Kelalang volumetrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aneka kelalang volumetrik.

Sebuah kelalang volumetrik ialah sebuah peralatan serta kelalang makmal yang memiliki penanda untuk memperoleh cecair dengan nilai isi padu yang tetap pada suatu suhu. Kelalang volumetrik digunakan dalam pencairan jitu serta penyediaan larutan piawai. Kelalang-kelalang ini biasanya berbentuk buah jambu dengan dasar rata, dan diperbuat daripada kaca atau plastik. Mulut kelalang ditutupi suatu penutup plastik, kaca atau PTFE. Leher kelalang adalah tinggi dan sempit dengan suatu garisan sebagai penanda nilai isi padu - cecair perlu diisi ke paras garisan itu. Kelalang volumetrik memiliki pelbagai saiz, daripada saiz 1 milliliter hingga 20 liter.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Hughes, J. C. (Apr 1959), Testing of Glass Volumetric Apparatus, NBS Circular 602. (PDF), Natl. Bur. Stand. (U.S.)