Kejutan depan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kejutan depan ialah gempa bumi yang berlaku sebelum kejadian seismik yang lebih besar (iaitu kejutan utama) dan berkaitan dengannya dalam masa dan ruang sekali. Penentuan kejadian gempa bumi sebagai kejutan depan, utama atau lanjur hanya boleh dilakukan selepas kejadian.[1]

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Kegiatan kejutan depan telah dikesan pada 40% daripada semua gempa bumi sederhana hingga besar,[2] dan kira-kira 70% bagi gempa M>7.0.[3] Ia berlaku dalam masa beberapa minit hingga beberapa hari, bulan atau tahun sebelum kejutan utama, misalnya Gempa bumi Sumatera 2002 dianggap sebagai kejutan depan bagi gempa bumi Lautan Hindi 2004 dengan jurang masa lebih dua tahun sebelum kedua-dua kejadian ini.[4]

Sesetengah gempa bumi terbesar (M>8.0) langsung tidak menunjukkan sebarang kegiatan kejutan depan, misalnya Gempa bumi Medog 1950 M=8.7.[3]

Peningkatan kegiatan kejutan depan ini sukar disukat untuk satu demi satu gempa tetapi menjadi semakin nyata setelah menggabungkan hasil-hasil daripada pelbagai kejadian. Daripada gabungan pemerhatian sedemikian, peningkatan sebelum kejutan utama diperhatikan sebagai jenis hukum kuasa songsang. Ini mungkin menunjukkan bahawa kejutan-kejutan depan ini menyebabkan perubahan pada tekanan sehingga menimbulkan kejutan utama, ataupun bahawa peningkatan itu berkaitan dengan peningkatan tekanan di kawasan berkenaan secara amnya.[5]


Ramalan gempa bumi[sunting | sunting sumber]

Peningkatan kegiatan seismik di sesebuah kawasan digunakan sebagai kaedah meramal gempa bumi, terutama sekali gempa bumi Haicheng 1975 di China, yang mana peningkatan kegiatan seismik mendorong pemindahan penduduk. Akan tetapi, kebanyakan gempa bumi tiada corak kejutan depan yang ketara, maka kaedah ini tidak terbukti berkesan kerana kebanyakan gempa kecil bukan kejutan lanjur.[6] Gempa bumi di sepanjang sesar jelmaan lautan memang menunjukkan kelakuan kejutan lanjur yang boleh berulang, maka membolehkan ramalan lokasi dan masa gempa-gempa sedemikian.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gates, A.; Ritchie, D. (2006). Encyclopedia of Earthquakes and Volcanoes. Infobase Publishing. m/s. 89. ISBN 9780816063024. Dicapai pada 29 November 2010.
  2. ^ National Research Council (U.S.). Committee on the Science of Earthquakes (2003). "5. Earthquake Physics and Fault-System Science". Living on an Active Earth: Perspectives on Earthquake Science. Washington D.C.: National Academies Press. m/s. 418. ISBN 9780309065627. Dicapai pada 29 November 2010.
  3. ^ a b Kayal, J.R. (2008). Microearthquake seismology and seismotectonics of South Asia. Springer. m/s. 15. ISBN 9781402081798. Dicapai pada 29 November 2010.
  4. ^ Vallée, M. (2007). "Rupture Properties of the Giant Sumatra Earthquake Imaged by Empirical Green's Function Analysis" (PDF). Bulletin of the Seismological Society of America. 97 (1A): S103–S114. doi:10.1785/0120050616. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-23. Dicapai pada 29 November 2010.
  5. ^ Maeda, K. (1999). "Time distribution of immediate foreshocks obtained by a stacking method". Dalam Wyss M., Shimazaki K. & Ito A. (penyunting). Seismicity patterns, their statistical significance and physical meaning. Reprint from Pageoph Topical Volumes. Birkhäuser. m/s. 381–394. ISBN 9783764362096. Dicapai pada 29 November 2010.
  6. ^ Ludwin, R. (16 September 2004). "Earthquake Prediction". The Pacific Northwest Seismic Network. Dicapai pada 29 November 2010.
  7. ^ McGuire, J.J. (2005). "Foreshock sequences and short-term earthquake predictability on East Pacific Rise transform faults". Nature. 434 (7032): 457–461. doi:10.1038/nature03377. PMID 15791246. Dicapai pada 29 November 2010. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)