Kekapis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kekapis
Scallop eyes.jpg
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Mollusca
Kelas: Bivalvia
Order: Ostreoida
Keluarga: Pectinidae
genus

Kekapis atau juga dikenali sebagai kapis, ialah moluska bivalvia dari famili Pectinidae yang hidup di perairan laut seluruh dunia dan digunakan sebagai bahan makanan. Kekapis dianggap sebagai kerang yang paling selamat untuk dimakan secara mentah. Racun, bakteria, dan virus cenderung terkumpul di dalam tubuh kerang-kerangan dalam proses penapisan air laut oleh cangkerang, namun pada kekapis, bahagian penapis ini biasanya tidak dijumpai atau mengecut.

Terdapat juga jenis kekapis yang warna cangkerangnya terang dijadikan untuk gubahan seni.

Ammusium cristatum

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kapis merupakan siput bercengkerang lebar yang mudah diperoleh di kawasan pantai di Malaysia dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan.

Terdapat juga sungai yang dinamakan sungai Kapis di Negeri Sembilan.