Pergi ke kandungan

Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kelas Tahanan Cikgu Hiragi
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi daripada drama Jepun "Mr. Hiiragi's Homerooms" terbitan Nippon TV
Ditulis oleh
  • Hafiz Abu Bakar
    (Ketua penulis skrip)
  • Keen
    (Penulis skrip)
  • Muhamad Adib Zaini
    (Penulis skrip)
  • Bainun Waheeda
    (Penulis skrip)
  • Baizurah Kahar
    (Penulis skrip)
  • Insyirah Borhan
    (Penulis skrip)
PengarahMichael Ang
Pengarah kreatif
DS Amri
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Sifar" - Sharul Kamal
Lagu penutup"Pasti Terjadi" - Hyper Act
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
PenerbitMichael Ang
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Juita Viden Sdn. Bhd.
Syarikat pengedaran
Nippon Television Network Corporation
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 September 2024 – 28 November 2024
Kronologi
MengikutiW: Two Worlds
Diikuti olehOfis Politik

Kelas Tahanan Cikgu Hiragi ialah drama televisyen Malaysia 2024 terbitan Juita Viden Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Michael Ang. Ia dibintangi oleh Nadhir Nasar, Erysha Emyra, Arena Wan, Qistina Rania dan ramai lagi. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot DramaVaganza, Astro Ria pada 25 September hingga 28 November 2024 menggantikan W: Two Worlds.

Cikgu Hiragi (Nadhir Nasar) ialah seorang guru seni dan merupakan guru kelas Tingkatan 5A yang baru sahaja mengajar di Sekolah Raja Ishak selama dua tahun.

Sepuluh hari sebelum mereka tamat persekolahan, pelajar-pelajar kelas 5A berkumpul di dalam kelas atas arahan Cikgu Hiragi.

Tanpa disangka, pelajar-pelajar ini menjadi tahanannya untuk merungkai insiden hitam lama yang berlaku kepada salah seorang pelajar daripada kelas itu.

Kematian pelajar itu menjadi misteri apabila semua rakan-rakannya mendiamkan diri tentang apa yang berlaku.

Tiada siapa yang akan dapat menyelamatkan diri mereka daripada Cikgu Hiragi sehinggalah kebenaran mengenai insiden itu dibongkar.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Elyshia Abegail sebagai Icha
  • Alvy Joanna sebagai Siew May
  • Cora Waybin sebagai Jessica
  • Azqa Aziz sebagai Sarah
  • Kecik sebagai Pendek
  • Baihaqi Majid sebagai Ammar
  • Kim Azzim sebagai Mizi
  • Aizat Saha sebagai Awie
  • Rasyidin sebagai Adam
  • Syafiq Irfan sebagai Rizal
  • Hakim Khan sebagai Kamal
  • Aiman Shah sebagai Yusry
  • Riz Amin sebagai Cikgu Syed
  • Syamim Roslan sebagai Cikgu Safwan
  • Amira Rafik sebagai Cikgu Nora
  • Azlan Komeng sebagai Inspektor Rashid
  • Erry Putra sebagai Nasir
  • Kahoe Hon sebagai Chi Siang/Jo/K/Chee Siang
  • Royce Iqram sebagai Pajey
  • Ados sebagai Wartawan

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Astro Ria: Slot DramaVaganza, Rabu-Khamis, 9:00 malam
Sebelumnya Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Berikutnya
W: Two Worlds Ofis Politik