Birah negeri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Keladi gajah)

Birah Negeri
بيره نݢري
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. macrorrhizos
Nama binomial
Alocasia macrorrhizos
Sinonim[1]
Senarai
  • Alocasia cordifolia (Bory) Cordem.
  • Alocasia indica (Lour.) Spach
  • Alocasia macrorrhizos var. rubra (Hassk.) Furtado
  • Alocasia macrorrhizos var. variegata (K.Koch & C.D.Bouché) Furtado
  • Alocasia marginata N.E.Br.
  • Alocasia metallica Schott
  • Alocasia montana (Roxb.) Schott
  • Alocasia pallida K.Koch & C.D.Bouché
  • Alocasia plumbea Van Houtte
  • Alocasia rapiformis (Roxb.) Schott
  • Alocasia uhinkii Engl. & K.Krause
  • Alocasia variegata K.Koch & C.D.Bouché
  • Arum cordifolium Bory
  • Arum indicum Lour.
  • Arum macrorrhizon L.
  • Arum montanum Roxb.
  • Arum mucronatum Lam.
  • Arum peregrinum L.
  • Arum rapiforme Roxb.
  • Caladium macrorrhizon (L.) R.Br.
  • Caladium metallicum Engl.
  • Caladium odoratum Lodd.
  • Calla badian Blanco
  • Calla maxima Blanco
  • Colocasia boryi Kunth
  • Colocasia macrorrhizos (L.) Schott
  • Colocasia montana (Roxb.) Kunth
  • Colocasia mucronata (Lam.) Kunth
  • Colocasia peregrina (L.) Raf.
  • Colocasia rapiformis (Roxb.) Kunth
  • Philodendron peregrinum (L.) Kunth
  • Philodendron punctatum Kunth
  • Colocasia indica (Lour.) Kunth

Birah negeri (atau hanya birah),[2] dengan nama saintifik Alocasia macrorrhizos (sin. A. indica) ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga talas-talasan, Araceae yang tempatan dari hutan hujan di Asia Tenggara Maritim, New Guinea dan Queensland, dan telah lama ditanam di Filipina, beberapa Kepulauan Pasifik dan kawasan tropika lain. Tumbuhan ini turut dipanggil keladi sebaring, keladi seberang, keladi gajah dan keladi hitam.[3][4] Dalam bahasa Jawa, tumbuhan ini disebut senteh (atau sente).[4]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Keladi sebaring ialah sejenis pokok herba besar berbatang tebal dan tegak yang mencapai 1 meter (3 ka) tinggi ketika amat tua. Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:

  • Daun: berbentuk jejantung (cordate) dan sangat lebar.
  • Tangkai daun: panjang dan berwarna hijau atau hijau gelap mendakap pada batang.
  • Jambak bunga: kecil, dengan bunga jantan terletak di atas dan bunga betina bawah. Sebahagian bunga-bunganya dilindungi oleh seludang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Birah negeri di Jinguashi, Taiwan.

Birah negeri pangkalnya ditanam di Filipina, namun diketahui melalui spesimen liar orang Austronesia awal di Taiwan. Dari Filipina, mereka tersebar keluar ke seluruh Nusantara dan ke arah Oceania di timur di mana mereka menjadi tanaman ruji penduduk pulau Pasifik.[5][6] Mereka adalah satu daripada spesies talas penting yang ditanam oleh orang Austronesia lagi-lagi untuk sumber kanji. Yang lainnya pula termasuklah sarek (Amorphophallus paeoniifolius), talas betul (Colocasia esculenta) dan keladi pari (Cyrtosperma merkusii) yang setiapnya ada kelainan tanaman. Batangnya turut termakan jika dimasak dengan betul, sungguhpun ia jarang dilakukan lantaran birah negeri mengandungi kandungan rafid lebih tinggi yang mendatangkan kegatalan.[7][8]

Perkataan yang dibangunkan kembali untuk tumbuhan ini dalam Proto-Austronesia adalah *biRaq, yang menjadi *piRaq dalam Proto-Oceanik. Turunan modennya di Asia Tenggara Maritim dan Micronesia termasuklah Rukai vi'a atau bi'a; Ifugao bila; Ilokano, Cebuano dan Bikol biga; Tiruray bira; Ngaju biha; Malagasi via; Melayu dan Aceh birah; Mongondow biga; Palauan bísə; Chamorro piga; Bima wia; Roti and Tetun fia; Asilulu hila; dan Kowiai fira. Di Oceania, turunannya adalah Wuvulu dan Aua pia; Motu dan 'Are'are hira; Kilivila dan Fiji via; dan Hawaii pia. Namun, beberapa turunan tersebut berubah maksudnya untuk jenis talas berlainan.[9][5]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Binagol, sajian manis Filipina yang dibuat daripada santan dan umbisi birah yang lumat.

Walaupun batang keladi sebaring tidak boleh dimakan, batang ini pernah digunakan sebagai makanan di Malaysia dan Singapura semasa pendudukan Jepun.[perlu rujukan] Batang pokok itu harus dimasak untuk masa yang amat panjang untuk menghilangkan hablur-hablur kalsium oksalat yang beracun.

Jusnya yang pedar memberi kelegaan segera terhadap rasa pedih yang diakibatkan oleh pokok jelatang atau giant nettle (Laportea sp.). Di Jawa, akar-akar dan daun-daun yang dicincang digunakan selaku tuam untuk sakit sendi.[perlu rujukan]

Gambar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Alocasia macrorrhizos". World Checklist of Selected Plant Families. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2016-09-30.
  2. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "birah". A Malay-English dictionary (romanised). 1. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 144 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  3. ^ "keladi sebaring". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  4. ^ a b Ahmad Fuad Morad. "Alocasia macrorrhizos (L.) G.Don". Dicapai pada 2022-05-29.
  5. ^ a b Osmond, Meredith (1998). "Horticultural practices" (PDF). Dalam Ross, Malcolm; Pawley, Andrew; Osmond, Meredith (penyunting). The lexicon of Proto Oceanic : The culture and environment of ancestral Oceanic society. 1: Material Culture. Pacific Linguistics. m/s. 115–142. doi:10.15144/PL-C152.115.
  6. ^ Nauheimer, Lars; Boyce, Peter C.; Renner, Susanne S. (April 2012). "Giant taro and its relatives: A phylogeny of the large genus Alocasia (Araceae) sheds light on Miocene floristic exchange in the Malesian region". Molecular Phylogenetics and Evolution. 63 (1): 43–51. doi:10.1016/j.ympev.2011.12.011. PMID 22209857.
  7. ^ Manner, Harley I. (2006). "Farm and Forestry Production Marketing Profile for Giant Tao (Alocasia macrorrhiza)" (PDF). Dalam Elevitch, Craig R. (penyunting). Specialty Crops for Pacific Island Agroforestry. Permanent Agricultural Resource (PAR).
  8. ^ Matthews, Peter J. (1995). "Aroids and the Austronesians". Tropics. 4 (2/3): 105–126. doi:10.3759/tropics.4.105.
  9. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2013). "The Austronesian Comparative Dictionary: A Work in Progress". Oceanic Linguistics. 52 (2): 493–523. doi:10.1353/ol.2013.0016. S2CID 146739541.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z