Kekerasan Rockwell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mesin radas yang digunakan bagi ujian kekerasan Rockwell.

Kekerasan Rockwell ialah suatu skala kekerasan yang berdasarkan kekerasan lekuk suatu bahan. Ujian kekerasan Rockwell melihat kepada kedalaman lekuk yang terhasil di bawah suatu beban besar (bersama dengan beban kecil) dan dibandingkan dengan kedalaman lekuk suatu beban kecil.[1] Kekerasan lekuk mempunyai hubungan linear dengan kekuatan tegangan.[2]

Kekerasan Rockwell memiliki pelbagai jenis yang diwakili oleh huruf-huruf berlainan yang bergantung kepada jenis pelekuk yang digunakan dan jumlah beban yang dikenakan. Unit asas kekerasan Rockwell ialah HV dan diikuti dengan huruf yang mewakili jenis ujian yang dilakukan seperti A, B dan C, menjadikan unit-unit yang terhasil ialah HVA, HVB dan HVC dan sebagainya.

Mekanisme[sunting | sunting sumber]

Radas yang digunakan ialah sebuah mesin yang mempunyai pelekuk dan tempat meletakkan bahan uji. Bahan uji diletakkan di bawah pelekuk untuk memulakan ujian.

Ujian kekerasan Rockwell bermula apabila bahan uji ditekan oleh suatu pelekuk dengan beban yang kecil, F0 untuk menetapkan garis kedalaman asal. Beban yang besar, F1 pula ditambah terhadap bahan uji, menjadikan jumlah beban yang dikenakan kini ialah F0 + F1. Beban yang dikenakan terhadap bahan uji kembali kepada beban F0 sahaja untuk mendapatkan kedalaman lekuk akhir. Jarak di antara garis kedalaman asal dengan kedalaman akhir, d dikira.

Nilai kekerasan Rockwell dikira berdasarkan rumus berikut:

apabila:

  • N dan s ialah faktor-faktor skala dalam kgf dan mm masing-masing, bergantung kepada jenis skala yang digunakan; dan
  • d ialah jarak di antara garis kedalam asal dengan kedalaman akhir dalam mm.

Skala[sunting | sunting sumber]

Secara umum, ada dua jenis kekerasan Rockwell, yakni kekerasan Rockwell biasa dan kekerasan Rockwell superfisial yang digunakan bagi bahan uji yang nipis dan rapuh.[3] Menurut piawai ISO 6508-1:2016, terdapat sembilan jenis skala bagi kekerasan Rockwell biasa dan enam jenis pula bagi kekerasan Rockwell superfisial.[4]

Latar belakang skala-skala kekerasan Rockwell yang digunakan adalah seperti di bawah:

Skala kekerasan Rockwell biasa[5]
Skala Unit Beban Pelekuk N s (mm)
A HRA 60 kgf Kon berlian 120° 100 0.002
B HRB 100 kgf Bebola keluli 116-inci diameter (1.588 mm) 130 0.002
C HRC 150 kgf Kon berlian 120° 100 0.002
D HRD 100 kgf Kon berlian 120° 100 0.002
E HRE 100 kgf Bebola keluli 18-inci-diameter (3.175 mm) 130 0.002
F HRF 60 kgf Bebola keluli 116-inci diameter (1.588 mm) 130 0.002
G HRG 150 kgf Bebola keluli 116-inci diameter (1.588 mm) 130 0.002
H HRH 60 kgf Bebola keluli 18-inci-diameter (3.175 mm) 130 0.002
K HRK 150 kgf Bebola keluli 18-inci-diameter (3.175 mm) 130 0.002

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ E.L. Tobolski & A. Fee, "Macroindentation Hardness Testing," ASM Handbook, Volume 8: Mechanical Testing and Evaluation, ASM International, 2000, m/s 203–211, ISBN 0-87170-389-0.
  2. ^ "Correlation of Yield Strength and Tensile Strength with Hardness for Steels", E. J. Pavlina and C. J. Van Tyne, Journal of Materials Engineering and Performance, Jilid 17, Nombor 6 / Disember 2008
  3. ^ "鋳物データブック材料第5章鋳物の検査方法" (dalam bahasa Jepun).
  4. ^ "ISO 6508-1:2016 Metallic materials — Rockwell hardness test — Part 1: Test method" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 September 2019.
  5. ^ Smith, William F.; Hashemi, Javad (2001), Foundations of Material Science and Engineering (ed. keempat), McGraw-Hill, m/s. 229, ISBN 0-07-295358-6

Pautan luar[sunting | sunting sumber]