Kelab PAS Ireland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kelab PAS Ireland merupakan satu kelab yang ditubuhkan oleh Parti Islam Se-Malaysia bagi membantu menjalankan urusan-urusan yang berkaitan dengan parti di Republik Ireland. Ia dianggotai oleh para teknokrat dan profesional Malaysia di Ireland bagi meneruskan dakwah Islam buat semua rakyat Malaysia di seluruh dunia amnya dan di bumi Ireland umumnya. Ia merupakan Kelab di bawah naungan PAS Representative Council United Kingdom & Ireland (PRC UK Eire).

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Dirasmikan penubuhannya pada 15 Jun 2009 oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS[1]. Kelab ini dianggotai oleh beberapa individu rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Ireland.

Objektif[sunting | sunting sumber]

1. Mempersembahkan PAS kepada masyarakat Malaysia dan antarabangsa.

2. Menarik minat dan mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS.

3. Menghimpun pendukung dan penyokong PAS di dalam satu organisasi yang terbuka, telus dan adil.

Peranan Kelab[sunting | sunting sumber]

Kelab PAS Ireland adalah wadah interaksi sosiopolitikal di kalangan rakyat Malaysia di Ireland yang prihatin pasca Tsunami Pilihanraya Umum ke 12. Wasilah yang terjalin merupakan paduan antara wacana intelek, diskusi politik dan pertukaran ide-ide berkenaan keadilan sosial, kebajikan marhaen serta reformasi politik. Aspirasi kelab ini adalah sinambung kepada lebih setengah abad perjuangan PAS menegakkan sistem, prinsip dan nilai-nilai murni Islam.

Selain menjadi lidah rasmi dan saluran komunikasi PAS[2] dan perantara di antara PAS dengan organisasi-organisasi politik, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan-pertubuhan Islam serta kebajikan, kelab ini juga berperanan untuk menjadi medium penghubung dua hala di antara Parti, masyarakat Malaysia di luar negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]