Kelayakan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bola sepak Piala Dunia 2006 (kelayakan) adalah merupakan suatu proses kelayakan untuk ke Piala Dunia FIFA 2006, 197 pasukan-pasukan daripada enam konfederasi FIFA telah diperuntukkan satu perkongsian dari 31 tempat yang wujud berdasarkan kekuatan pasukan mereka. Agihan peruntukan akhir adalah seperti berikut:

Setiap .5 menunjukkan satu tempat dalam perlawanan antara konfederasi bagi dua tempat terakhir, iaitu playoffs di antara AFC dan CONCACAF dan di antara CONMEBOL dan OFC.

Sejumlah 194 pasukan dipercayai bermain sekurang-kurangnya satu perlawanan kelayakan. Sejumlah 847 perlawanan kelayakan telah dimainkan, dan 2464 gol telah dicipta (purata 2.91 satu perlawanan).


Nota pada kelayakan[sunting | sunting sumber]

Buat pertama kalinya, juara bertahan (Brazil) tidak layak secara automatik. Tuan rumah (Jerman) akan mengekalkan kedudukannya secara automatik. Dalam tahun 1934, juara bertahan (Uruguay) menolak untuk melibatkan diri dan tuan rumah (Itali) mesti melayakkan diri, tetapi dalam kejohanan-kejohanan di antara tahun 1938 and 2002 , pasukan-pasukan tuan rumah dan juara bertahan mendapat kedudukan layak secara automatik.

Agihan asal kedudukan di antara keenam-enam konfederasi telah memilih untuk Ocenia diberi satu tempat automatik dalam ke 32 tempat yang akan layak ke Piala Dunia; bagaimanapun, idea ini telah dilihat sebagai memberi Australia tempat secara percuma, kerana tanpa ragu lagi mereka adalah pasukan terhandal di benua itu. Keputusan ini telah dipertimbangkan semula pada Jun 2003 dan agihan asal tempat antara Ocenia dan Amerika Selatan telah digunakan kembali.

Undian untuk lima daripada enam perlawanan kelayakan telah berlangsung pada 5 Disember, 2003 di Frankfurt, di mana kesemua ahli persatuan Amerika Selatan (CONMEBOL) berentap dalam satu kumpulan. Kelayakan bermula pada Januari 2004.

Pasukan-pasukan layak[sunting | sunting sumber]

Pasukan Penampilan-penampilan Peringkat Akhir Penampilan Peringkat Akhir Secara Berterusan Penampilan Terakhir
Flag of Angola.svg Angola 1 1 -
Flag of Argentina.svg Argentina 14 9 2002
Flag of Australia.svg Australia 2 1 1974
Flag of Brazil.svg Brazil 18 18 2002
Flag of Costa Rica.svg Costa Rica 3 2 2002
Flag of Côte d'Ivoire.svg Ivory Coast 1 1 -
Flag of Croatia.svg Croatia 3(1) 3 2002
Flag of the Czech Republic.svg Republik Czech 1(2) 1 -(2)
Flag of Ecuador.svg Ecuador 2 2 2002
Flag of England.svg England 12 3 2002
Flag of France.svg Perancis 12 3 2002
Flag of Germany.svg Jerman (h) 16(3) 14(3) 2002
Flag of Ghana.svg Ghana 1 1 -
Flag of Iran.svg Iran 3 1 1998
Flag of Italy.svg Itali 16 12 2002
Flag of Japan.svg Jepun 3 3 2002
Flag of South Korea.svg Korea Selatan 7 6 2002
Flag of Mexico.svg Mexico 13 4 2002
Flag of the Netherlands.svg Belanda 8 1 1998
Flag of Paraguay.svg Paraguay 7 3 2002
Flag of Poland.svg Poland 7 2 2002
Flag of Portugal.svg Portugal 4 2 2002
Flag of Saudi Arabia.svg Arab Saudi 4 4 2002
Flag of Serbia and Montenegro.svg Serbia dan Montenegro 2(4) 1 1998(4)
Flag of Spain.svg Sepanyol 12 8 2002
Flag of Sweden.svg Sweden 11 2 2002
Flag of Switzerland.svg Switzerland 8 1 1994
Flag of Togo.svg Togo 1 1 -
Flag of Trinidad and Tobago.svg Trinidad dan Tobago 1 1 -
Flag of Tunisia.svg Tunisia 4 3 2002
Flag of Ukraine.svg Ukraine 1(5) 1 -(5)
Flag of the United States.svg Amerika Syarikat 8 5 2002

(h) - Layak secara automatik sebagai tuan rumah

1Tidak termasuk penampilan sebagai pra-pecahan Yugoslavia.
2Tidak termasuk penampilan sebagai Czechoslovakia. Jika itu diambil kira, ini merupakan penampilan kesembilan mereka dan penampilan terakhir mereka adalah pada 1990.
3Termasuk 10 penampilan sebagai DFB mewakili Jerman Barat di antara 1954 dan 1990.
4Tidak termasuk penampilan sebagai pra-pecahan Yugoslavia. Jika itu diambil kira, ini merupakan penampilan kesepuluh mereka. Ini juga kali pertama dan kemungkinan kali terakhir penampilan mereka di bawah nama ini; pada perlawanan kelayakan sebelumnya mereka telah bertanding sebagai Republik Persekutuan Yugoslavia, dan kedua-dua bahagian negara ini berpecah akhirnya pada Jun 2006.
5Tidak termasuk penampilan sebagai pra-pecahan USSR.
Negara yang layak

Kumpulan-kumpulan kelayakan[sunting | sunting sumber]

Eropah (UEFA)[sunting | sunting sumber]

(14 tempat, termasuk Jerman sebagai tuan rumah)
10 pasukan dalam huruf tebal layak untuk Piala Dunia 2006.
3 pasukan dalam huruf tebal italik layak untuk Piala Dunia 2006 melalui satu pusingan playoff di tempat sendiri dan lawan.

3 pasukan dalam italik layak untuk playoff, tetapi tidak layak ke Piala Dunia.

Ukraine layak ke Piala Dunia 2006 pada 3 September, 2005.
Croatia, England, Itali, Poland, Belanda dan Portugal layak pada 8 Oktober, 2005.
Perancis, Sweden dan Serbia dan Montenegro layak pada 12 Oktober, 2005.
Republik Czech, Sepanyol dan Switzerland layak melalui playoff pada 16 November, 2005

Kududukan kumpulan:

Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4
1. Flag of the Netherlands.svg Belanda 1. Flag of Ukraine.svg Ukraine 1. Flag of Portugal.svg Portugal 1. Flag of France.svg Perancis
2. Flag of the Czech Republic.svg Republik Czech 2. Flag of Turkey.svg Turki 2.  Slovakia 2. Flag of Switzerland.svg Switzerland
3.  Romania 3. Flag of Denmark.svg Denmark 3. Flag of Russia.svg Russia 3. Flag of Israel.svg Israel
4.  Finland 4.  Greece 4.  Estonia 4.  Ireland
5.  Republik Macedonia 5.  Albania 5.  Latvia 5.  Cyprus
6.  Andorra 6.  Georgia 6.  Liechtenstein 6.  Kepulauan Faroe
7.  Armenia 7.  Kazakhstan 7.  Luxembourg  
Kumpulan 5 Kumpulan 6 Kumpulan 7 Kumpulan 8
1. Flag of Italy.svg Itali 1. Flag of England.svg England 1. Flag of Serbia and Montenegro.svg Serbia dan Montenegro 1. Flag of Croatia.svg Croatia
2. Flag of Norway.svg Norway 2. Flag of Poland.svg Poland 2. Flag of Spain.svg Sepanyol 2. Flag of Sweden.svg Sweden
3.  Scotland 3.  Austria 3.  Bosnia dan Herzegovina 3.  Bulgaria
4.  Slovenia 4.  Ireland Utara 4. Flag of Belgium (civil).svg Belgium 4. Flag of Hungary.svg Hungary
5.  Belarus 5.  Wales 5.  Lithuania 5.  Iceland
6.  Moldova 6.  Azerbaijan 6.  San Marino 6.  Malta

Undian untuk playoff telah dibuat pada 14 Oktober, 2005.

Amerika Selatan (CONMEBOL)[sunting | sunting sumber]

(4 tempat, setelah kehilangan satu playoff menentang Oceania)

Zon ini dimainkan sebagai sistem liga di tempat sendiri dan lawan dan melibatkan kesemua 10 pasukan dalam satu kejohanan yang bermula pada September 2003. 4 pasukan teratas layak secara automatik ke Piala Dunia 2006; pasukan di tempat kelima akan playoff menentang Oceania.

Dalam huruf tebal: 4 pasukan yang mendapat tempat ke Piala Dunia
Argentina layak ke Piala Dunia 2006 , selepas menang 3-1 ke atas Brazil pada 8 Jun 2005.
Brazil layak setelah menang 5-0 ke atas Chile pada 4 September, 2005.
Paraguay dan Ecuador menempah tiket mereka pada 8 Oktober, 2005
Dalam italik: Layak untuk playoff menentang Australia.
Uruguay mendapat playoff di tempat sendiri dan lawan menentang juara Oceania Australia pada 12 dan 16 November, setelah mendapat tempat kelima pada 12 Oktober, 2005. Playoff tersebut berakhir dengan kemenangan 1-0 untuk tuan rumah masing-masing, dan Australia memenangi sepakan penalti 4-2.

Kedudukan Akhir:

1. Flag of Brazil.svg Brazil
2. Flag of Argentina.svg Argentina
3. Flag of Ecuador.svg Ecuador
4. Flag of Paraguay.svg Paraguay
5. Flag of Uruguay.svg Uruguay
6.  Colombia
7. Flag of Chile.svg Chile
8. Flag of Venezuela.svg Venezuela
9. Flag of Peru.svg Peru
10. Flag of Bolivia (state).svg Bolivia

Afrika (CAF)[sunting | sunting sumber]

(5 tempat)

Pasukan yang layak ke Piala Dunia adalah dalam huruf tebal.
Togo layak dengan kemenangan 3-2 ke atas Congo pada 8 Oktober 2005.
Ghana memenangi kumpulannya dengan keputusan seri Afrika Selatan-Republik Demokrat Congo 2-2 pada 8 Oktober 2005.
Cote d'Ivoire mencapai tempat mereka dengan keputusan seri Cameroon-Mesir 1-1, pada 8 Oktober 2005.
Angola layak ke Piala Dunia denagn kemenangan 1-0 ke atas Rwanda pada 8 Oktober 2005.
Tunisia layak pada 8 Oktober 2005 dengan keputusan seri 2-2 dengan Maghribi.

Kududukan kumpulan pada pusingan akhir:

Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Kumpulan 5
1. Flag of Togo.svg Togo 1. Flag of Ghana.svg Ghana 1. Flag of Côte d'Ivoire.svg Ivory Coast 1. Flag of Angola.svg Angola 1. Flag of Tunisia.svg Tunisia
2.  Senegal 2.  Republik Demokratik Congo 2.  Cameroon 2.  Nigeria 2.  Maghribi
3.  Zambia 3.  Afrika Selatan 3.  Mesir 3.  Zimbabwe 3.  Guinea
4.  Congo 4.  Burkina Faso 4.  Libya 4.  Gabon 4.  Kenya
5.  Mali 5.  Tanjung Verde 5.  Sudan 5.  Algeria 5.  Botswana
6.  Liberia 6.  Uganda 6.  Benin 6.  Rwanda 6.  Malawi

Oceania (OFC)[sunting | sunting sumber]

(1 tempat selapas menang playoff dengan Amerika Selatan)

Dua pasukan teratas di Oceania bermain sesama sendiri untuk mendapat hak mencabar pasukan tempat kelima dari Amerika Selatan.

Kedudukan kumpulan pada pusingan akhir:

1. Flag of Australia.svg Australia
2.  Kepulauan Solomon
3.  New Zealand
4.  Fiji
5.  Tahiti
6.  Vanuatu

Australia kemudiannya menewaskan Kepulauan Solomon dengan aggregat 9-1. (perlawanan pertama: 7-0 pada 3 September, 2005; perlawanan kedua: 2-1 pada 6 September, 2005), dan memenangi hak untuk bertanding dalam playoff menentang pasukan tempat kelima dari Amerika Selatan. Lawan mereka adalah Uruguay, di mana mereka layak di tempat ke 5 pada 12 Oktober, 2005. Australia akhirnya mara menerusi sepakan penalti 4-2 selepas kedua-dua perlawanan playoff berkesudahan 1-0 memihak kepada tuan rumah.

Asia (AFC)[sunting | sunting sumber]

(4 tempat, selepas tewas kepada CONCACAF)

Pasukan yang layak ke Piala Dunia adalah dalam huruf tebal.
Arab Saudi, Jepun, Korea Selatan dan Iran semaua layak pada 8 Jun, 2005.
Pasukan yang layak ke playoff adalah dalam italik.
Uzbekistan dan Bahrain mendapat tempat playoff pada 17 Ogos, 2005.

Kududukan kumpulan pada pusingan akhir:

Kumpulan A Kumpulan B
1. Flag of Saudi Arabia.svg Arab Saudi 1. Flag of Japan.svg Jepun
2. Flag of South Korea.svg Korea Selatan 2. Flag of Iran.svg Iran
3. Flag of Uzbekistan.svg Uzbekistan 3. Flag of Bahrain.svg Bahrain
4. Flag of Kuwait.svg Kuwait 4. Flag of North Korea.svg Korea Utara

Uzbekistan dan Bahrain (pasukan tempat ketiga dalam kumpulan masing-masing) bermain dalam perlawanan di tempat sendiri dan lawan untuk menentukan wakil Asia dalam playoff menentang pasukan tempat keempat CONCACAF, dan dipaparkan dalam italik. Pada 3 September, 2005, Uzbekistan menang perlawanan pertama 1-0, tetapi FIFA menentukan bahawa perlawanan tersebut dibatalkan dan mengarahkan supaya perlawanan itu diadakan semula selepas kecuaian pengadil berlaku.

Playoff tersebut ditunda ke 8 Oktober, 2005 di Uzbekistan dan 12 Oktober, 2005 di Bahrain. Perlawanan pertama berakhir dengan seri 1-1, dan perlawanan kedua adalah seri 0-0. Bahrain, yang telah menjaringkan satu gol di tempat lawan berbangding dengan Uzbekistann yang tidak menjaringkan gol di tempat lawan, mara ke playoff. Trinidad dan Tobago menumpaskan Bahrain, denagn aggregat 2-1, untuk mara ke Piala Dunia FIFA 2006.

Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (CONCACAF)[sunting | sunting sumber]

(4 tempat dengan memenangi playoff menentang Asia)

Pasukan yang layak ke 2006 adalah dalam huruf tebal.
Amerika Syarikat layak ke Jerman dengan kemenangan 2-0 ke atas Mexico pada 3 September, 2005.
Mexico mendapat tempat ke dua daripada tiga tempat yang dijanjikan pada 7 September, 2005 dengan kemenangan 5-0 ke atas Panama.
Costa Rica mendapat tempat automatik terakhir pada 8 Oktober, 2005 dengan kemenangan 3-0 ke atas Amerika Syarikat.
Trinidad dan Tobago, mendapat temapt playoff dengan pemenang tempat kelima pasukan dari Asia iaitu Bahrain denagn kemenangan 2-1 ke atas Mexico pada 12 Oktober, 2005. Mereka kemudiannya memenangi playoff itu pada 16 November, 2005 denagn aggregat 2-1. Mereka adalah dalam huruf tebal italik.

Kedudukan kumpulan pada pusingan akhir:

1. Flag of the United States.svg Amerika Syarikat
2. Flag of Mexico.svg Mexico
3. Flag of Costa Rica.svg Costa Rica
4. Flag of Trinidad and Tobago.svg Trinidad dan Tobago
5.  Guatemala
6.  Panama

Playoff[sunting | sunting sumber]

Pada 12 November dan 16 November, 2005, lima perlawanan playoff telah diadakan untuk mengisi slot lima pasukan ke Piala Dunia FIFA 2006.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Pasukan yang terlibat dalam playoff disenaraikan dibawah. Negara yang layak diterangkan perkataannya.

(Republik Czech, Turki, dan Sepanyol adalah pilihan kerana memiliki ranking yang tinggi berdasarkan Ranking Dunia FIFA pada September 2005.)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]