172172516

Jadual kedudukan[sunting | sunting sumber]

      Tuan rumah (Emiriah Arab Bersatu)

Kedudukan Nama (negara) Mata
1  China 597
2  Rusia 455
3  Amerika Syarikat 409
4  Brazil 358
5  Great Britain 267
6  Ukraine 256
7  Australia 241
8  Poland 206
9  Jepun 182
10  Jerman 160
11  Tunisia 139
12  Afrika Selatan 130
13  Algeria 129
14  India 117
15  Sepanyol 114
16  Kanada 112
17  Mexico 107
18  Perancis 104
19  Iran 103
20  Uzbekistan 101
Jumlah (89 Negara) 172 Acara

Sumber: [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "World Para Athletics Championships could return to London in 2019 and 2021".
  2. ^ "London 2017 chief Ed Warner wants capital to host Worlds in 2019". 20 July 2017.
  3. ^ "World Para-athletics Championships: Ed Warner wants event to stay in London". 20 July 2017 – melalui www.bbc.co.uk.
  4. ^ "Exclusive: London abandons plan to bid for 2019 World Para Athletics Championships".
  5. ^ "IPC state negotiations ongoing with potential host of 2019 World Para Athletics Championships". Inside the Games. Dicapai pada 12 June 2018.
  6. ^ "Dubai to host 2019 World Para Athletics Championships". International Paralympic Committee. Dicapai pada 12 June 2018.
  7. ^ "2020 Summer Paralympics Qualification Guide" (PDF). International Paralympic Committee. 31 July 2019.
  8. ^ https://www.paralympic.org/static/info/resATDU19/pdf/ATDU19/AT/ATDU19_AT_C30A_AT0000000.pdf

Pautan luar[sunting | sunting sumber]