Kekodominanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Contoh kodominan genetik melibatkan pigmen warna bunga mawar Jepun.

Dalam genetik, kekodominanan (bahasa Inggeris: codominance) atau ialah suatu fenomena dimana sesuatu gen boleh mengekod lebih daripada satu alel dominan. Individu heterozigot dengan dua alel kodominan boleh menonjolkan fenotip yang berkaitan dengan kedua-dua alel.

Kodominan dan kedominanan tidak lengkap atau separa adalah perkara yang berbeza. Contohnya, sesuatu spesies pokok misalnya "Pokok Bunga Mawar Jepun" dimana sekuntum bunga yang mempunyai warna merah jambu dan jingga mungkin merupakan hasil kodominan antara alel yang mengekod pigmen merah jambu dan alel yang mengekod pigmen oren dalam gen untuk bunga. Kodominan disisi sebenarnya dalam keadaan pigmen bukannya pada keadaan warna tersebut, kerana warna bunga disebabkan oleh pigmen yang terdapat dalam sel bunga yang dianggap sebagai fenotip.

Contoh lain[sunting | sunting sumber]

Kodominan dalam jenis darah manusia

Dalam sistem kumpulan darah ABO, alel IA dan IB adalah kodominan antara satu sama lain. Individu heterozigot mempunyai alel IA dan IB memancarkan fenotip kumpulan darah AB, di mana kedua-dua antigen jenis A dan jenis B muncul pada permukaan sel darah merah.