Pergi ke kandungan

Kelantan Red Warrior F.C.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kelantan Red Warrior merupakan sebuah kelab bola sepak Malaysia yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Kelantan Red Warrior
Nama penuhKelantan Red Warrior F.C.
Nama pendekKRWFC
Diasaskan21 Disember 2024; 11 bulan yang lalu (2024-12-21)
StadiumStadium Sultan Muhammad IV
(Kapasiti: 22,000)
PemilikNasken Coffee
PengerusiMuhamad Zaki Harun
PengurusIrfan Bakti Abu Salim
LigaLiga Semi-Pro A1 Malaysia

Kelantan Red Warrior ditubuhkan oleh Gerakan Selamatkan Kelantan demi membina masa depan baharu bola sepak Kelantan dan mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Kelantan. Penubukan kelab ini telah mendapat restu kelab penyokong yakni ultras Kelantan dan Gate H Boys.[1] Kelab ini telah dirasmikan bersama oleh Presiden GSK (Gerakan Selamatkan Kelantan) Nik Hafiz Naim Nik Hassan bersama Presiden KAFA (Kelantan Football Association) di Hotel Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan pada 21 Disember 2024.

Stadium Muhammad IV di Kota Bharu merupakan gelanggang rasmi untuk Kelantan Red Warrior. Stadium ini boleh memuatkan 22,000 orang pada satu-satu masa.

  1. ^ Alias, Nor Amalina (2024-12-15). "Kelantan Red Warrior sah 'kembali' Sabtu ini". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-23.