Kekurangan potassium (tumbuhan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kekurangan potassium adalah masalah tumbuhan yang biasa berlaku pada tanah yang porai, berpasir, dan juga tanah berkapur atau berpaya dengan kandungan tanah liat yang rendah. Masalah kekurangan potassium juga terdapat pada tanah liat dengan struktur lemah.

Kebanyakan tanaman yang seperti ubi kentang, tomato, epal, dan gooseberi menunjukkan tanda-tanda seperti daun bergulong, kering keperangan, dan urat daun kuning-kekuningan. Tompokan biru kundang mungkin kelihatan pada bahagian bawah daun. Tumbuhan payah berbunga, buah tidak lekat dan mempunyai batang yang kecil.

Abu dari kayu bakar mempunyai kandungan potassium yang tinggi tetapi mudah larut dan dihilangkan oleh air hujan. Baja kompos atau najis boleh diberikan bagi membekalkan potassium yang mencukupi pada tanaman.