Kekasihku Seru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kekasihku Seru
Kekasihku Seru.png
Logo bagi siri ini beserta barisan pelakon utamanya.
GenreSeram, drama
PenciptaMira Mustapha
PengarahKabir Bhatia
Dibintangi oleh
Emelda Rosmila
Fizz Fairuz
Umie Aida
Hairie Othman
Kuza
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim1
Bilangan episod13
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal24 Julai 2008 – 30 Oktober 2008

Kekasihku Seru ialah sebuah siri televisyen bergenre seram yang dihasilkan di Malaysia. Drama bersiri ini diarahkan oleh Kabir Bhatia dan skripnya ditulis oleh Mira Mustapha. Drama disiarkan di TV3 pada 24 Julai 2008 [1] hingga 30 Oktober 2008 menerusi slot "Seram". Siri ini diterbitkan oleh Filmscape dan pernah memenangi gelaran Drama Rantaian Terbaik dalam Anugerah Skrin 2009.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Marissa (Emelda Rosmila) merupakan pelajar bidang kedoktoran. Misteri bermula setelah Marissa mengetahui bahawa beliau adalah seorang anak angkat selepas kematian Puan Noreen, ibu angkatnya. Keinginan untuk mengenali keluarga asal membawa Marissa ke Highland Estate.

Rashad (Fizz Fairuz) yang baru sahaja kehilangan isteri dan anaknya dalam kemalangan jalan raya menyedari hijabnya telah terbuka selepaskemalangan itu. Rashad pergi mencari atuknya, Ustaz Qadir untuk mendapatkan bantuan.

Ketibaan Marissa di Highland Estate disambut Mak Wan, pembantu rumah di situ yang menyangka Marissa adalah Maryam, jururawat yang diupah untuk menjaga Mas Ayu (Kuza) yang dalam keadaan katatonik. Yakin Mas Ayu adalah ibu kandungnya, Marissa berlakon menjadi Maryam untuk meluangkan masa bersama Mas Ayu.

Marissa bertemu Mas Suri (Umi Aida), kakak kepada Mas Ayu dan mak cik mereka, Mas Lela (Rose Iskandar). Marissa merasa tidak selesa dengan Mas Suri yang tegas dan banyak berahsia. Dia juga didatangi Dr Hakim (Beto Khusyairi) yang memberitahu bahawa ubat yang diberikan oleh Mas Suri adalah punca Mas Ayu sakit.

Setelah dihalau oleh Mas Suri, Dr Hakim mengugut untuk membawa Mas Ayu keluar dari rumah tersebut. Dr Hakim ditemui mati di kliniknya keesokan hari.

Rashad yang diberitahu orang kampung bahawa atuknya telah meninggal dan tidak tahu di mana kuburnya memandangkan arwah banyak mengembara di hujung hayat didatangi Ustaz Qadir yang mengatakan beliau masih hidup dan berada di Bukit Jerai. Rashad mendapat berita adiknya, Dr Hakim dibunuh dan pergi ke Highland Estate untuk menyiasat kematian adiknya.

Waris (Hairi Othman) telah hidup di dalam keadaan terumbang-ambing selama 100 tahun. Untuk memastikan hayatnya berpanjangan, Waris memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mastura Selama ini keturunan Mas Ayu cuba menghalang gangguan Waris dengan tidak membenarkan anak-anak perempuan mereka untuk berkahwin, apatah lagi Mastura (Emelda Rosmila), seorang nenek moyang Marissa, dengan alasan perbezaan darjat.

Pelakon[sunting | sunting sumber]


Salasiah Keturunan Marissa:

  • Mastura + Wan Yusuf = Masita (Dira Abu Zahar)
  • Masita + Salahuddin = Mas Juwita (Betty Banaffi)
  • Mas Juwita + Syed Ali = Mas Dahlia (Raja Ilya) & Mas Lela
  • Mas Dahlia + Sulaiman Syah = Mas Suri (Umi Aida) & Mas Ayu (Kuza)
  • Mas Suri + Abdullah = Marissa (Emelda Rosmila)
  • Marissa + Rashad = Amar & Maisarah

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

80% sesi penggambaran Kekasihku Seru dilakukan di kawasan Janda Baik, Pahang.[3] Emelda Rosmila memikul dua peranan iaitu Marissa dalam latar moden dan Mastura dalam latar 1910-an. Katanya, inilah kali pertama beliau berlakon dalam drama seram. "Saya selalu berhati-hati dan menjaga perlakuan supaya tiada yang datang 'mengganggu'. Selain itu, untuk kebanyakan adegan saya terpaksa berlakon berseorangan. Saya juga terpaksa melakukan banyak adegan lasak untuk menyelamatkan diri daripada Waris yang selalu mengekori saya."[3] Tambahnya lagi, "Sebenarnya sukar hendak mencapai tahap lakonan yang Kabir inginkan. Saya perlu bekerja keras dan akhirnya berjaya juga. Dia bukan setakat mementingkan mutu lakonan tetap kabir juga sangat prihatin mengenai peralatan di set. Jika tertinggal satu barang, dia akan batalkan penggambaran pada hari itu. Jadi setiap orang yang terbabit dalam penggambaran drama itu mesti bersiap sedia. Dia juga mengambil berat mengenai solekan dan pakaian pelakon. Sikap cerewet Kabir itu membuatkan pelakon dan kru perlu bertanggungjawab terhadap kerja masing-masing."[3] kalo tak memang kena penerajanglah dorang termasoklah pelakon2 tu...

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kamarulzaman, K. (20 Julai 2008). ""Kekasihku Seru dalam slot Seram TV3"". Bintang Popular. Dicapai 2008-09-27. 
  2. ^ Iktiraf karya unggul di ASK 2009, Utusan Online, 13 Disember 2009.
  3. ^ a b c Emelda pegang dua watak dalam Kekasihku Seru, emedia, 22 Julai 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Seram, Khamis, 9.30 malam
Sebelumnya Kekasihku Seru
(24 Julai – 30 Oktober 2008)
Berikutnya
Saka Puaka Niyang Rapik