Kelenjar prepus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kelenjar prepus ialah kelenjar eksokrin yang terletak di hadapan genital sesetengah mamalia (termasuk mencit)[1] dan mengeluarkan feromon. Kelenjar prepus pada haiwan jantan juga dikenali sebagai kelenjar kulup sementara pada haiwan betina, kelenjar ini juga dikenali sebagai kelenjar kelentit atau kelenjar klitoris.

Kelenjar prepus yang paling dikaji ialah yang pada mencit rumah dan tikus mondok, kerana kedua-dua spesies ini ialah organisma model penting dan kerana kelenjar prepusnya adalah hampir serupa strukturnya dengan kelenjar minyak pada manusia.[petikan diperlukan] Kelenjar prepus pada rusa kesturi jantan mengeluarkan kesturi berbau kuat yang berkepentingan ekonomi kerana digunakan dalam pewangi.[petikan diperlukan]

Homolog manusia[sunting | sunting sumber]

Ada perdebatan tentang sama ada manusia mempunyai homolog berfungsi kepada kelenjar prepus. Kelenjar prepus pertama kali diperhatikan oleh Edward Tyson[2] dan pada 1694 selengkapnya digambarkan oleh William Cowper yang menamainya kelenjar Tyson sempena Tyson.[3][4] Ini digambarkan sebagai kelenjar minyak terubah terletak di antara korona dengan permukaan dalaman kulup zakar manusia. Kelenjar ini dipercayai paling kerap dijumpai di dalam sulkus balanoprepus.[5] Rembesannya mungkin merupakan salah satu komponen smegma.

Sesetengah, termasuk Satya Parkash,[6] mempertikaikan kewujudannya.[7] Sementara manusia mungkin tidak mempunyai taraan anatomi sebenar, istilah ini mungkin kadang-kadang digunakan untuk jerawat kuning keputih-putihan kecil kadang-kadang dijumpai pada korona glans zakar. Nama betul untuk struktur ini ialah papul zakar kemutiaraan (atau papiloma hirsutoid). Menurut pengkritik, ini bukan kelenjar tetapi hanya tebalan kulit dan tidak terlibat dalam pembentukan smegma.[8][9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Martin-Alguacil N, Schober J, Kow LM, Pfaff D (Disember 2008). "Oestrogen receptor expression and neuronal nitric oxide synthase in the clitoris and preputial gland structures of mice". BJU Int. 102 (11): 1719–23. doi:10.1111/j.1464-410X.2008.07989.x. PMID 18793302. 
  2. ^ Kruger L (Disember 2003). "Edward Tyson's 1680 account of the 'porpess' brain and its place in the history of comparative neurology". J Hist Neurosci. 12 (4): 339–49. doi:10.1076/jhin.12.4.339.27915. PMID 15069865. 
  3. ^ Cowper, W (1694, 1724), Myotomia reformata; or, An anatomical treatise on the muscles of the human body, London  Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ Templat:WhoNamedIt
  5. ^ Batistatou A, Panelos J, Zioga A, Charalabopoulos KA (Oktober 2006). "Ectopic modified sebaceous glands in human penis". Int. J. Surg. Pathol. 14 (4): 355–6. doi:10.1177/1066896906291779. PMID 17041207. 
  6. ^ Parkash, Satya (Ogos 1973). "Human subpreputial collection: its nature and formation". The Journal of Urology. 110 (2): 211–212. PMID 4722614.  Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)
  7. ^ "Surgical Temptation: A chance to cut, a chance to cure? | National Sexuality Resource Center (NSRC)". Dicapai 29 November 2009. 
  8. ^ Hyman AB, Brownstein MH (Januari 1969). "Tyson's "glands." Ectopic sebaceous glands and papillomatosis penis". Arch Dermatol. 99 (1): 31–6. doi:10.1001/archderm.99.1.31. PMID 5761803. 
  9. ^ Parkash S, Rao R, Venkatesan K, Ramakrishnan S. Sub-preputial wetness: its nature. Ann Natl Med Sci India 1982; 18: 109-12 Fulltext