Khilafah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kekhalifahan)
Jump to navigation Jump to search

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Muhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Khilafah (bahasa Arab: خِلافة, juga digelar kekhalifahan) adalah sebuah negara di bawah pimpinan seorang pengelola Islam dengan gelaran khalifah (bahasa Arab: خَليفة), seorang yang dianggap sebagai pengganti agama kepada Nabi Muhammad dan seorang pemimpin seluruh ummah.[1] Dari segi sejarah, khilafah adalah tatanegara berasaskan Islam yang berkembang menjadi empayar rentas negara dan mempunyai pelbagai etnik.[2] Semasa zaman pertengahan, tiga kekhalifahan utama diasaskan: Khilafah Rasyidin (632-661 TM [Tahun Masihi]), Khilafah Umaiyyah (661-750 TM) dan Khilafah Abbasiyah (750-1258 TM). Pada khilafah utama keempat, Khilafah Uthmaniyah, pemerintah Empayar Uthmaniyah menuntut kuasa khilafah dari tahun 1517. Dalam sejarah Islam, beberapa negara Muslim yang lain, dengan hampir semua pewaris takhta, telah menuntut khalifah.[3]

Kekhalifahan Rasyidin pada tahap yang paling tinggi, di bawah pemerintahan Khalifah Uthman

Sebelum kebangkitan Muhammad dan penyatuan kaum-kaum Arab di bawah Islam, orang Arab mengikuti politeisme Arab Jahiliyah, hidup sebagai masyarakat yang tidak aktif dan berpindah-pindah, dan sering kali menjarah puak-puak jiran mereka.[4][5] Selepas penaklukan Islam di Semenanjung Arab, rantau tersebut bersatu dan banyak puak memeluk Islam.[6]

Khilafah pertama, Khilafah Rasyidin, diasaskan sejurus selepas kematian Nabi Muhammad pada tahun 632 TM.[7] Keempat-empat khalifah Ar-Rasyidin, yang secara langsung menggantikan Nabi Muhammad sebagai pemimpin masyarakat Islam, telah dipilih melalui syuara, suatu proses perundingan komuniti yang dianggap sebagai bentuk awal demokrasi Islam dan kini diserap ke bahasa Melayu menjadi mesyuarat.[8] Khalifah keempat, Ali, berasal dari Bani Hasyim sama seperti Nabi Muhammad, dan dianggap oleh orang Syiah sebagai khalifah sah yang pertama juga Imamah (pemimpin) selepas Nabi Muhammad.[9] Ali memerintah semasa Fitnah Pertama (656-661 TM), sebuah perang saudara antara penyokong Ali dan penyokong Uthman—yang telah dibunuh—dari Banu Umaiyyah dan juga pemberontak di Mesir; perang ini menghala kepada pengasasan Khilafah Umaiyyah di bawah Muawiyah I pada tahun 661 TM.

Khilafah kedua, Khilafah Umaiyyah, diperintah oleh Banu Umaiyyah, sebuah puak Mekah yang berasal dari Umaiyyah bin Abdul Syams. Khilafah ini meneruskan penawanan negeri-negeri, menggabungkan Caucasus, Transoxiana, Sindh, Maghreb dan Semenanjung Iberia (Al-Andalus) ke dalam dunia Islam. Khilafah menerima orang Kristian di dalam wilayahnya, apatah lagi dengan bilangan mereka yang amat ramai, terutama sekali di wilayah Syam.[10][11] Berikutan Revolusi Abbasiyah dalam tahun 746–750 TM, yang timbul kerana pelucutan hak undi bukan Muslim Arab, Khilafah Abbasiyah ditubuhkan pada tahun 750 TM.

Khilafah yang ketiga, Khilafah Abbasiyah diperintah oleh Bani Abbasiyah, sebuah wangsa Mekah yang berasal dari keturunan Bani Hasyim—datuk nenek moyang Nabi Muhammad—dan menjadikan mereka sebahagian dari Banu Hashim melalui paman Nabi Muhammad, Abbas, bersempena namanya. Khalifah Al-Mansur mengasaskan Baghdad sebagai ibu kotanya yang kedua pada tahun 762 TM yang menjadi ibu pusat sains, budaya dan seni, sekali dengan wilayah tersebut dalam zaman yang dikenali sebagai Zaman Kegemilangan Islam. Dari abad ke-10, pemerintahan Abbasiyah terbatas kepada kawasan sekitar Baghdad sahaja. Dari 945 hingga 1157 TM, Khilafah Abbasiyah berada di bawah Buwayhiyah dan kemudian di bawah kawalan ketenteraan Seljuk. Pada tahun 1250 TM, sebuah tentera bukan Arab yang ditubuhkan oleh Bani Abbas yang dipanggil Mamluk berkuat kuasa di Mesir. Pada tahun 1258, Empayar Mongol menjarah Baghdad, mengakhiri Khilafah Abbasiyah, dan pada tahun 1261 TM, Mamluk di Mesir mengasaskan semula Khilafah Abbasiyah di Kaherah. Walaupun kekurangan kuasa politik, wangsa Abbasiyah masih meneruskan tuntutan kuasa dalam hal-hal agama sehinggalah penaklukan Uthmaniyah di Mesir Mamluk pada tahun 1517.[12]

Khilafah utama keempat, Khilafah Uthmaniyah, ditubuhkan selepas penaklukan Mesir Mamluk pada tahun 1517. Penaklukan tersebut memberi Empayar Uthmaniyah kawalan ke atas kota-kota suci Mekah dan Madinah yang sebelum ini dikuasai oleh Mamluk. Empayar Uthmaniyyah secara beransur-ansur dilihat sebagai pemimpin dan wakil dunia Islam de facto.[13] Berikutan kekalahan mereka dalam Perang Dunia I, empayar mereka dikerat dan dibahagikan oleh United Kingdom dan Republik Ketiga Perancis, dan pada 3 Mac 1924, presiden Republik Turki pertama, Mustafa Kemal Atatürk, sebagai sebahagian daripada pembaharuannya, membubarkan sistem kekhalifahan dalam perlembagaan.[14] Beberapa negara lain yang wujud pernah menamakan diri mereka sebagai khalifah, termasuk Khilafah Fatimiyah Ismailiyah di Timur Laut Afrika (909-1171), Khilafah Kordoba Umaiyah di Iberia (929-1031), Khilafah Al-Muwahhidun Barbar di Maghribi (1121-1269) dan Khilafah Sokoto Fula di utara Nigeria (1804-1903).

Ahli Sunah Waljamaah menetapkan bahawa, sebagai ketua negara, seorang khalifah dapat naik kuasa dengan satu daripada empat kaedah: dengan melalui pengundian, melalui pencalonan, melalui pemilihan oleh jawatankuasa, atau secara paksa.[15] Pengikut Islam Syiah, sebaliknya, percaya bahawa seorang khalifah harus merupakan Imamah yang dipilih oleh Allah dari Ahlul Bait ("Keluarga Rumah", merujuk kepada keluarga Nabi Muhammad).

Pada awal abad ke-21, selepas kegagalan kebangkitan dunia Arab dan kejatuhan kononnya "Negara Islam", mula tercetus "arus penerimaan identiti Muslim yang beraneka" oleh belia Muslim dan daya tarikan khilafah sebagai "masa depan Islam yang diimpikan" kelihatan tidak mudah berubah.[16]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam

(suatu disiplin kajian Islam)

Bidang-bidang

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kadi, Wadad; Shahin, Aram A. (2013). "Caliph, caliphate". The Princeton Encyclopedia of Islamic Political Thought: 81–86.
  2. ^ Al-Rasheed, Madawi; Kersten, Carool; Shterin, Marat (11 December 2012). Demystifying the Caliphate: Historical Memory and Contemporary Contexts. Oxford University Press. p. 3. ISBN 978-0-19-932795-9.
  3. ^ Kadi, Wadad; Shahin, Aram A. (2013). "Caliph, caliphate". The Princeton Encyclopedia of Islamic Political Thought: 81–86.
  4. ^ Rubin, Barry (17 March 2015). The Middle East: A Guide to Politics, Economics, Society and Culture. Routledge. p. 478. ISBN 978-1-317-45578-3.
  5. ^ Incorporated, Facts On File (2008). United Arab Emirates. Infobase Publishing. p. 11. ISBN 978-1-4381-0584-0.
  6. ^ Incorporated, Facts On File (2008). United Arab Emirates. Infobase Publishing. p. 11. ISBN 978-1-4381-0584-0.
  7. ^ Nigosian, Solomon A. (29 January 2004). Islam: Its History, Teaching, and Practices. Indiana University Press. p. 18. ISBN 0-253-11074-2.
  8. ^ "The Roots of Democracy in Islam". Irfi.org. 16 December 2002. Retrieved 30 June 2014.
  9. ^ Triana, María (31 March 2017). Managing Diversity in Organizations: A Global Perspective. Taylor & Francis. p. 159. ISBN 9781317423683.
  10. ^ Cavendish, Marshall (1 September 2006). "World and Its Peoples". Marshall Cavendish. p. 185. ISBN 978-0-7614-7571-2.
  11. ^ Haag, Michael (1 November 2012). "The Tragedy of the Templars: The Rise and Fall of the Crusader States". Profile Books. p. 20. ISBN 1-84765-854-7.
  12. ^ Holt, Peter M. (1984). "Some Observations on the 'Abbāsid Caliphate of Cairo". Bulletin of the School of Oriental and African Studies. University of London. 47 (3): 501–507.
  13. ^ Dominique Sourdel, "The history of the institution of the caliphate" (1978)
  14. ^ "caliph – Islamic title". Encyclopædia Britannica.
  15. ^ Razwy, Sayed Ali Asgher. A Restatement of the History of Islam & Muslims. p. 338.
  16. ^ Moaveni, Azadeh (12 January 2018). "The Lingering Dream of an Islamic State". The New York Times.