Keladi bunting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keladi bunting
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Klad: Kommelinid
Order: Commelinales
Keluarga: Pontederiaceae
Genus: Eichhornia
Spesies:
E. crassipes
Nama binomial
Eichhornia crassipes

Keladi bunting, kemeling telur, lembayung atau bunga jamban (nama saintifik: Eichhornia crassipes)[1][2] ialah sejenis pokok bunga berwarna putih ungu daripada keluarga Pontederiacea. Ia tumbuh asal di lembangan Amazon dan merupakan spesies ceroboh di tempat-tempat lain.

Tumbuhan ini boleh membiak dengan banyak dan menyebar cepat di kawasan berair tenang seperti tasik tanpa haiwan kawalan biologi. Ia boleh menjadi rumpai yang sukar dihapuskan[3] kerana bersaing dengan tumbuhan dan alga asli lain merebutkan sumber mineral, cahaya matahari dan sebagainya. Anak tumbuhan ini boleh menutupi permukaan air lalu membantutkan pertumbuhan organisma dan alga dalam air mengganggu ekosistem tersebut.

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok ini mempunyai batang yang tak nyata, tangkai daun yang bergabus dan boleh membesar untuk menyimpan air. Daunnya berbentuk C dan mempunyai lapisan permukaan daun seperti lilin. Ia membiak secara vegetatif dan anak pokok akan tersebar apabila terpisah dari pokok induk.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Di setengah tempat, bunga ini digunakan semasa keramaian dengan disemat di baju batik.[perlu rujukan] Untuk mendapatkan bunga ini pokok keladi bunting ini perlu ditanam di permukaan air. Ia amat cepat membiak bunganya mudah diperolehi.

Di sesetengah tempat ia digunakan sebagai makanan ternakan dan merawat logam berat dalam sistem akuatik[1] dan bahan buangan seramik[4] serta sebagai bahan bakar.[5]

Kawalan[sunting | sunting sumber]

Penggunaan mesin mekanikal memakan kos yang tinggi, manakala penggunaan racun akan merosakkan ekosistem kerana ia tumbuhan akuatik. Kegagalan menangani pokok ini pula akan mendatangkan bencana seperti banjir apabila ia menutup aliran air keluar dari sistem pengairan. Dengan tambahan hujan yang lebat banjir boleh berlaku.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Eichhornia crassipes[pautan mati kekal]
  2. ^ "Eichhornia crassipes". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Laupa Junus (17 Januari 2004). "Ekosistem tanah lembap terancam". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017.
  4. ^ Siti Hanna Elias; Maketab Mohamed; dll. (2014). "Biopemulihan Keladi Bunting untuk Industri Air Sisa Seramik Aplikasi Perawatan Sistem Rizoturasan". Sains Malaysiana (ed. 43). 9: 1397–1403. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017.
  5. ^ a b Siti Aminah Mohd. Yusof. "Briket mesra alam, kurang pelepasan asap". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]