Kek kahwin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kek perkahwinan)
Kek kahwin
Kek kahwin tiga palis dengan sokongan tiang dan patung "topper"
JenisKek
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kek kahwin ialah kek tradisi yang dihidangkan di majlis perkahwinan diikuti makan malam. Di beberapa bahagian England, kek kahwin dihidangkan di makan berdamai; 'makan berdamai' ialah masa berikutan upacara pada hari yang sama. Dalam kebudayaan Barat moden, kek biasanya dipamerkan dan dihidang kepada tetamu di majlis perkahwinan. Mengikut adat, kek kahwin dibuat untuk membawa tuah kepada semua tetamu dan pengantin baru. Walau bagaimanapun pada masa ini, kek lebih kepada hiasan utama kepada perkahwinan dan selalunya tidak dihidangkan kepada tetamu. Beberapa kek dibuat dengan hanya satu tingkat yang boleh dimakan untuk pengantin lelaki dan pengantin perempuan berkongsi, tetapi ini jarang kerana perbezaan harga antara tingkat palsu dan betul adalah amat sedikit.

Jenis kek yang berbeza adalah masyhur mengikut tempat dan masa. Di sesetengah negara seperti Itali, pasangan yang berbeza memilih jenis kek yang berbeza mengikut pilihan masing-masing.[1] Di tempat lain, satu jenis biasanya dipilih oleh kebanyakan orang. Walaupun jenis diutamakan dalam budaya, jenis pilihan mungkin berubah dengan ketara dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, kek perkahwinan tradisional di Korea ialah kek beras dengan serbuk kacang merah, tetapi kini tetamu mungkin melihat kek span dan buah-buahan segar.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kek perkahwinan terawal dipercayai dihasilkan sejak zaman Yunani Purba.[2] Di samping itu, kek kontemporari juga berkembang dalam beberapa tradisi etnik; dalam kebudayaan Rom purba sebagai contoh, kek gandum atau barli dipecahkan di atas kepala si isteri untuk membawa tuah baik.[3]

Kek perkahwinan pada asalnya merupakan barangan mewah, serta menjadi tanda perayaan dan status sosial; lebih besar kek, lebih tinggi taraf sosial. Kek perkahwinan di England dan Amerika awal ialah kek buah-buahan tradisional, selalunya bertingkat dan dihiasi dengan marzipan dan aising. Upacara memotong kek pula adalah bahagian penting dalam sambutan. Aising putih juga merupakan simbol kemewahan dan notabiliti sosial pada zaman Victoria, menjadikan kek putih sangat diingini.[4] Kini, pelbagai perasa dan konfigurasi kek telah ada di samping kek putih tradisional.[5]

Kek pasangan ini kemudian berkembang menjadi kek perkahwinan moden.[3] Sejak awal abad ke-19, gula menjadi lebih meluas tatkala budaya kek perkahwinan mula menjadi kebiasaan. Walau bagaimanapun, gula yang lebih halus masih mahal, dan hanya keluarga yang kaya-raya yang mampu memperoleh aising yang sangat putih, sekaligus menjadi lambang kekayaan dan taraf sosial.[6] Ketika Ratu Victoria menggunakan aising putih pada keknya, satu panggilan baharu terjelma: "aising diraja" (royal icing).[7]

Hari ini, memotong kek perkahwinan merupakan sebahagian daripada ajaran nasrani (kristian). Setiap kali berlakunya majlis perkahwinan, pasangan suami isteri akan memotong kek perkahwinan dihadapan paderi sebagai tanda kesyukuran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Castella, Krystina (2012-01-03). A World of Cake: 150 Recipes for Sweet Traditions from Cultures Near and Far; Honey cakes to flat cakes, fritters to chiffons, tartes to tortes, meringues to mooncakes, fruit cakes to spice cakes (dalam bahasa Inggeris). Storey Publishing. m/s. 296–299. ISBN 9781603424462.
  2. ^ Castella, Krystina (2012-01-03). A World of Cake: 150 Recipes for Sweet Traditions from Cultures Near and Far; Honey cakes to flat cakes, fritters to chiffons, tartes to tortes, meringues to mooncakes, fruit cakes to spice cakes (dalam bahasa Inggeris). Storey Publishing. m/s. 4. ISBN 9781603424462.
  3. ^ a b Wilson, Carol. (2005). Wedding Cake: A Slice of History. Gastronomica: The Journal of Food and Culture 5 (2): 69-72. Retrieved 6 February 2012.
  4. ^ https://www.thespruce.com/wedding-cake-traditions-486933f [pautan mati]
  5. ^ Different types of wedding cake. Diarkibkan 2014-09-03 di Wayback Machine, Blog post. (2014)
  6. ^ Tucker, Abigail. "The Strange History of the Wedding Cake". Smithsonian Magazine. Retrieved 26 November 2011.
  7. ^ Wilson, Carol. (2005)."Wedding Cake: A Slice of History".(n.d). Gastronomica: The Journal of Food and Culture 5 (2): 69-72. Retrieved 6 February 2012.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]