Keladi murai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keladi murai
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
T. integrifolia
Nama binomial
Tacca integrifolia
Ker Gawl., 1812
Sinonim[2]
Senarai
    • Ataccia aspera (Roxb.) Kunth
    • Ataccia cristata (Jack) Kunth
    • Ataccia integrifolia (Ker Gawl.) C.Presl
    • Ataccia laevis (Roxb.) Kunth
    • Ataccia lancifolia (Zoll. & Moritzi) Kunth
    • Tacca aspera Roxb.
    • Tacca choudhuriana Deb
    • Tacca cristata Jack[1]
    • Tacca laevis Roxb.
    • Tacca lancifolia Zoll. & Moritzi
    • Tacca rafflesiana Jack ex Wall. [tdk sah]
    • Tacca sumatrana H.Limpr.

Keladi murai, belimbing tanah, belimbing bukit, janggut adam, janggut baung, janggut bawo, kelemoyang air, kumis ucing, subiak atau sebiak (nama botani: Tacca integrifolia)[3][4] ialah spesies tumbuhan berbunga dalam genus Tacca keluarga Dioscoreaceae. Ia ditemukan di kawasan hutan hujan tropika dan subtropika Asia. Ia merupakan tumbuhan berumpun yang biasanya dijumpai di kawasan tanah berpasir atau berbatu yang agak lembab[5]:391 dan terlindung dari cahaya matahari serta mempunyai kandungan humus yang tinggi seperti di kawasan kebun getah.

Keladi murai ialah herba tempatan yang semakin popular dikalangan masyarakat di Malaysia sebagai pokok perubatan, kerana khasiatnya yang dapat menurunkan tekanan darah.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Nama keladi murai (Jawi: كلادي موراي) digunakan di Malaysia dan Singapura.[4]

Nama belimbing bukit (Jawi: بليمبيڠ بوكيت) datang daripada habitatnya yang tumbuh liar di kawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit.

Nama subiak (Jawi: سوبياق) dipakai di Melaka. Nama sebiak (Jawi: سبياق) dipakai di Negeri Sembilan.[5]:391

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok Belimbing Tanah.

Pokoknya tumbuh daripada rimpang kecil berukuran sehingga 10 sentimeter panjang dengan diameter 3 sm, batangnya mampu mencecah ketinggian sehingga 1 meter. Daunnya berbentuk mata lembing yang ringkas, lonjong dan lebar menyerupai daun kunyit dengan ukuran 0.25–1 meter panjang termasuk tangkainya dan 0.75–0.22 m lebar. Pokok keladi murai yang tumbuh di kawasan bukit lagi besar.[3][4][5]:390 Daunnya juga berbentuk bujur telur dan berwarna hijau tua dengan permukaan daun yang berkedut.

Jambak bunga[sunting | sunting sumber]

Bunga-bunganya muncul daripada jambak payung pada hujung sebatang tangkai yang tumbuh mencapai ketinggian sehingga 60 sm, setangkai jambak mengeluarkan lima kuntum bunga. Sekuntum bunga pokok terdiri daripada sepasang pengasuh luar 10–12.5 sm panjang dan 7.5 sm lebar berwarna ungu tua atau keputihan yang menunduk dan sepasang pengasuh lebar dengan pangkal tirus berwarna pucat 12–20 sm panjang dan 10 sm lebar.[3][4]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Helai-helai daunnya dikeringkan menjadi pembalut rokok.[5]:390

Tumbuhan ini agak popular di kawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping itu, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok selayar hitam dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daun nya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kĕladi". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 531-532, 538 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  2. ^ "Tacca integrifolia Ker Gawl". World Flora Online. World Flora Consortium. 2023. Dicapai pada 15 Mac 2023.
  3. ^ a b c Hean Chooi Ong (2004). Tumbuhan liar: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 38, 92–93. ISBN 9676116300.
  4. ^ a b c d Hsuan Keng; See Chung Chin; Hugh T. W. Tan (1994). The Concise Flora of Singapore. II: Monocotyledons. Singapura: Singapore University Press. m/s. 15-16. ISBN 9971-69-207-4.
  5. ^ a b c d Drenth, E. (1972). "A revision of the family Taccaceae". Blumea. 20 (2): 367–406 – melalui Naturalis Institutional Repository.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]