Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006 (play-off CONMEBOL-OFC)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006 (play-off CONMEBOL-OFC) adalah perlawanan timbal balik bermain di tempat sendiri dan tempat lawan diantara pemenang kejohanan kelayakan Oceania, Australia, dan pasukan di tangga kelima dari kejohanan kelayakan Amerika Selatan, Uruguay. Ia masih kekal sebagai satu-satunya perlawanan di mana negara yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia FIFA 2006 ditentukan menerusi sepakan penalti.

Perlawanan dimainkan pada 12 dan 16 November 2005 masing-masing di Montevideo dan Sydney. Dengan pasukan tuan rumah menang 1-0 dalam kedua-dua perlawanan, dengan agregat terikat 1-1, dan, dengan ada kelebihan gol di tempat lawan, play-off telah diputuskan oleh penentuan penalti, yang mana Australia menang 4-2 untuk layak ke Piala Dunia FIFA buat kali pertama sejak kejohanan 1974.

Ia adalah kali kedua berturut-turut Piala Dunia FIFA di mana kedua-dua pihak telah memainkan satu sama lain untuk satu tempat dalam kejohanan itu. Pada kali yang pertama pada 2001, Uruguay menang 3-1 secara agregat. Undian bagi menentukan susunan perlawanan secara timbal balik di tempat sendiri dan tempat lawan itu dibuat oleh kongres FIFA pada 10 September 2005. Australia akhirnya gagal memenangi play-off Piala Dunia FIFA selepas tewas kepada Scotland pada (1986), Argentina (1994), Iran (1998) dan Uruguay (2002).

Perlawanan Play-off[sunting | sunting sumber]

Perlawanan Pertama[sunting | sunting sumber]

Uruguay Bendera Uruguay1 – 0 Australia
Darío Rodríguez Goal 37' Laporan

Perlawanan Kedua[sunting | sunting sumber]


Keputusan jaringan agregat terikat 1–1 dan, Memandangkan peraturan gol tempat lawan tidak boleh digunakan, play-off telah diputuskan menerusi penentuan sepakan penalti. Australia layak selepas menang 4–2.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]