Pergi ke kandungan

Kelahiran Bahá'u'lláh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tempat suci Bahá'u'lláh

Kelahiran Bahá'u'lláh ialah satu daripada sembilan hari suci dalam Takwim Bahá'í yang disambut oleh penganut Bahá'í dan dimana ketikanya pekerjaan dihentikan.[1] Hari suci ini merayakan kelahiran Bahá'u'lláh, pengasas ajaran Bahá'í.

Bahá'u'lláh dilahirkan pada 12 November 1817 di Tehran, Iran,[2] dan hari suci ini dilembagakan dalam Kitáb-i-Aqdas, buku undang-undang beliau, dimana Bahá'u'lláh pertama kalinya merujuk kepada empat festival besar:Perayaan Ridván, pengisytiharan Báb, kelahiran Báb— yang dianggap sebagai Penjelmaan tuhan, dan yang diramalkan sebagai kedatangan Bahá'u'lláh— dan kelahiran Bahá'u'lláh.[3] Dalam soalan yang dikemukakan kepada Bahá'u'lláh selepas penulisan Kitáb-i-Aqdas, Bahá'u'lláh menyatakan yang dua hari menyambut kelahiran Báb dan Bahá'u'lláh dilihat sebagai satu dalam "penglihatan tuhan" dan dirujuk sebagai "Hari lahir berkembar".[4][5]

`Abdu'l-Bahá, anak kepada Bahá'u'lláh, menyatakan bahawa semasa hari suci, masyarakta harus bergembira bersama untuk menambah pernyatuan dalam kalangan masyarakat.[6] Penagnut Bahá'í biasanya menyambut hari suci ini dengan himpunan masyarakat dimana sembahyang dilakukan bersama dan kelahiran Bahá'u'lláh disambut. Bahá'u'lláh menyatakan bahawa dalam komuniti dimana majoriti populasi adalah penganut syiah Islam, seperti Iran,pengikutnya patut berhati-hati dalam merayakan perayaan berkembar terbabit supaya mereka tidak menyinggung majoriti penduduk yang sedang berkabung semasa bulan Muharram.[7]

Dalam Takwim Islam, yang berasaskan pada bulan, perayaan berkembar ini jatuh pada hari yang berturut-turut: kelahiran Báb pada ahri pertama Muharram dalam 1235 Hijrah (20 Oktober 1819), dan kelahiran Bahá'u'lláh pada hari kedua Muharram dalam 1233 Hijrah (12 November 1817).[5][7] Bahá'u'lláh menyatakan bahawa jika hari suci terbabit berlaku semasa bulan puasa Bahá'í, penganut Bahá'í tidak perlu berpuasa pada hari-hari tersebut.[5] Bagi penganut Baha'i di Iran, yang merayakan perayaan ini mengikut takwim bulan, ini bertindih dan berkecuali daripada berpuasa yang terjadi dalam tahun 2002 dan tahun 2003, dan tidak akan berlaku lagi senhingga 2034 dan 2035.

Oleh sebab takwim Bahá'í berdasarkan takwim suria, keputusan untuk menyambut hari lahir berkembar ini dalam asas suria atau qamari masih diserahkan kepada Rumah Keadilan Sejagat.[5] Kini pada kebanyakan tempat dalam dunia, hari suci disambut mengikut tahun takwim suria yaitu pada 12 November dan kelahiran Bábdisambut pada 20 Oktober.[1] Oleh sebab hari dalam takwim Bahá'í bermula pada matahari terbenam, hari suci ini bermula pada petang 11 November dan belangsng sehingga matahari terbenam pada 12 November.

  1. ^ a b Esslemont, J.E. (1980). Bahá'u'lláh and the New Era (ed. 5th ed.). Wilmette, Illinois, USA: Bahá'í Publishing Trust. m/s. 182–183. ISBN 0-87743-160-4. |edition= has extra text (bantuan)
  2. ^ Nigosian, Solomon A. (1994). "Chapter 15". World Faiths. New York: St. Martin's Press. m/s. 459–470.
  3. ^ Bahá'u'lláh (1992) [1873]. The Kitáb-i-Aqdas: The Most Holy Book. Wilmette, Illinois, USA: Bahá'í Publishing Trust. m/s. 59. ISBN 0-85398-999-0.
  4. ^ Bahá'u'lláh (1992) [1873]. The Kitáb-i-Aqdas: The Most Holy Book. Wilmette, Illinois, USA: Bahá'í Publishing Trust. m/s. 105. ISBN 0-85398-999-0.
  5. ^ a b c d Universal House of Justice (1992). "Notes". The Kitáb-i-Aqdas: The Most Holy Book. Wilmette, Illinois, USA: Bahá'í Publishing Trust. m/s. 224–225. ISBN 0-85398-999-0.
  6. ^ National Spiritual Assembly of the Bahá'ís of the United States. Developing Distinctive Bahá'í Communities.
  7. ^ a b Taherzadeh, Adib (1987). The Revelation of Bahá'u'lláh, Volume 4: Mazra'ih & Bahji 1877-92. Oxford, UK: George Ronald. m/s. 334–5. ISBN 0-85398-270-8.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]