Kelab Jiwa Luka merupakan album studio ketiga kumpulan rock terkenal Malaysia iaitu Bumiputra Rockers (BPR) yang dikeluarkan pada tahun 1990 & juga album kedua BPR di bawah label Life Rekod. Dalam album ini, BPR telah menampilkan anggota baharu mereka iaitu Haron Ahmad yang bertindak sebagai gitaris kedua selepas keluarnya Yem C.