Kelantan United F.C.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kelantan United FC
Kelantan-United-2019.png
Nama penuhKelab Bola Sepak Kelantan United
Diasaskan2016; 5 tahun yang lalu (2016),
(MPKB-BRI Football Club)
2016; 5 tahun yang lalu (2016),
(MPKB-BRI UBeS Football Club)
2019; 2 tahun yang lalu (2019),
(Kelantan United Football Club)
StadiumStadium Sultan Muhammad Ke IV,
Kota Bharu, Kelantan
(Muatan: 30,000)
PemilikIndonesia MNC Group
PresidenKelantan Dato' Che Abdullah Mat Nawi
JurulatihMalaysia Zahasmi Ismail
LigaLiga Premier Malaysia
2019Juara, Liga M3 Malaysia
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan
ketiga
Musim terkini

Kelab Bola Sepak Kelantan United atau Kelantan United FC adalah sebuah kelab bola sepak yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan.[1][2][3] Mereka kini bermain di liga peringkat kedua dalam bola sepak Malaysia selepas berjaya muncul juara dalam saingan Liga M3.[4] Ditubuhkan pada 2016, gelanggang rasmi kelab ini ialah Stadium Sultan Muhammad Ke IV yang mempunyai kapasiti 30,000 tempat duduk.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kelantan United Football Club (KUFC) merupakan sebuah kelab bola sepak yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan. Beraksi dalam saingan Liga Premier anjuran Malaysian Football League (MFL).

Ditubuhkan pada 2016 dan dikenali sebagai MPKB-BRI Ubes FC, mereka beraksi dalam saingan Piala FAM 2017 setelah diterima masuk dan selepas itu, mereka tidak menoleh ke belakang apabila secara konsisten menyertai pertandingan sehingga tahun 2018. Pada tahun 2019, selaras dengan hasrat semua pihak serta kerajaan negeri Kelantan yang mahukan satu perubahan pada sebuah pasukan bola sepak, MPKB-BRI Ubes FC dijenamakan semula dan dikenali sebagai Kelantan United Football Club atau Kelantan United FC atau KUFC

Kelantan United FC menjadikan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang berkapasiti 30,000 sebagai gelanggang rasmi pasukan untuk semua perlawanan liga dan piala. Pemilihan stadium yang dirasakan tepat kerana sejarah dan kehebatan bola sepak negeri semuanya berpaksikan di stadium ini.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Che Abdullah Mat Nawi merupakan presiden kelab manakala Akira Higashiyama merupakan jurulatih terkini Kelantan United FC setelah melalui beberapa fasa perubahan struktur kejurulatihan pasukan. Sebelum merekrut Akira, jurulatih berpengalaman, Zahasmi Ismail telah dilantik di kerusi berkenaan manakala Nazrulerwan Makmor pula mengambil alih jawatan Zahasmi buat sementara pada penghujung 2020.

Pada tahun 2019, penubuhan pasukan ketika itu dianggotai seramai 26 pemain dan pegawai seramai 12 orang. Antara pemain bintang yang beraksi ialah Shahrizan Ismail yang juga ketua pasukan, Fakhrul Zaman, Faizol Nazlin, Badhri Radzi (Piya), Amiridzwan Taj, Nizad Ayub serta Daudsu Jamaluddin.

Musim itu, Kelantan United FC telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul kejuaraan Liga M3 selepas mengenepikan saingan 13 pasukan lain seterusnya menduduki carta pertama dengan memungut 66 mata selain merekodkan jaringan terbanyak iaitu 93 gol. Mereka juga hanya dibolosi sebanyak 18 kali sepanjang 26 perlawanan. Fakhrul Zaman merupakan penjaring terbanyak kejohanan iaitu melakar 28 jaringan manakala penjaga gol, Shahrizan Ismail turut mencipta rekod tidak bolos sebanyak 13 kali.

Skuad bimbingan Zahasmi Ismail ini juga telah menyertai pertandingan Shopee Piala FA dan menamatkan saingan pada pusingan ketiga selepas tewas kepada pasukan Liga Super, Terengganu FC. Bagaimanapun, pencapaian ke pusingan ketiga merupakan sejarah kelab selepas sebelum ini hanya mampu mara ke pusingan pertama sahaja pada 2018. Kejayaan terbesar pada saingan ini, Kelantan United FC cemerlang menewaskan juara Liga Perdana, Sabah FA pada perlawanan pusingan kedua dengan keputusan 1-0 di Kota Bharu.

Kejayaan yang diraih itu telah membolehkan status kelab amatur berubah kepada pasukan profesional setelah layak merit ke Liga Premier 2020, Skuad 2020 dianggotai seramai 26 pemain dan pegawai pula 12 orang. Ketika ini beberapa nama termasuk import telah menyertai kelab seperti Aliff Romli, Aylton Alemao, Selwan Al Jaberi serta Adil Kouskous. Gassama Alfusainey serta beberapa tonggak tempatan seperti Amiridzwan Taj, Daudsu, Shahrizan Ismail dan lain-lain dikekalkan dari skuad 2019.

Pada musim ini juga, Kelantan United FC telah menubuhkan skuad pelapis yang bersaing dalam saingan Piala Presiden anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pasukan ini diketuai oleh YB Rozi Muhamad sebagai Pengurus manakala Hamdan Mohamad dilantik sebagai Ketua Jurulatih. Staf sokongan terdiri dari 11 pegawai dan jurulatih dan dianggotai 29 pemain.

Bagaimanapun, oleh kerana situasi pandemik Covid-19, industri bola sepak negara suram dek arahan Kerajaan yakni Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan skuad Piala Presiden dibubarkan setelah lima perlawanan manakala pasukan Liga Premier pula terpaksa bersaing liga sepusingan untuk menamatkan musim 2020 di kedudukan kelapan namun menjadi lima kelab terbaik seterusnya mara ke kejohanan Piala Malaysia buat kali pertama.

Setelah melalui onak duri dan ranjau sejak dijenamakan semula tiga tahun sudah, Kelantan United Football Club (KUFC) atau Kelantan United FC kembali membina skuad untuk saingan Liga Premier 2021.

Hanya lima pemain musim lepas dikekalkan termasuk Gassama Alfusainey. Selebihnya merupakan pemain baru yang direkrut dari pasukan Liga Premier dan Liga Super. Antara nama yang menyertai mereka ialah Hariz Kamarudin, Azriddin Rosli, Syahrul Azwari serta kembalinya lagenda, Badhri Radzi dari persaraan. Lantikan Akira Higashiyama sebagai jurulatih turut membawa kepada kehadiran pemain import dari Jepun iaitu Yuki Tanigawa. Selain itu, lagenda Jepun yang pernah beraksi di Piala Asia selain mencipta sejarah dengan kelab J1, Masashi Motoyama turut bersetuju menyertai kelab. Kedatangan Shuhei Fukai dari kelab J3 melengkapkan senarai import 2021.

Melihat pada perkembangan dari musim ke musim, Kelantan United FC atau "The Green Deers" meletakkan sasaran kedudukan empat terbaik Liga Premier 2021 selain menyasarkan layak ke Piala Malaysia. Keberhasilan belum terbukti setakat mana namun kesungguhan pihak pengurusan untuk menuju kearah itu telah terbukti. Dalam mengejar sasaran, kelab sentiasa mendokong misi dan visi pasukan. InshaAllah, kejayaan akan menjadi milik Kelantan United Football Club musim ini.

Lambang dan warna[sunting | sunting sumber]

Lambang[sunting | sunting sumber]

MPKB-BRI UBeS telah menggunakan satu lambang utama sejak penyertaan kelab dalam pertandingan liga peringkat kebangsaan sebelum kelab memperkenalkan lambang baru yang bermula di musim 2017 untuk mengukuhkan penjenamaan barunya.[5][6]

Warna[sunting | sunting sumber]

MPKB-BRI UBeS sentiasa memakai jersi serba hitam dengan campuran merah sebagai kit tuan rumah mereka.[7] Untuk musim 2017, kelab bermain merah dengan trim putih untuk kit tuan rumah.[6]

Warna yang digunakan pada perlawanan di tempat lawan biasanya adalah putih dengan trim hijau. Untuk musim 2017, kelab itu bermain dengan jersi putih dengan kelim merah untuk kit tempat lawan manakala putih dengan trim hijau untuk kit ketiga.[6]

Selepas dijenamakan semula kepada Kelantan United FC, pasukan memakai jersi Merah dan Hijau sebagai tuan rumah manakala jersi serba hitam menjadi jersi kedua.

Pemilikan dan penajaan[sunting | sunting sumber]

Kelab ini dibawah kendalian Jabatan Pembangunan Sukan Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Tajaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Pengeluar Kit Penaja
2016 Sala Minyak Mestika / SH Prima Trading
2017 GomoGi MPKB-BRI
2018 Kronos Gelumbang Jaya
2019 Sky Hawk U-Shop / MySports Station
2020 Sky Hawk Visit Kelantan 2020 / Jaya Mas Mining / MNC Group

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Domestik[sunting | sunting sumber]

Liga[sunting | sunting sumber]

Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara (1): 2019


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Felda United And Kuala Lumpur Draw Tough Opponents In FA Cup Competition
  2. ^ Felda, KL berdepan laluan getir di pusingan kedua
  3. ^ a b azmi. "U-BeS FC rebut Piala FAM musim ini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2019-06-25.
  4. ^ "five new teams make it to FAM League". FootballSentral.com. 31 December 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 31 December 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ MPKB-BRI UBES FC Merekodkan Nama Kelab Kedua Terpanjang di Dunia
  6. ^ a b c "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-06. Dicapai pada 2017-02-05. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) MPKB BRI-UBes FC duta promosi Negeri Kelantan – Ahmad Yakob
  7. ^ MPKB-BRI UBeS FC perlu bangkit

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]